Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Sindiket edar dadah tumpas
- 1,000 wanita di Kelantan sertai SRS
- Polis cari lelaki bantu siasatan kes rompak ATM
Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA Zamri Shamsuddin (tengah) menunjukkan dadah dan wang tunai yang dirampas daripda lima sekeluaga dalam sidang akhbar di IPD Kuala Terengganu, Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU 20 Mei - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang dipercayai antara yang terbesar di daerah ini tahun ini dengan penahanan lima sekeluarga terma- suk sepasang suami isteri, Ahad lalu. Mereka yang kesemuanya tidak bekerja ditahan bersama dadah serta wang tunai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM72,000 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, selain pasangan terbabit yang masing-masing berusia 29 dan 26 tahun, turut ditahan ialah adik kepada suspek lelaki itu iaitu pasa- ngan adik-beradik bersama seorang remaja perempuan iaitu anak saudara mereka yang masih bersekolah dan kesemua mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 27 tahun. Pasangan adik-beradik itu ditahan kira-kira pukul 3 petang dalam serbuan pertama di Pangsapuri Ladang Gemilang dekat sini pada hari yang sama. Ketika serbuan tersebut dilakukan, polis telah menjumpai satu bungkusan yang dibalut dengan kertas surat khabar yang disorokkan di dalam almari pakaian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan. Hasil pemeriksaan lanjut, kita berjaya merampas sebanyak tujuh botol dadah dipercayai heroin yang bernilai kira-kira RM4,000 dalam bungkusan tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, susulan daripada serbuan pertama itu, pihaknya menyerbu sebuah lagi rumah di Kampung Pengkalan Setar dekat sini dan berjaya menjejaki kakak ipar kepada pasangan adik-beradik itu yang cuba meloloskan diri ke Pangsapuri Ladang Gemilang selepas menyedari kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa. Ketika ditahan, polis turut menemui wang tunai berjumlah RM44,000 yang dibawa oleh wanita berkenaan. Kita percaya wang tersebut diperoleh daripada hasil jualan dadah," ujarnya. Menurut Zamri, suspek lelaki itu yang dikenali sebagai Benjo pula diberkas kira-kira pukul 1.30 pagi semalam ketika datang ke ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini dan dia kemudiannya menunjukkan baki dadah yang disorokkan di dalam rumah di Pangsapuri Ladang. Siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan sebanyak 1,993 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai kira-kira RM24,000 yang disembunyikan dalam sebuah beg pakaian di pangsapuri berkenaan. Kita percaya keluarga ini aktif menjalankan kegiatan ini sejak Disember tahun lalu," katanya. Tambah beliau, ketika ini, ke- semua suspek direman selama se- minggu untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. Katanya, kesemua yang ditahan tiada mempunyai sebarang rekod jenayah termasuk berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kesemua bebas daripada pengaruh dadah. |
1,000 wanita di Kelantan sertai SRS Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT Safidah Abu Samah (kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan anggota Skim Rondaan Sukarela kepada Pengerusi KRT Seneng, Mohd. Amidi Abdul Razak pada program Jom Ronda dan memperkasakan SRS Daerah Bachok di Bachok, Kelantan, kelmarin. BACHOK 20 Mei - Seramai 1,000 anggota Jiran Wanita daripada 436 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh Kelantan bersedia menyertai aktiviti rondaan malam menerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS). Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Safidah Abu Samah berkata, mereka yang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah dan wanita bekerja telah memberi persetujuan untuk memantau persekitaran kampung masing-masing sebagaimana yang dilakukan oleh SRS lelaki. Walaupun bilangan Jiran Wanita terbabit tidak ramai, namun mereka menunjukkan kesungguhan untuk bersama-sama kerajaan bagi menurunkan indeks jenayah. Malah, kita telah lama mengga- lakkan kumpulan ini tampil sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan terutama pada siang hari ketika kebanyakan kaum lelaki be- kerja. Kumpulan terlibat akan memikul tugas bermula pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi mengikut jadual pilihan masing-masing seba- nyak tiga kali dalam seminggu," kata beliau ketika ditemui dalam Program Jom Ronda dan Memperkasa SRS Bachok di Taman Bator Harmoni, Kampung Seneng di sini malam semalam. Yang hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Suprintendan Azmi Mokhtar; Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Illias Hussin dan Pengerusi Penyelaras KRT Bachok, Nik Yusoff Nik Mat. Pada program berkenaan, Safidah turut membuat lawatan ke pusat operasi dan meninjau aktiviti rondaan di lima KRT iaitu di KRT Teratak Pulai, Seneng, Pantai Baru, Rengas dan Bachok dekat sini. Setakat ini, hanya KRT Seneng dan KRT Demit di sini serta KRT Lundang, Kota Bharu yang mempunyai anggota SRS aktif meronda pada waktu malam. Safidah memberitahu, keba- nyakan anggota wanita terbabit bagaimanapun mempunyai kemahiran mempertahan diri, selain diberi taklimat khusus sebelum dibenarkan menjalankan rondaan dengan dilengkapi peralatan komunikasi dan cota. |
Polis cari lelaki bantu siasatan kes rompak ATM Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT Mohd. Afizul BESUT 20 Mei - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) yang mengakibatkan kehilangan wang tunai kira-kira RM165,000 di sebuah bank di Jerteh, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, lelaki yang dikenali sebagai Mohd. Afizul Mohammad, 37, itu beralamat di Lot 533, Lorong Rogayah, Pasir Mas, Kelantan. Suspek yang juga dikenali sebagai Pijo tidak mempunyai pekerjaan tetap dipercayai boleh membantu siasatan kes yang berlaku antara pukul 5.45 pagi hingga 6 pagi itu, katanya di sini hari ini. Dalam kejadian Ahad lalu, empat perompak bertopeng menggunakan kereta jenis Proton Waja untuk menarik keluar mesin ATM kira- kira 10 meter dari tempat asalnya sebelum memecahkan tempat simpanan dan melarikan wang kertas tersebut. Kejadian berlaku ketika pengawal ke- selamatan dikatakan sedang solat subuh di sebuah surau berhampiran kawasan bank sebelum disedari orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 6.15 pagi. Pengawal keselamatan yang kembali ke bank itu setelah selesai menunaikan solat subuh kemudian ternampak kerosakan pintu cermin bank dan mesin ATM ditinggalkan di luar kawasan premis itu lalu menghubungi pengurusan bank. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah pula berkata, pemeriksaan daripada kamera litar tertutup (CCTV) bank itu mendapati rompakan itu dilakukan mereka yang pakar. Rakaman CCTV menunjukkan keempat-empat suspek menggunakan kabel untuk mengikat satu daripada empat ATM bank berkenaan, lalu menariknya keluar daripada ruang ATM dan memecahkan mesin itu di luar kawasan bank. Ini merupakan kes pertama di daerah ini dan sehubungan itu satu unit khas ditubuhkan oleh IPK Terengganu untuk membanteras kegiatan merompak dan melarikan mesin ATM. Sehubungan itu, Kamarudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Besut, Asisten Komisioner Kamsani Hassan 013-3612080 atau mana-mana balai polis berhampiran. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |