{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Ibu bapa diminta pantau aktiviti anak

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Hanafi Mamat (tiga dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang sebagai gimik pelepasan peserta Kayuhan Selamat Pelajar SMK Bunut Susu dekat Pasir Mas, semalam.- UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS 15 Mei - Ibu bapa perlu memantau setiap kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak khususnya golongan belia bagi mengelakkan mereka terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, pendekatan tersebut perlu diambil memandangkan golongan berkenaan dilihat sudah ramai yang terjebak dengan musuh nombor satu negara itu.

Beliau berkata, ini kerana rumah merupakan institusi pertama dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Walaupun keadaannya masih terkawal, namun kita khuatir jika pemantauan ini tidak dibuat dengan kadar segera berkemungkinan besar lebih ramai golongan belia akan terjebak dalam najis dadah.

Untuk itu, ibu bapa perlu membuat pemeriksaan mengejut ke atas anak-anak sama ada dalam beg pakaian atau sekolah sebagai alternatif membendung gelaja ini daripada terus berleluasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dekat sini hari ini selepas merasmikan Majlis Kayuhan Selamat Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu yang disertai oleh seramai 100 peserta.

Hanafi memberitahu, faktor bekalan dadah yang agak mudah diperoleh di pasaran turut menjadi salah satu punca penglibatan golongan belia terhadap bahan berkenaan.

Katanya, tanggungjawab membanteras penyalahgunaan dadah ini bukan sahaja terletak di bahu ibu bapa semata-mata malah ia melibatkan semua pihak.

Kita perlu bersatu dalam membanteras masalah ini dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya terserempak dengan mereka yang terlibat atau menjadi dalang penyebaran bahang terlarang ini," tegasnya.

TNB peruntuk RM500,000

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Md. Yuslan Md. Yusof (kiri) melihat rumah Mat Roni Jaafar yang dibina menerusi Projek Baiti Jannati di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor dekat Tumpat, kelmarin. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT 15 Mei - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi membina rumah untuk golongan kurang berkemampuan di negeri ini di bawah projek Baiti Jannati sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar TNB Kelantan (Bahagian Pembahagian), Ir. Md. Yuslan Md. Yusof berkata, sebanyak 10 buah rumah baharu akan dibina oleh pihaknya menggunakan peruntukan tersebut.

Beliau berkata, pembinaan rumah itu merupakan inisiatif di bawah tanggungjawab korporat TNB kepada masyarakat di negeri ini.

Harapan kita dengan adanya program ini ia dapat memberikan sinar baharu kepada kehidupan golongan berkenaan ke arah yang lebih selesa.

Melalui program seperti ini, ia dapat menjalin hubungan rapat dan mewujudkan kerjasama antara TNB dan masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian rumah projek Baiti Jannati kepada Mat Roni Jaafar, 39, dari Kampung Kebun, Pengkalan Kubor dekat sini semalam.

Penyerahan rumah tersebut disempurnakan oleh Ketua Jajahan Tumpat, Sobri Ramli.

Sementara itu Mat Roni memberitahu, dia bersyukur dan gembira kerana hasratnya untuk memiliki sebuah rumah yang lebih selesa akhirnya terlaksana dengan bantuan TNB menerusi projek itu.

Katanya, rumah tersebut memberikan sinar baharu kepada dia dan keluarganya untuk hidup dalam keadaan yang lebih selesa selepas ini.

Saya tidak tahu hendak kata apa, kecuali ucapan terima kasih kepada pihak TNB.

Sudah lama saya impikan kehidupan lebih selesa namun dengan pendapatan yang tidak seberapa ia merencatkan hasrat tersebut," katanya.

PPK Bukit Awang peneraju pengeluaran cili negara

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Mohd. Agil Awang menunjukkan bungkusan benih cili 086 Bukit Awang yang dijadikan baka projek tanaman cili PPK Bukit Awang di Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/Torek sulong

PASIR PUTEH 15 Mei - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah banyak membantu menyalurkan kepakaran teknikal, bimbingan dan kemudahan termasuk memberi kepercayaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang sebagai peneraju pengeluaran cili negara.

Pengerusi PPK berkenaan, Mohd. Agil Awang berkata, antara kemudahan yang telah disediakan LPP adalah seperti pusat pengumpulan hasil ladang, pengangkutan dan kilang pemprosesan.

Beliau berkata, hasilnya selain daripada memberi pendapatan kepada petani ia turut telah membantu negara memperoleh pendapatan yang tinggi daripada aktiviti pertanian tersebut.

Penggunaan benih yang bermutu tinggi, penggunaan racun perosak yang bersesuaian membolehkan kita mencapai hasil dan kualiti yang diperlukan oleh pasaran.

Kita sering bekerjasama dalam mengatur langkah menjadikan pertubuhan peladang ini sebagai pengeluar cili negara yang mampu membekalkan keperluan domestik sehingga berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan cili import," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, perancangan PPK Bukit Awang selepas ini adalah mengeluarkan cili sebanyak 2,700 tan setahun menjelang 2018 dan diharap ia akan menjadi kenyataan dengan sokongan pasaran daripada semua pembeli.

Katanya, pihaknya juga bercadang mewujudkan sendiri ladang benih cili di Kelantan dengan menambah penyertaan petani untuk membekalkan keperluan tersebut mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Kita juga bekerjasama dengan syarikat Leckat Corporation Sdn. Bhd. menghasilkan penggunaan benih cili jenama sendiri," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat