{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pengakap UMK, pelajar SK Cherang Ruku gotong-royong bersih masjid

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

SEBAHAGIAN Ahli Pengakap B Fakulti Keusahawanan UMK Kelantan kampus Kota Bharu bersama ahli Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku setelah menjayakan program gotong-royong membersih kan persekitaran Masjid At-Taqwa di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini. - UTUSAN/Torek Sulong

PASIR PUTEH 6 Mei - Seramai 70 ahli Pengakap Kumpulan B, Fakulti Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota Bharu bersama Pengakap Kanak-Kanak (PKK) Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku menyertai program Erat Kukuh Tautan Hati bertempat di Masjid At-Taqwa Semerak di sini baru-baru ini.

Pengarah program, Mohd. Fadzlul Karim Mohamad Naser berkata, penganjuran program itu adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan sosial antara penuntut UMK dengan masyarakat Cherang Ruku di samping meningkatkan semangat muhibah 1Malaysia tanpa mengira agama dan kaum.

Program dianjurkan ini melibatkan kerjasama antara ahli pengakap terlibat bersama-sama dengan jawatankuasa masjid At-Taqwa dan penduduk setempat untuk bergotong-royong membersihkan persekitaran masjid.

Secara tidak langsung, semangat muhibah juga dapat disemai berikutan ahli pengakap UMK terlibat terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang menyertai program ini kerana sikap prihatin dan tanggungjawab terhadap masyarakat setempat selain meningkatkan kemahiran insaniah dari aspek pengurusan program dan aktiviti amal," katanya.

Dalam program terbabit, kata Mohd. Fadzlul Karim berkata, penuntut UMK juga memikul tanggungjawab sebagai pemudah cara kepada kira-kira 50 ahli PKK SK Cherang Ruku yang terlibat.

Tambahnya, aktiviti itu turut memberi ruang kepada mahasiswa terbabit memimpin dan mendidik sekumpulan kecil murid-murid sekolah berkenaan yang terbabit sepanjang sehari program berlangsung.

Sementara itu, fasilitator Pengakap UMK, Zulkifli Yusof berkata, program tersebut juga memberi peluang kepada penuntut UMK memberi khidmat bakti apabila menziarahi rumah penduduk termiskin dengan mengadakan aktiviti membersih persekitaran halaman rumah penduduk terbabit.

Selain itu, katanya, dengan ilmu dan kemahiran pengakap yang dimiliki mereka turut menjadi kumpulan pembimbing kepada pengakap kanak-kanak.

Kemahiran kawad kaki, pelbagai jenis ikatan dan simpulan serta permainan yang menyeronokkan bagi menarik minat kumpulan pengakap kanak-kanak yang menyertai program yang dirancangkan.

Program sebegini seharusnya dilaksanakan secara berterusan dengan mewujudkan perkongsian pintar dengan pihak sekolah sebagai medan kepada pengakap UMK merealisasi pencapaian kemahiran mereka secara amali," katanya.

Zulkifli berkata, program yang dijayakan juga dapat menjadi pencetus revolusi baharu bagi komponen pasukan beruniform di dalam kurus kokurikulum berkredit dengan memfokuskan kegiatan yang mampu dilakukan di luas kampus.

Dua lagi bilik veterinar dibina

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Mei - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan membina dua lagi klinik veterinar pada tahun ini dengan melibatkan kos kira-kira RM3 juta.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, dua buah klinik tersebut akan dibina di kampus Bachok dan Jeli.

Beliau berkata, penubuhan klinik terbabit adalah bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan serta rawatan haiwan kepada penduduk setempat.

Selain itu katanya, klinik itu juga akan dapat membantu meningkatkan kemahiran serta pengalaman klinikal pelajar-pelajar dalam bidang berkaitan.

Sebelum ini, kita sudah mempunyai sebuah klinik veterinar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa dan penambahan dua lagi klinik ini adalah untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran siswa Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) yang kini mempunyai 193 orang pelajar.

Selain itu, kita juga mempunyai bilangan kepakaran yang mencukupi iaitu seramai 26 pensyarah yang akan sentiasa membantu selain dioperasikan oleh seorang pegawai veterinar di setiap klinik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Usahawan Ternak 2014 anjuran Fakulti Perubatan Veterinar UMK di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Mohd. Mohktar Arshad dan Pendaftar UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak.

Sementara itu Raduan berkata, pihaknya juga yakin graduan sulung FPV UMK tahun ini tiada masalah untuk menembusi pasaran kerja.

Kita akan melantik beberapa graduan untuk menjadi pensyarah muda serta pegawai veterinar.

Manakala selebihnya mereka boleh menjadi usahawan dan membina klinik sendiri kerana kita sentiasa menerapkan ilmu keusahawanan kepada para graduan," katanya.

15 MPP sertai program Luhur Berbakti Cekal Diuji

Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT

SEBAHAGIAN anggota MPP, ahli Persatuan Alumni Politeknik Kota Bharu dan pelajar Politeknik Kota Bharu yang menyertai Program Pacuan Empat Roda Luhur Berbakti Cekal Diuji di Sungai Serai, Jertih, Terengganu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 6 Mei - Sebanyak 15 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada pelbagai parti politik di seluruh negara berdepan cabaran getir apabila diuji ketahanan mental dan fizikal sebagai persediaan menjadi pemimpin berkaliber dalam Program Pacuan Empat Roda (4x4) Luhur Berbakti Cekal Diuji yang diadakan di Sungai Serai, Jertih, Terengganu baru-baru ini.

Pengarah program itu, Mohd. Shaiful Azhar Jaafar berkata, aktiviti terbabit antara lain juga bertujuan untuk melihat sejauh mana peserta mampu mengendalikan apa jua situasi yang dihadapi.

Sepanjang program yang berlangsung selama tiga hari dua malam tersebut, katanya, ahli MPP didedahkan dengan pelbagai cabaran menguji ketahanan mereka melalui aktiviti air, ikhtiar hidup dan meredah hutan.

Selaku pemimpin, anggota MPP perlu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi bagi membolehkan mereka mampu berdepan dengan pelbagai cabaran apabila kembali ke politeknik masing-masing.

Sepanjang mengikuti program ini saya lihat anggota MPP berjaya mengatasi dengan baik setiap cabaran yang dilalui melalui semangat kerjasama tinggi sesama mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Program anjuran PAPKB dengan kerjasama Skuad Pacuan Empat Roda Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan turut disertai pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) selain ahli MPP.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat