{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


150 meter kabel TM dicuri

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
utusanganu@utusan.com.my

DUNGUN 21 Mei - Ribuan penduduk di kawasan Bandar Ketengah Jaya dekat sini terjejas hubungan telekomunikasi apabila kabel telekomunikasi sepanjang lebih 150 meter dicuri berhampiran sebuah pencawang milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

Kejadian tersebut dipercayai berlaku malam tadi dan disedari beberapa orang penduduk kampung yang melalui jalan berhampiran pencawang berkenaan setelah melihat kedua-dua tudung kotak simen berkenaan terbuka.

Melihat keadaan meragukan, mereka menghampirinya dan mendapati kesan kabel dipotong sebelum melaporkannya kepada juruteknik TM yang bertugas.

Juruteknik TM, Ramli Mat Hussin yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan berdekatan kawasan ibu sawat telekom itu kemudian melakukan pemeriksaan.

"Setelah memeriksa kotak penyambungan kabel itu, saya dapati sebanyak empat batang kabel telekom jenis FF 200 berukur lilit 0.5 milimeter sepanjang 150 meter telah dipotong dan dilarikan.

"Kabel berkenaan yang terletak di dalam sebuah kotak simen bersaiz 1.5 meter panjang dan satu meter lebar yang ditutup dan ditanam di dalam tanah," katanya di sini hari ini.

Terdapat juga kesan tayar kereta yang dipercayai digunakan pencuri untuk menarik kabel berkenaan dari dalam kotak penyambungan itu.

Laporan mengenai kecurian kabel yang dianggarkan bernilai RM25,000 itu dibuat di Balai Polis Ketengah Jaya pagi ini.

1,000 warga pendidik, pelajar sertai senamrobik

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

Hussain Awang (tiga dari kiri) bersama warga pendidik dan pelajar bersenamrobik di hadapan PPD Pasir Puteh, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Torek Sulong

PASIR PUTEH 21 Mei - Sebanyak 1,000 warga pendidik termasuk pelajar menyertai senamrobik pada Majlis Perlancaran Bulan Kecergasan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Kelantan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini hari ini.

Majlis perlancaran tersebut disempurnakan oleh Pengarah JPN, Hussain Awang yang turut sama menyertai senamrobik dan beberapa acara sukan lain bermula dari pukul 8 hingga 11 pagi.

Yang turut hadir, Timbalannya, Abd. Aziz Abdullah dan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Ismail Ghazali.

Beberapa agensi kerajaan dan swasta turut tampil memeriahkan suasana dengan mengadakan pameran serta pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Hussain ketika ditemui berkata, program yang sama akan diteruskan di semua sekolah selepas ini untuk kesihatan fizikal serta kecerdasan minda pelajar serta warga pendidik.

"Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) boleh merangka pendekatan dan perancangan yang terbaik bagi menjayakan program ini dengan mengetuai guru-guru lain di sekolah masing-masing.

"Ia adalah sebahagian pendidikan luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum yang mampu memberi impak positif kepada pelajar secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata, jabatan tersebut turut memberi fokus utama terhadap pembangunan kesihatan pelajar dan guru dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Katanya, langkah itu bagi memastikan kadar obesiti pelajar dikurangkan menerusi aktiviti bersukan, pembelajaran PJK dan pemakanan yang seimbang.

"JPN juga sentiasa peka terhadap guru-guru yang mempunyai masalah kesihatan termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik untuk ditempatkan di sekolah yang berhampiran dengan hospital dan rumah bagi memudahkan mereka mendapat rawatan secara berkala," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penempatan guru di hulu Kelantan seperti Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai, Hussain berkata, ia dibuat mengikut keperluan semasa.

"Ini termasuk guru yang baru ditugaskan di negeri ini berasaskan opsyen serta bidang kepakaran mereka yang diperlukan di sekolah pedalaman.

"Setakat ini bilangan guru di sekolah-sekolah di negeri ini adalah mencukupi walaupun beberapa opsyen yang membabitkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni Visual masih diperlukan," katanya.

MITI Kelantan pergiat penerangan AEC kepada setiap lapisan masyarakat

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Cawangan Kelantan akan terus mempergiatkan lagi penerangan mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) kepada setiap lapisan masyarakat.

Pengarahnya, Azran Deraman berkata, penerangan tersebut dilaksanakan sebagai persediaan awal Malaysia untuk menghadapi tugas sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

"Untuk permulaan, kita fokus kepada penjawat awam memandangkan mereka adalah ejen utama yang perlu memahami mengenai AEC terlebih dahulu.

"Dengan penerangan yang lebih jelas, mereka juga akan dapat berkongsi setiap maklumat yang diperoleh kepada rakan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Outreach MITI mengenai Asean Economic Community (AEC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Pada program tersebut, hampir 200 penjawat awam persekutuan dan negeri hadir bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Bahagian Kerjasama Ekonomi Asean MITI, Mohd. Firdaus Mohd. Ali .

Azran berkata, sesi penerangan itu juga akan diteruskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini.

"Bagi program esok, kita turut mengumpul seramai 600 pelajar untuk bekerjasama bagi memberi penerangan mengenai AEC ini

"Ia telah menjadi hasrat kita untuk terus mendekati golongan pendidik serta generasi muda yang terdiri daripada pelajar," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat