{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


300 pelajar, anak polis bersama Angkasawan

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 22 Mei - Seramai 300 pelajar menyertai Program Sehari Bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.

Program anjuran IPD Kuala Muda itu disertai pelajar sekolah sekitar Sungai Petani dan juga anak-anak anggota polis sekitar negeri Kedah.

Pada program berkenaan, Angkasawan Negara itu turut berkongsi pengalamannya bagi membangkitkan semangat pelajar agar memiliki keazaman untuk berjaya dalam pendidikan, pekerjaan dan perniagaan berasaskan sains, teknologi dan inovasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya yakin proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan pengalaman seseorang tokoh boleh membantu meningkatkan minat pelajar.

"Kita sedar sebahagian pelajar kurang didedahkan dengan maklumat mengenai kejayaan tokoh tertentu sedangkan perkara seperti itu boleh membakar semangat pelajar untuk berjaya.

"Selain itu, program sebegini secara tidak langsung dapat membantu polis untuk bekerjasama dengan lebih rapat dengan masyarakat termasuk dalam kalangan pelajar sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program yang disempurnakan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Zaleha Abdul Rahman.

Bank Islam serah zakat perniagaan kepada USM

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

PULAU PINANG 22 Mei - Bank Islam Malaysia Berhad BIMB) menunaikan tanggungjawabnya dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM50,000 kepada Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Wang zakat itu akan diagihkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terpilih dan memerlukan bantuan bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka.

Pengurus Besar BIMB, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata, wang zakat yang diserahkan kepada USM itu merupakan sebahagian daripada peruntukkan sebanyak RM1juta yang disediakan untuk universiti tempatan di seluruh negara.

"Sebelum ini kebanyakan pelajar datang sendiri memohon kepada pihak bank bagi tujuan menampung pengajian di universiti.

"Namun untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan, kami menyerahkan tugas pemilihan pelajar yang layak kepada pihak universiti agar wang zakat ini dapat diberikan kepada individu yang layak," katanya selepas selesai majlis penyerahan wang zakat ini, di sini semalam.

Pada majlis itu, BIMB diwakili Wan Ismail manakala USM diwakili Timbalan Naib Canselor, Profesor Adnan Hussein.

Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama erat dengan BIMB terutamanya dalam pengukuhan akademik berteraskan pengurusan kewangan Islam.

"Kita melihat BIMB sebagai rakan strategik bagi melebarkan lagi kerjasama dalam pemantapan pendidikan dan akan memastikan peruntukan ini akan membantu asnaf-asnaf yang layak.

"USM berharap agar kerjasama ini akan sentiasa berkekalan di masa hadapan dan seterusnya membantu pihak universiti dalam melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dan bersifat holistik secara berterusan," katanya.

Perak sasar lahirkan 500 tahfiz muda setiap tahun - Mohd. Nizar

Posted: 22 May 2014 11:37 AM PDT

KUALA KANGSAR 22 Mei - Kerajaan negeri menyasarkan untuk melahirkan 500 tahfiz muda setiap tahun, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria.

Menurutnya, ini selaras dengan rancangan untuk membina sekolah menengah tahfiz al-Quran di setiap daerah di negeri ini.

Beliau berkata, setakat ini terdapat lapan buah sekolah menengah tahfiz antaranya Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah dan Sekolah Agama Raja Perempuan Takyah di sini.

"Kerajaan negeri akan membina sekolah menengah tahfiz di lima buah daerah.

"Pembinaannya akan bermula setelah selesai segala proses menyediakan bangunan sekolah dan keperluan asas yang lain," katanya.

Beliau merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Pesara Kerajaan Bahagian negeri Ke-27 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mercu di sini hari ini.

Menurutnya, telah wujud pelbagai institusi pendidikan Islam di negeri ini seperti tabika Islam, Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Darul Ridzuan dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di sini.

Selain itu, menurutnya terdapat 29 buah sekolah menengah tahfiz yang diuruskan oleh pihak persendirian yang mempunyai ribuan pelajar.

Beliau berkata, kerajaan mahu melengkapkan golongan muda khususnya para pelajar dengan ilmu agama supaya mereka dapat membentuk jati diri.

"Diharapkan mereka ini sedar akan tanggungjawab, tahu asal usul bagaimana mereka boleh memperoleh kejayaan dalam bidang masing-masing," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar