Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
Pusat, kerajaan Pas bekerjasama Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT Oleh AZRAN FITRI RAHIM MUSTAPA Mohamed melihat produk madu yang dipamerkan pada Persidangan Global Halal 2014 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, semalam. KOTA BHARU 3 Mei - Sebuah jawatankuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan telah ditubuhkan bagi mempromosikan negeri ini dalam menarik pelaburan dan meningkatkan sektor perindustrian. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jawatankuasa yang diketuai oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu turut disertai Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). Beliau berkata, langkah itu merupakan usaha khusus yang dilakukan oleh pihaknya untuk menarik pelaburan yang selama ini tidak berkembang dengan cergas disebabkan beberapa kekangan. "Jawatankuasa ini akan mencari jalan bagaimana kita boleh mempromosikan Kelantan. Saya sudah membawa beberapa kumpulan minggu lepas, seperti Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Kelantan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). "Hari ini Duta Korea Selatan bersama 12 buah syarikat seperti Samsung melawat Kelantan, kita tahu ini satu tugas yang mencabar tetapi kita akan buat yang terbaik," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Global Halal 2014 di sini hari ini. Yang turut hadir, Naib Presiden Halal Industry Development Corporation (HDC) Dr. Abd. Malik Mushraf; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan, Prof. Madya Dr. Hilmi Abdul Rahman. Persidangan selama dua hari yang akan berakhir esok dianjurkan oleh UiTM cawangan Kelantan dengan kerjasama MITI dan HDC. Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berkata, pihaknya bercadang membawa duta dari negara ASEAN melawat negeri ini bagi memberi pendedahan tentang pertubuhan serantau itu. "Kerajaan Pusat telah membuat pelaburan sebanyak RM78 juta untuk membina infrastruktur, Taman Halal di Pasir Mas bagi merancakkan sektor tersebut. |
Industri perikanan, akuakultur punyai masa depan Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT KUALA TERENGGANU 3 Mei - Peserta dalam industi perikanan disaran pergi lebih jauh untuk memperoleh lebih banyak tangkapan memandangkan penghasilan sumber ikan negara pada masa ini agak kurang berikutan aktiviti nelayan hanya di luar pesisir pantai sahaja. Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr. Abol Munafi Abok Bolong berkata, penerokaan ke laut dalam menggunakan peralatan dan teknologi lebih moden perlu untuk meningkatkan sumber perikanan. Langkah ini bagi mengatasi masalah kekurangan ikan negara yang kini masih bergantung kepada negara luar, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Ekspo Industri Perikanan anjuran kelab Fakulti Perikanan UMT di sini semalam. Beliau berkata, dengan teknologi moden, bidang ini akan memberi imej yang baik dan perlu diceburi bagi menambah hasil laut negara tanpa perlu lagi bergantung kepada negara luar. Bidang perikanan dan akuakultur kini bukan sahaja yang menjadi tumpuan di UMT, tetapi beberapa buah universiti, politeknik, kolej komuniti turut mewujudkan kursus dalam bidang perikanan dan akuakultur, kata Abol Munafi. "Malah sekarang sudah ada beberapa buah sekolah yang memberi pendedahan kepada pelajarnya dalam program akuakultur kerana bidang itu mempunyai skop yang luas yang perlu diceburi rakyat negara ini," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |