{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Admin

Utusan Online - Utara


Nelayan bantah tutup lombong

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

Sebahagian nelayan yang membuat bantahan ekoran lombong tempat mereka mencari rezeki diambil alih dan dipagar oleh pihak tertentu di Bandar Baru, Kampar, Perak, kelmarin.

KAMPAR 26 Mei - Kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil alih dan memasang pagar beberapa kawasan lombong di Malim Nawar di sini, menyebabkan kira-kira 20 nelayan bertindak mengadakan bantahan semalam.

Golongan yang menjadikan kawasan lombong itu sebagai sumber pencarian sejak 20 tahun lalu menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan tersebut sebagai menutup punca rezeki mereka.

Bantahan yang diadakan pada pukul 10 pagi di hadapan lombong berkenaan bertujuan mendapatkan semula hak kumpulan nelayan itu bagi menangkap ikan di lima buah lombong yang sebelum ini mendapat keizinan daripada Jabatan Perikanan Perak.

Seorang nelayan, Ahmad Nazri Zadain, 52, berkata, dia yang telah menangkap ikan di lombong berkenaan sejak lama dahulu kecewa apabila lombong yang pada mulanya berjumlah 200 buah sekitar tahun 80-an sedikit demi sedikit diambil alih oleh pihak tertentu hingga kini menjadi lima buah lombong.

Katanya, lombong biji timah itu diambil alih oleh pihak berkenaan untuk dijadikan kawasan penternakan itik dan penanaman sayur.

"Sejak dua bulan lalu kami sering dihalau dan ada juga yang ditangkap kerana dituduh menceroboh kawasan persendirian sedangkan berpuluh tahun kami mencari rezeki di sini tanpa ada sebarang sekatan daripada mana-mana pihak.

"Jika yang ini (lima lombong) juga diambil oleh mereka, bagaimana kami hendak mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga yang rata-rata mempunyai anak yang masih bersekolah.

"Lebih mengecewakan lagi apabila ada antara rakan-rakan yang dipukul dan hasil tangkapan mereka dirampas tanpa mendapat sebarang pembelaan daripada mana-mana pihak," katanya ketika ditemui.

Bagi Zamri Hazran, 61, sebelum ini mereka telah mendapatkan lesen kebenaran untuk menangkap ikan dari Jabatan Perikanan Perak namun aktiviti itu masih disekat dan perkara itu kemudiannya di rujuk ke Pejabat Tanah dan Daerah Kampar.

Bagaimanapun katanya, usaha mereka itu hanya sia-sia apabila jabatan kerajaan itu memberi tempoh masa yang lama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Berulang kali saya merujuk perkara ini kepada mereka tetapi memberi tempoh yang lama dalam menyelesaikan perkara ini.

"Bagaimanapun, apabila kami mendesak pihak berkenaan, mereka mengatakan kawasan lombong tersebut adalah tanah hak milik Sultan dan perlu mendapat kebenaran baginda untuk menangkap ikan di sini," katanya.

Penduduk rayu pemaju baiki jalan rosak

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

ALOR SETAR 26 Mei - Kira-kira 300 penduduk di Kampung Masjid dan Kampung Pekan di Mukim Kubang Rotan di sini, membantah kemasukan lori tanah yang didakwa menyebabkan jalan utama kawasan tersebut rosak.

Penduduk mendakwa aktiviti keluar masuk lori tanah ke kawasan tapak projek pembinaan perumahan yang bermula pukul 8 pagi hingga 7 petang itu menyebabkan kerosakan jalan hampir satu kilometer.

Penduduk, Hanisah Mohamad, 50, berkata, projek tersebut telah dijalankan selama lima bulan namun kerosakan jalan menjadi ketara sejak sebulan lalu.

"Sebelum projek ini bermula, jalan di sini elok sahaja, bertar tetapi sekarang apabila lebih 20 lori keluar masuk setiap hari jalan jadi berlubang dan saliran air di sawah berhampiran juga pecah.

"Bukan itu sahaja, lori yang lalu di sini juga seolah-olah tidak memikirkan keselamatan penduduk apabila mereka pandu dengan laju," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah Hanisah, pengguna jalan tersebut terutama penunggang motosikal dan basikal kerap kali terjatuh akibat keadaan jalan yang tidak rata serta berlopak.

Seorang pelajar, Nur Amira Ismadi, 15, berkata, dia yang menjadikan laluan tersebut untuk ke sekolah perlu lebih berhati-hati sekiranya bertembung dengan lori tanah.

"Setiap kali lori lalu saya kena beri laluan untuk lori jalan dahulu kalau banyak kenderaan itu maka lamalah kena tunggu.

"Saya amat berharap pihak pemaju dapat membaiki jalan tersebut seperti asal untuk kemudahan penduduk kerana ini jalan utama untuk pelajar ke sekolah," katanya.

Sementara itu, wakil penduduk di kawasan tersebut, Sharifah Salwa Syed Mansor memberitahu, satu pertemuan dengan pihak pemaju telah dibuat hari ini dan pemaju berjanji akan membaiki jalan tersebut.

Dia berkata, pemaju turut berjanji tidak akan menggunakan jalan tersebut pada waktu pelajar pulang daripada sekolah dan akan menyiram air ke atas jalan untuk mengelak debu.

Katanya, penduduk juga telah memohon agar pemaju membuat surat yang menyatakan mereka akan membaiki jalan tersebut supaya masalah sama tidak berulang.

"Sebelum ini pemaju pernah berjanji untuk baiki jalan namun hanya separuh dibaiki dan rosak kembali. Sebab itulah kami mohon mereka buat surat," katanya.

Bagaimanapun, wakil pemaju ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan dia kini berada di luar kawasan.

Primax 95 baharu dilancar di enam lokasi

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

PERMATANG PAUH 26 Mei - Petronas Dagangan Berhad (PDB) melancarkan petrol Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula bagi menggantikan Petronas Primax 95 xtra di seluruh negara mulai hari ini.

Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Gas Petroleum Cecair (LPG) PDB, Nik Faizanira Nik Mohamed Affandi berkata, pelancarannya dibuat di enam lokasi serentak iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, Primax 95 baharu itu dihasilkan menerusi kejayaan kejuruteraan Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir automotif yang membawa kejayaan kepada pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One dalam perlumbaan Formula One pada tahun ini.

"Primax 95 baharu ini berfungsi membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran petrol, menghasilkan semburan petrol yang lebih halus bagi menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga.

"Ia mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga dan menjimatkan petrol," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Petronas Primax 95 baharu Advanced Energy Formula di stesen Petronas Bandar Sunway di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Nik Faizanira berkata, Primax 95 baharu ini dijual pada harga kawalan petrol RON 95 di semua stesen minyak Petronas di seluruh negara.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar