{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Layak tetapi tak meyakinkan

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Oleh Norzie Mohd. Khasbi

Lee Chong Wei menunjukkan aksi menarik ketika membalas pukulan Marc Zwiebler dalam pertemuan perseorangan pertama Piala Thomas di New Delhi, semalam. Chong Wei menang 21-14, 21-8. - REUTERS

NEW DELHI - Malaysia memenuhi misi awal dengan menempah tiket suku akhir Piala Thomas, namun menerusi aksi yang jauh daripada meyakinkan walaupun menundukkan Jerman 4-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Tertutup Siri Fort semalam.

Kekalahan kedua berturut-turut yang dialami kapten dan perseorangan ketiga negara, Liew Daren mencetus keresahan dalam kem badminton negara, malah kesukaran yang dialami perseorangan kedua, Chong Wei Feng dan beregu Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong sebelum mencatat kemenangan turut menimbulkan keraguan mengenai keupayaan pasukan Malaysia.

Hanya jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan, Goh V Shem-Lim Khim Wah menunjukkan aksi meyakinkan, sedangkan dalam tiga lagi acara Malaysia dipaksa berhempas pulas.

Chong Wei, 32, sekali lagi memenuhi reputasi sebagai penyumbang mata semangat apabila hanya memerlukan 37 minit untuk menang 21-14, 21-8 ke atas Marc Zwiebler.

Malaysia melakukan eksperimen kedua dalam acara beregu apabila menggandingkan Boon Heong dan Wee Kiong. Kombinasi itu nyaris dikejutkan apabila tewas 13-21 di set pertama, sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-17, 21-18 ke atas Johannes Schoettler-Michael Fuchs untuk kedudukan 2-0.

Buat kali kedua berturut-turut, Wei Feng berjaya menghadiahkan mata kemenangan Malaysia, namun selepas menunjukkan aksi tidak meyakinkan ketika menundukkan Dieter Domke 19-21, 22-20, 23-21. Juara Terbuka Malaysia, V Shem-Khim Wah melengkapkan mata keempat dengan menewaskan Peter Kaesbauer-Josche Zurwonne 21-12, 21-18.

Ketika tiada sebarang tekanan diberi kepada Daren apabila turun untuk melengkapkan perlawanan, bekas juara Terbuka Perancis itu bagaimanapun gagal menghasilkan prestasi mantap apabila kalah 20-22 di set pertama sebelum tewas mudah 10-21 di set kedua kepada Lukas Schmidt.

Saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan Daren. Dia telah diberi persiapan terbaik sebelum datang ke sini dan persembahannya benar-benar mengecewakan saya.

Selepas kalah dalam perlawanan pertama semalam, saya mengharapkan dia bangkit hari ini, malangnya dia gagal memanfaatkan peluang yang diberi.

Saya belum buat keputusan mengenai perlawanan dengan Korea (esok) kerana kami ada rehat sehari dan punya masa untuk membincangkan perkara ini, namun saya tidak nafikan selepas gagal tampil dengan aksi meyakinkan dalam dua perlawanan pertama, mungkin Daren akan digantikan dengan Goh Soon Huat," kata Rashid.

Daren, 26, yang terlalu kecewa dengan kekalahan terbaharunya enggan menemui wartawan sejurus tamat perlawanan, sebaliknya meninggalkan gelanggang dengan kekecewaan. Kelmarin dia tewas 21-18, 13-21, 19-21 kepada pemain India, R.M.V Gurusaidutt.

Kemenangan ke atas Jerman memastikan dua kedudukan teratas peringkat kumpulan milik pasukan negara, selepas Korea Selatan turut mengesahkan tiket suku akhir dengan menundukkan tuan rumah 3-2 dalam satu lagi perlawanan.

Namun bagi Chong Wei, kejayaan mara ke suku akhir belum memadai buat mereka kerana Malaysia perlu menumpaskan Korea Selatan esok untuk muncul juara kumpulan.

Tegas Chong Wei, kegagalan menamatkan cabaran selaku juara Kumpulan C mampu mengundang risiko gagal menempatkan diri ke separuh akhir seperti yang berlaku pada Piala Thomas terakhir di Wuhan dua tahun lalu.

Walaupun kita telah ke suku akhir, tetapi kami tidak boleh ambil mudah perlawanan terakhir menentang Korea. Kami kena memenangi pertarungan itu untuk memastikan Malaysia menamatkan kempen selaku juara kumpulan.

Hanya kemenangan menjadi satu-satunya cara untuk kita mengelak daripada bertemu China atau Indonesia di suku akhir, sekali gus mempunyai peluang cerah untuk ke separuh akhir.

Lihat apa yang berlaku di Wuhan dua tahun lalu. Saya mengalami kecederaan buku lali ketika itu, kami gagal muncul juara kumpulan dan akhirnya diundi menentang China di suku akhir. Saya harap perkara itu tidak berulang sekali lagi," ujar Chong Wei.

Biarpun Korea Selatan pada awalnya dianggap pilihan utama untuk menjuarai Kumpulan C, namun prestasi tidak menentu yang ditunjukkan pasukan itu dalam dua perlawanan awal memberi harapan kepada Malaysia untuk mencatat kemenangan apabila kedua-dua pasukan bertemu esok.

Permainan saya mungkin tidak bagus hari ini dan ramai yang takut saya gagal memberikan aksi terbaik jika diturunkan menentang Korea, tetapi mereka juga tidak bermain baik dalam dua perlawanan pertama, mungkin mereka juga takut untuk berjumpa dengan kita," katanya.

Jing Yi cipta kejutan tetapi Malaysia gagal tumpaskan Denmark

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Tee Jing Yi membalas pukulan Line Kjaersfeldt dalam perlawanan perseorangan pertama Piala Uber antara Malaysia dengan Denmark di New Delhi, semalam. Jin Yi menang 21-14, 22-20 - AFP

NEW DELHI - Skuad Piala Uber kelihatan mampu untuk mengejutkan Denmark selepas Tee Jing Yi meletakkan Malaysia mendahului 1-0 apabila menewaskan Line Kjaersfeldt, namun kegagalan rakan-rakan sepasukan mencari dua lagi mata menyebabkan pasukan negara terpaksa akur dengan kekalahan 2-3 di Stadium Tertutup Siri Fort, semalam.

Kekalahan kepada wakil Eropah itu bukan saja menyempitkan peluang skuad wanita untuk memenuhi misi separuh akhir yang diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), malah mereka perlu tampil dengan aksi luar biasa untuk mencari kemenangan hari ini kerana lawan yang bakal ditentang adalah pasukan pilihan, Jepun.

Jing Yi, 23, berjaya melepasi ujian sulung apabila menumpaskan pemain No. 45 dunia, Kjaersfeldt 21-14, 22-20, sekali gus memberi harapan kepada skuad Piala Uber untuk memahat kemenangan.

Bagaimanapun juara Sukan SEA, Woon Khe Wei-Vivian Hoo gagal menghadirkan mata selepas tewas mudah kepada pasangan No. 3 dunia, Rytter Juhl-Christinna Pedersen 17-21, 10-21, manakala pemain berusia 21 tahun, Yang Li Lian mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tunduk 13-21, 21-15, 19-21 di tangan Anna Thea Madsen.

Gandingan Lim Yin Loo-Lee Meng Yean memberi tentangan sehabis daya untuk cuba mengikat kedudukan 2-2, namun kudrat mereka gagal menyaingi pasangan No. 17 dunia, Marie Roepke-Line Damkjaer Kruse apabila tewas 21-19, 16-21, 19-21 dalam pertarungan 63 minit, sekali gus menyerahkan kemenangan buat Denmark.

Lim Yin Fung yang turun untuk melengkapkan perlawanan menang ke atas Sandra-Maria Jensen 15-21, 21-14, 21-19.

Kempen Malaysia untuk mencari tiket suku akhir kini amat berliku kerana di atas kertas, Jepun mempunyai kekuatan dalam semua aspek baik perseorangan mahu pun beregu berbanding Denmark.

Menentang Jepun esok jauh lebih sukar, kami tidak pernah mengalahkan mereka. Apa pun, kemenangan hari ini memberi keyakinan kepada saya apabila turun ke gelanggang sekali lagi.

Saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang lawan yang kuat, saya hanya mahu tumpu kepada permainan sendiri seperti yang saya lakukan hari ini," ujar Jing Ying, yang dijangka menentang penain No. 12 dunia, Minatsu Mitani.

Jing Yi berkongsi rekod pertemuan 1-1 dengan Minatsu. Pemain No. 50 dunia itu tewas 15-21, 11-21 dalam perlawanan mereka pada Terbuka Thailand 2012, namun dia menang 18-21, 21-14, 21-17 dalam pertemuan pertama di Grand Prix Vietnam pada 2011.

Seandainya Jing Yi mengulangi kejutan dengan menewaskan Mitani, laluan Malaysia masih tidak mudah kerana Khe Wei-Vivian bakal bertemu pasangan beregu No. 4 dunia, Misaki Matsumoto-Ayaka Takahashi yang menewaskan mereka dalam lima perlawanan sebelum ini.

Li Lian, yang sekadar menghuni ranking ke-99 dunia pula akan bertemu pemain No. 13 dunia, Sayaka Takahashi, manakala Yin Loo-Mean Yeang atau Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Choo bertemu gandingan No. 5 dunia, Reika Kaiiwa-Miyuki Maeda.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat