{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Satu Kampung Satu Dusun: 2,400 anak nangka madu diagih

Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kubang Kerian, Datuk Muhammad Abdul Ghan (dua dari kiri) menyampaikan anak pokok nangka madu kepada penduduk di Kampung Tualang, sini semalam.

KOTA BHARU 25 Mei - Sebanyak 2,400 anak pokok nangka madu akan diagihkan kepada 800 keluarga di kawasan Parlimen Kubang Kerian bagi merealisasikan program Satu Kampung Satu Dusun di kawasan tersebut.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kubang Kerian, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, Satu Kampung Satu Dusun merupakan program sentuhan terus kepada rakyat dengan tumpuan diberikan kepada usaha menanam buah-buahan komersial seperti nangka.

Katanya, nangka madu mempunyai nilai komersial yang berpotensi untuk dipasarkan sekali gus mampu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk yang terbabit.

Kita akan berikan anak pokok nangka madu ini kepada penduduk yang berminat dan setakat ini, kita telah menerima lebih 2,000 permohonan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan anak pokok berkenaan kepada 200 keluarga di Kampung Tualang dekat sini semalam.

Katanya, aktiviti pertanian menerusi program Satu Kampung Satu Dusun amat ekonomik selain mudah diusahakan kerana tidak melibatkan kawasan yang luas.

Aktiviti ini hanya memerlukan kawasan di sekitar halaman rumah sahaja. Jika setiap rumah menanam dua atau tiga pokok dan diikuti oleh rumah lain di dalam kampung tersebut, maka secara tidak langsung kita telah mewujudkan satu dusun di tempat mereka," katanya.

Tambah Muhammad, selepas ini pihaknya akan mengenal pasti beberapa jenis pokok buah-buahan yang dianggap berpotensi dikomersialkan untuk dimuatkan ke dalam program tersebut.

Sementara itu seorang penerima, Zulkifli Daud, 57, menyifatkan program tersebut sebagai landasan bagi membantu melonjakkan ekonomi penduduk setempat sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh.

Usaha kerajaan ini memberi manfaat besar kepada orang ramai dan perlu diperluaskan," katanya.

PTPT bantu pelajar luar bandar

Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) percaya Pusat Transformasi Pendidikan Terengganu (PTPT) yang bakal diwujudkan kerajaan negeri mampu membantu menangani pelbagai masalah yang dihadapi para pelajar khususnya di luar bandar.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad seterusnya yakin masalah berkaitan kekurangan kemudahan asas pelajar luar bandar termasuk kekangan kekurangan guru mahir dan berpengalaman untuk subjek kritikal dan sistem jalur lebar dapat ditangani untuk bersaing dengan pelajar bandar.

Beliau yang mengalu-alukan penubuhan PTPT itu selain menyifatkan kecaknaan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengenai inisiatif itu berkata, langkah tersebut akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan anak Terengganu.

Kata beliau, pihaknya juga menyarankan agar PTPT melakukan kajian terhadap kualiti pendidikan khususnya bagi pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) agar mereka benar-benar berkualiti sehingga ke peringkat tertinggi.

Ia juga penting bagi memastikan pelajar-pelajar cemerlang ini tidak tercicir di pertengahan jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Anuar berkata, Gagasan turut mengharapkan supaya satu kajian terperinci dilakukan untuk melihat keberkesanan sebenar penggunaan E-book.

Jelasnya, penggunaan peralatan tersebut perlu benar-benar memberi impak positif kepada kualiti pendidikan Terengganu agar selari dengan pelaburan besar oleh kerajaan negeri.

Kata beliau, Gagasan juga melihat kualiti pelajar Terengganu di institusi pendidikan tinggi (IPT) yang masih tidak memuaskan di segi pencapaian tahap kepujian.

Justeru, ia perlu diberi perhatian oleh PTPT supaya satu perancangan jangka panjang dapat dirangka ke arah mempertingkatkannya.

Gagasan amat teruja dengan PTPT diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar, ia menggambarkan kesungguhan Menteri Besar (Ahmad Razif) untuk memastikan PTPT berada di landasan betul serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan," jelasnya.

Jawatan pegawai pembangunan di DUN pembangkang dipertimbang

Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT

SETIU 25 Mei - Kerajaan negeri belum memutuskan sama ada untuk mengisi semula jawatan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, perkara itu mungkin dipertimbangkan kewajarannya bagi kawasan-kawasan tertentu jika ada keperluan mendesak, namun sudah terdapat pegawai yang berperanan sebagai perantara kerajaan dengan masyarakat.

Katanya, ini dilakukan dengan pelantikan beberapa Pegawai Pembangunan Parlimen beberapa hari lalu di samping para Pegawai Khas Menteri Besar di kawasan tertentu yang dianggap sudah memadai ketika ini.

Ahmad Razif menegaskan, kerajaan negeri tetap akan membantu penduduk di semua 15 DUN yang dikuasai pembangkang.

"Kita belum membuat keputusan lagi (sama ada mahu meletakkan atau tidak pegawai perantara peringkat DUN), jadi setakat ini, setakat yang ada itu sahajalah yang kita lantik,'' katanya di sini malam tadi.

Jawatan Pegawai Pembangunan Parlimen dan DUN di kawasan Barisan Nasional (BN) tewas tidak lagi diisi sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah pimpinan negeri di bawah Datuk Seri Ahmad Said merasakan perkara itu tidak membantu mengukuhkan kerajaan dan parti.

Namun beberapa hari lalu, Ahmad Razif mengumumkan pelantikan tiga Pegawai Pembangunan Parlimen iaitu Datuk Mohd. Sabri Alwi bagi Kuala Terengganu, Datuk Din Adam (Dungun) dan Datuk Basir Ismail (Kuala Nerus).

Parlimen Marang yang turut kalah pada PRU-13 diletakkan di bawah seliaan Ketua UMNO bahagian itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang.

Ahmad Razif berkata, tiga pegawai tersebut termasuklah A. Latiff yang juga anggota Exco akan berperanan membantu beliau mengenal pasti setiap masalah di kawasan Parlimen dan bertindak sebagai pemudah cara untuk diatasi.

Kita akan tengok daripada semasa ke semasa atas keperluan, kita hari ini, kita memang nak bantu di kawasan-kawasan yang tidak ada wakil rakyat (BN) terutamanya Kuala Terengganu (tewas semua kerusi DUN dan Parlimen), jadi kita perlulah seseorang menjadi perantara antara kerajaan dan rakyat.

Jadi kerana itulah kita wujudkan. Di Parlimen Dungun, kita dapati ada seorang sahaja wakil rakyat (BN) di kawasan itu dan kita melihat kepada keperluan, kita tambah seorang lagi dan akan dibantu pegawai khas yang sedia ada,'' ujarnya.

Katanya, di Kuala Nerus pula, ada tiga DUN yang tiada wakil rakyat BN, maka kerajaan melantik Basir manakala di Marang, ADUN tunggal BN, A. Latiff Awang boleh berperanan bersama para Pegawai Khas Menteri Besar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat