{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Mesti elak jumpa China

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bahang bagi menghadapi kejohanan Piala Thomas 2014 semakin dirasai.

Hanya dua minggu sahaja lagi kejohanan tersebut akan bermula di New Delhi dan skuad badminton negara mensasarkan untuk menjadi juara Kumpulan C bagi memastikan laluan mereka mudah ke peringkat seterusnya, sekali gus dapat mengelak pertembungan dengan China di pusingan suku akhir.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek (gambar) berkata, segala persiapan akhir telah dilakukan oleh mereka dan yakin bahawa pasukan negara sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan tersebut.

"Persediaan dari segi mental dan fizikal adalah antara perkara yang kami berikan tumpuan dalam usaha merealisasikan matlamat kami dalam misi membawa pulang Piala Thomas.

"Bagaimanapun, kami menghadapi sedikit masalah apabila pasukan beregu negara masih lagi tidak konsisten, namun itu tidak menggugat misi kami kerana kami masih mampu untuk memberi saingan kepada pihak lawan dan kami akan menghadapi mereka satu demi satu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Malaysia, yang kali terakhir merangkul kejuaraan berprestij itu pada 1992 di Kuala Lumpur, diletak dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, India dan Jerman manakala China berada di dalam Kumpulan D bersama-sama Taiwan, Rusia dan Perancis.

China dilihat mampu mempertahankan kejuaraan mereka berdasarkan senarai pemainnya, yang turut meletakkan juara dunia dan Olimpik, Lin Dan sebagai perseorangan keempat.

Kehadiran pemain nombor 58 dunia itu sudah pasti mendatangkan gerun buat semua pencabar mereka, termasuk Malaysia yang mungkin akan bertemu juara sembilan kali itu lebih awal jika hanya menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan.

Semalam, pasukan negara melakukan persiapan terakhir sebelum ke New Delhi apabila kesemua pemain Piala Thomas dan Uber telah menyiapkan visa di kedutaan India tanpa sebarang masalah. Mereka akan berangkat Khamis depan.

Pahang tekad pertahan takhta

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my

MOHD. HAFIZ Kamal

KUANTAN - Tok Gajah perlu mempamer aksi terbaik mereka malam esok jika bertekad menundukkan Red Giant di Stadium Darul Makmur dalam perlawanan penting yang akan menentukan siapa lebih layak menjadi pendahulu Liga Super.

Pemain tengah Tok Gajah, Mohd. Hafiz Kamal berkata, persiapan rapi telah dibuat untuk berdepan anak-anak buah Mehmet Durakovic yang datang dengan misi untuk mendapatkan tiga mata.

"Kami tewas 1-0 pada aksi pertama 28 Januari lalu dan saya tidak rela memberikan kemenangan kepada Selangor di hadapan puluhan ribu penyokong setia Tok Gajah.

"Kelemahan ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan pertama separuh akhir Piala FA Isnin lalu perlu diatasi segera dan kembali kepada prestasi seperti sebelum ini," katanya.

Menurutnya, rehat yang panjang sebelum perlawanan menentang JDT memberi kesan kepada prestasi pemain.

Pemain kebangsaan itu berkata, jentera tengah dan serangan perlu mencorak strategi baharu untuk merobek kubu Selangor.

Selain itu, katanya, perhatian juga perlu diberikan kepada penyerang Selangor, Paulo Rangel yang mampu menghukum mana-mana barisan pertahanan yang alpa.

Pahang dan Selangor kini berkongsi 28 mata dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan yang memihak kepada Pahang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat