{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pindahkan ke Tasik Kenyir

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Oleh radhuan hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

Ahmad Said (tengah) bertanyakan sesuatu tentang perkembangan pembinaan Plaza Paya Bunga ketika meninjau projek berkenaan di Kuala Terengganu, baru-baru ini . - Utusan/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU 1 Mei - Kerajaan negeri sedang dalam proses mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menangkap sendiri gerombolan gajah-gajah liar yang mengamuk memusnahkan tanaman penduduk sekitar Hulu Setiu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selepas ditangkap, kesemua haiwan liar itu akan ditempatkan di Kenyir Elephant Village (KEV) di Tasik Kenyir untuk dilatih dan dijadikan tarikan pelancong.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri menerusi agensi berkaitan bersedia mengendalikan kerja-kerja menangkap haiwan liar terbabit termasuk sanggup mengeluarkan kos kira-kira RM50,000 untuk seekor gajah.

Menurutnya, pada masa ini, KEV hanya mempunyai sembilan ekor gajah dan masih memerlukan kira-kira 30 ekor lagi haiwan itu.

"Semalam (kelmarin) saya dah hubungi KSU (ketua setiausaha kementerian) berkenaan dan saya telah beritahu bahawa kerajaan negeri diberi kebenaran menangkap gajah-gajah itu untuk dibawa ke KEV.

"Saya akan tulis surat rayuan kepada beliau (KSU) mengenainya, sebab kita kekurangan gajah di situ (KEV), kita ada sembilan ekor dan kita perlu lagi 30 ekor. Jadi, berilah kebenaran pada kita," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan projek pembinaan kompleks Paya Bunga Square (PB Square) di tengah-tengah pusat bandar raya ini semalam.

Ahmad diminta mengulas kesukaran yang dihadapi pihak Perhilitan bagi menangani ancaman gajah liar yang dikatakan memusnahkan tanaman penduduk sekitar Hulu Setiu sejak akhir-akhir ini.

Menurut Menteri Besar, beliau dimaklumkan, kira-kira 21 ekor gajah liar berkeliaran dan mengamuk di kawasan berkenaan sehingga mengancam keselamatan penduduk sekitar selain merosakkan tanaman.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan negeri bersedia memikul tanggungjawab menangani masalah itu berdasarkan kesediaan untuk menanggung kos selain mempunyai jurulatih dan kakitangan yang mampu menangkap gajah-gajah liar itu.

Showme tubuh 5 tadika di Kuala Terengganu

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur Showme, Wan Fadzillah Wan Dagang (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Nor Farhana Nawi sambil diperhatikan Redzuan Abd .Aziz dalam Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Showme di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 1 Mei - Kolej Antarabangsa Showme, penyedia latihan kemahiran untuk lepasan sekolah di negara ini merancang untuk mengembangkan sayap perniagaannya dengan menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak menerusi penubuhan Tadika Showme.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Redzuan Abd. Aziz berkata, pembukaan tadika swasta itu merupakan platform terbaik dan dijangka dapat menawarkan peluang pekerjaan baharu buat graduan Showme dalam mempraktikkan pengetahuan dalam bidang penjagaan kanak-kanak dan seni kulinari.

"Awal tahun ini, Showme berjaya menubuhkan sebuah tadika yang beroperasi di hadapan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

"Kami melihat potensi perniagaan ini amat positif dan merancang untuk membuka lima lagi cawangan Tadika Showme di sekitar bandar raya ini menjelang November dengan tumpuan diberikan di kawasan-kawasan pendidikan termasuk di Gong Badak dan Batu Rakit," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Konvokesyen Ketiga Kolej Antarabangsa Showme di Taman Tamadun Islam di sini semalam.

Kolej Antarabangsa Showme merupakan institusi pendidikan swasta berdaftar yang turut mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Sejak penubuhannya pada 2002, sebanyak 85 peratus graduan diploma sistem kemahiran dan sistem komputer serta sijil penjagaan kanak-kanak dan seni kulinari berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan pertama selepas menamatkan pengajian.

Redzuan memberitahu, dengan penubuhan Tadika Showme sekali gus menjadikan pusat pendidikan itu sebagai satu-satunya tadika yang menawarkan pembelajaran Islam, bahasa Inggeris dan bahasa Cina sebagai persediaan melahirkan generasi muda berketerampilan.

Katanya, modul pembelajaran yang digunakan adalah komprehensif selain menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajarannya.

Ujarnya, penubuhan kelima-lima tadika itu dijangka melibatkan kos kira-kira RM150,000.

Sementara itu, Redzuan tidak menolak kemungkinan pihaknya juga akan memberi peluang kepada usahawan kecil untuk membuka Tadika Showme melalui sistem francais pada masa hadapan selaras usaha melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan.

Katanya, cetusan idea francais itu timbul melihat kepada kejayaan tadika swasta Islam, Brainy Bunch yang kini mempunyai puluhan rangkaian di seluruh negara.

Selain kolej dan tadika, Showme turut mempunyai sebuah sekolah antarabangsa iaitu Showme Kidz School.

UMNO Kuala Terengganu anjur Doa Untuk MH370

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

KUALA TERENGGANU 1 Mei- Bagi menyatakan simpati terhadap nasib penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengambil inisiatif menjayakan program Salam Dari Laut - Doa Untuk MH370 di Pantai Batu Buruk di sini, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Kumpulan Teater Terengganu (Kumputer) dan Majlis Teater Negeri Terengganu (MTNT) itu sebagai tanda masyarakat turut berkongsi kesedihan dan harapan berikutan insiden tersebut.

Program pada sebelah petang di Pantai Batu Buruk itu diisi dengan pembacaan puisi, syair dan pertandingan mewarna manakala sebelah malam diisi dengan tazkirah, bacaan al-Quran, doa dan marhaban.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd. Sabri Alwi yang merasmikan program itu turut tidak melepaskan peluang mendeklamasi sajak berkisar tentang kehilangan penumpang pesawat terbabit.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat