{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Dilarang masuk!

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Ibarat mencegah lebih baik daripada merawat. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia untuk memikirkan langkah tidak membenarkan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) hadir pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, 30 Mei ini.

Menurut Setiausahanya, Datuk Hamidin Mohd. Amin, mereka sedang mengkaji pelaksanaan idea itu daripada pelbagai pilihan lain yang sedia ada memandangkan pelbagai langkah telah diambil sebelum ini, termasuk peningkatan maksimum soal keselamatan namun masih tidak berhasil membendung tindakan ganas segelintir penonton.

Bagaikan sudah serik dengan permasalahan keganasan dalam bola sepak, beliau mengakui dengan cara itu pihak keselamatan tidak bimbang akan berlaku pergaduhan antara penyokong Pahang dan JDT sama ada di dalam atau luar stadium memandangkan permusuhan antara kedua-dua pihak semakin menebal semenjak kebelakangan ini.

Setakat ini berdasarkan mesyuarat JKPT yang terakhir, kami masih bersetuju untuk membenarkan penyokong lawan untuk hadir dan akan terus memantau perkembangan ini.

Namun, berdasarkan perkembangan mutakhir ini, memang saya nampak ada segelintir penyokong yang hadir ke stadium cenderung melakukan keganasan dan kemungkinan perkara ini (menghalang penyokong JDT hadir) akan dilakukan sambil melihat beberapa pilihan yang lain.

Saya akui JDT dan dan Pahang tiap kali perlawanan berlangsung di tempat sendiri, mereka dah tingkatkan keselamatan sehingga ke tahap maksimum tetapi masalah yang sama tetap berulang dan saya tidak boleh ketepikan untuk menggunakan langkah berkenaan.

FAM akan bertindak tegas dalam soal ini dan penyokong kena faham kerana semua benda ini dalam peraturan, jika tidak puas hati jangan smpai langgar peraturan dan kami (FAM) sama sekali tidak akan berkrompomi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Aksi hebat JDT dan Pahang yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Isnin lalu direncatkan dengan sikap 1,000 penyokong pasukan tuan rumah yang berkumpul di luar perkarangan stadium selepas tamat perlawanan dan mendesak penyokong pelawat serta pemain Pahang keluar daripada stadium.

Sementara itu dalam insiden sama, seorang jurukamera sambilan RTM, Awang Sebawi Awang Halim mendakwa disepak penyokong JDT.

Sebelum ini, pada aksi Liga Super, 7 Februari lalu membabitkan antara kedua-dua pasukan, kumpulan penyokong JDT yang digelar Inter Johor Firm(IJF) membuat rusuhan di luar Stadium Darul Makmur selepas perlawanan.

Berdasarkan insiden yang terjadi, Hamidin menjelaskan pihak Sekretariat sedang menunggu laporan perlawanan daripada Komisioner Perlawanan, Ketua Penyelaras dan pengadil perlawanan sebelum mempertimbangkan sama ada kes akan dikenakan kepada JDT melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor(PBNJ).

Jelas beliau, FAM telah mengenalpasti beberapa stadium yang dilihat sering kali terjadi isu keganasan membabitkan penyokong sambil menggesa mereka mencontohi Kelantan dalam soal mendidik penyokong untuk jangka panjang.

Red Warriors pilih laluan berduri

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

Ahmad Fakri Saarani cuba melepasi pertahanan Felda United, Yaroslav Krushelnitskiy pada perlawanan Piala FA di Stadium Muhamad IV, Kota Bharu malam tadi. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU - Juara bertahan, Kelantan berdepan laluan sukar di Selayang pada 31 Mei ini selepas diikat Felda United 3-3 dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Muhammad IV, semalam.

Beraksi di hadapan kira-kira 20,000 penyokong setia, tuan rumah bermula perlahan berbanding pelawat yang dilihat lebih banyak menguasai permainan dan mengatur serangan demi serangan.

Kelantan yang mendapat sentuhan jurulatih baharu, George Boateng bolos seawal minit ke-17 apabila Edward Junior yang tidak dikawal sesiapa di kawasan kotak penalti menyambut hantaran Zah Rahan Krangar sebelum menolak mudah bola masuk ke dalam gawang.

Kerapuhan benteng pertahanan tuan rumah dihukum sekali lagi enam minit kemudian apabila tandukan Indra Putra Mahyuddin berjaya mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, sekali gus menghadiahkan gol kedua Felda United.

Indra Putra sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Kelantan selepas tendangan percuma yang dilakukannya dari sebelah kanan padang dimanfatkan sebaik mungkin Mohd. Khairul Ismail untuk menjaringkan gol ketiga The Settlers pada minit ke-36.

Tersentak dengan tiga jaringan awal pelawat, Kelantan memperkemaskan permainan dengan melakukan asakan bertali arus bagi memecah keampuhan benteng Felda United.

Gol yang ditunggu-tunggu tuan rumah akhirnya hadir pada minit ke-41 menerusi tonggak import, Francis Forkey Doe yang bijak memanfaatkan peluang tidak dikawal sesiapa untuk melakukan rembatan kencang tepat ke pintu gawang.

Selang dua minit, The Red Warriors meledak gol kedua selepas bola yang berpunca daripada tendangan percuma oleh Zairul Fitree ditanduk masuk Fakri Saarani, sekali gus menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Farizal.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, tuan rumah terus garang mengkucar-kacirkan pertahanan Felda United dan akhirnya berjaya mencari gol penyamaan pada minit ke-51 menerusi rembatan Wan Zaharulnizam Zakaria, hasil hantaran lambung daripada Forkey Doe yang mengelirukan pihak lawan.

Pada minit ke-89, Indra Putra yang telah pun berjaya menewaskan Khairul Fahmi hampir meledakkan jaringan keempat untuk The Settlers, namun Nik Shahrul Azim meluru pantas menyelamatkan gawang yang ternganga luas dengan menyepak bola keluar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat