{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Rombak kedudukan pegawai tadbir

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

DARI KIRI: Mazlan Ngah, Osman Muda, Wan Nawawi

KUALA TERENGGANU 27 Mei - Kerajaan negeri menyusun semula kedudukan 50 pegawai tadbirnya dalam rombakan yang dilakukan berikutan persaraan wajib dua pegawai kanan negeri, berkuat kuasa pada 2 Jun ini.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, persaraan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah itu membabitkan rantaian pertukaran ramai pegawai berdasarkan senioriti dan pengalaman mereka.

Jawatan Mat Razali akan diisi oleh Datuk Osman Muda yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) manakala Pengarah Bekalan Air Negeri Terengganu, Datuk Wan Zahari Wan Ngah akan mengambil alih kedudukan sebagai Pengurus Besar PMINT.

Pegawai Daerah Setiu ketika ini, Mohamad Nor Ibrahim pula dipilih menggantikan Tuan Mamat selaku Pengarah Tanah dan Galian negeri manakala Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Talaha Ali mengambil tempat Mohamad Nor.

"Turut terlibat ialah Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pembangunan); Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Samiun Salleh (selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Pembangunan), Idham Mustafa (selaku Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar)," katanya di sini hari ini.

Katanya, Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pembangunan), Datuk Zulkifli Mohamad (dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Sdn. Bhd.); Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin (sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) serta Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Program Khas Sukan, T-Team), Ab. Rasid Jusoh sebagai Pengarah MSNT.

Beliau berkata, lima Yang Dipertua majlis daerah dan perbandaran serta empat pegawai daerah juga akan mengalami beberapa perubahan termasuk Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman yang mengisi tempat Wan Nawawi.

"Bagi jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), akan dipegang oleh Mohd. Zulkifli Abu Bakar (ketika ini sebagai Timbalan Rektor TATiUC-Jaringan Industri & Korporat) manakala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM) pula masing-masing akan dipegang oleh A. Rahman Che Ali (ketika ini Pegawai Daerah Marang) dan Mat Arsad Mohamed (Pengurus Kanan Projek Daerah Baru Kuala Nerus UPEN Terengganu).

"Sementara itu, jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu (MDS) diambil alih oleh Zainal Abidin Mohamed (ketika ini Pengarah Urusan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu) dan jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) disandang Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Azmi Razik," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan menafikan pertukaran itu dibuat atas alasan perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri apabila Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil alih jawatan selaku Menteri Besar.

"Perubahan ini adalah pertukaran biasa disebabkan persaraan wajib dua pegawai tinggi kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan perubahan pucuk pimpinan kerajaan dan mereka yang dipilih untuk menerajui satu-satu jawatan juga dinilai berdasarkan beberapa faktor termasuk senioriti dan pengalaman," katanya.

Jumlah Komuniti Pewarni masih kecil

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

KUALA TERENGGANU 27 Mei - Sebanyak 292 Komuniti Perwani 1Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Wanita negeri ditubuhkan di seluruh negeri ini sejak dilancarkan di peringkat kebangsaan pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, ia melibatkan sebanyak 5,016 peserta dan jumlah itu dianggap sangat kecil.

Katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan sasaran sebanyak 2,000 kumpulan Perwani ditubuhkan di negeri ini dengan keahlian lebih 20,000 orang menjelang 2015.

"Sehubungan itu, promosi sedang dipertingkatkan dalam usaha menggalakkan lebih ramai komuniti wanita menubuhkan kumpulan di kawasan mereka bagi memanfaatkan pelbagai program dan insentif yang disediakan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Hari Wanita Antarabangsa 2014 peringkat negeri yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong di Dataran Shahbandar, di sini kelmarin.

Sebelum itu, kira-kira 2,000 peserta bersama Muhammad Pehemi dan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri, Saharuddin Mohd Kia menyertai acara berjalan kaki daripada Dataran Batu Buruk ke tapak pelancaran.

Komuniti Perwani merupakan satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan untuk mempromosikan kesejahteraan masyarakat dengan menggerakkan pelbagai aktiviti yang bakal yang boleh memberi faedah.

Beliau berkata, setiap kumpulan Perwani sekurang-kurangnya mempunyai antara 10 hingga 20 orang dan penubuhannya adalah di peringkat komuniti termasuk kawasan perumahan

Selain itu, katanya, tumpuan penubuhan kumpulan itu juga turut disasarkan di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej dengan harapan akan menjadi satu nilai tambah kepada pelajar dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Tampil usahawan tempatan berjaya

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusanterengganu@utusan.com.my

Abdul Aziz Abdul Latif (enam dari kanan) dan Azran Deraman (lima dari kanan) bersama sebahagian usahawan yang menghadiri pelancaran program Entrepreneur Lunch Talk di Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. - Utusan/Asma Hanim Mahmood

KOTA BHARU 27 Mei - Bahagian Koleksi Khas dan Keusahawanan Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) cawangan Kelantan melancarkan program Entrepreneur Lunch Talk di Kampus Kota UMK di sini baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Madya Abdul Aziz Abdul Latif berkata, program bersiri yang bermula pada bulan ini akan menampilkan usahawan tempatan yang berjaya untuk berkongsi pengalaman mereka dengan warga universiti.

Beliau berkata, program itu adalah serampang dua mata yang bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah tentang realiti dunia keusahawanan bahkan memberi manfaat besar kepada usahawan sendiri yang berpeluang menggunakan segala kemudahan dan akses ilmu di menara gading.

"Kita tahu kebanyakan usahawan berjaya sebenarnya tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi mereka terjun dalam bidang ini dan berusaha keras berpandukan pengalaman dan keyakinan diri.

"Kita mahu pelajar dan pensyarah belajar daripada mereka dan pada masa sama kita bekalkan usahawan ini dengan kajian dan pengetahuan terkini.

"Usahawan boleh belajar ilmu pengurusan perniagaan contohnya dari aspek pengurusan kewangan, pemasaran, operasi sumber manusia dan sebagainya kerana apabila wujud kombinasi ilmu praktikal dan ilmu pengurusan yang betul mereka akan lebih maju serta meningkatkan tahap keupayaan," katanya ketika ditemui.

Yang turut hadir Pengarah MITI Cawangan Kelantan, Azran Deraman.

Abdul Aziz berkata, UMK juga adalah salah sebuah daripada lapan universiti tempatan yang menjalankan program SME@University iaitu pemilik perusahaan kecil dan sederhana mengikuti kursus selama 13 minggu mempelajari selok-belok ilmu perniagaan dan pengurusan secara formal.

"Program kerjasama dengan SME Corp iaitu agensi di bawah MITI ini telah bermula di UMK sejak dua tahun lalu dan kini mendapat sambutan hangat daripada usahawan yang memohon masuk meskipun kita mengehadkan kemasukan sehingga 35 orang sahaja pada setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Azran berkata, setiap siri Entrepreneur Lunch Talk akan mengkhususkan kepada kluster tertentu dan program siri pertama ini melibatkan penyertaan usahawan daripada bidang percetakan, penerbitan dan pengiklanan seramai 10 orang.

Kata beliau, pihaknya menjangkakan seramai 200 usahawan pelbagai bidang akan dijemput sehingga hujung tahun ini dalam siri program yang akan diadakan di Kampus Kota, Kampus Jeli dan Kampus Bachok.

Dalam pada itu, Pengurus MZ Banner Sdn. Bhd., Zaki Mahmood ketika ditemui mengakui, tiada jalan mudah untuk berjaya dan pengalaman jatuh bangun serta ditipu rakan kongsi adalah asam garam dalam dunia keusahawanan.

"Saya hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi mula berniaga sejak umur 15 tahun lagi, saya buat bermacam perniagaan daripada menjual burger, berniaga di pasar borong malah membuka perusahaan chalet yang berakhir apabila saya ditipu.

"Tetapi ia tidak melemahkan semangat saya dan sejak 10 tahun lalu saya mengusahakan perkhidmatan pengiklanan termasuk menghasilkan papan-papan pengiklanan untuk syarikat besar luar Kelantan yang mahu menghebahkan perniagaan mereka di negeri ini," katanya.

Sementara itu, pemilik syarikat Inter Sticker iaitu sebuah syarikat percetakan terkenal di negeri ini, Mohd. Noor Che Man pula berkata, minat yang tinggi perlu ada pada diri seseorang usahawan di samping wawasan dan cetusan idea-idea baharu.

Beliau yang memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM3,000 pada tahun 1984 kini memiliki sebuah kilang dengan peralatan canggih bernilai lebih RM2 juta dan mampu menggaji pekerja seramai 13 orang.

"Saya tidak menetapkan masa untuk bersara tetapi kini membahagikan tugas secara beransur-ansur kepada lima anak bagi meneruskan usaha ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat