{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


<b>felda jenderak</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 May 2014 12:00 AM PDT

Bot Penambang Pengangkutan Utama Penduduk Felda Jenderak

TEMERLOH – Bot penambang menjadi pengangkutan utama kira kira 3,000 penduduk di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau di sini berikutan beberapa laluan tidak boleh dilalui akibat banjir semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tanah rancangan berkenaan, Othman Abu Bakar berkata, sebanyak lima bot dan satu perahu panjang digunakan untuk mengangkut penduduk yang ingin ke pekan Kuala Krau.

"Penumpang dikenakan bayaran RM2 seorang untuk tambang sehala kerana air melimpah di atas jalan sehingga paras tiga meter menyebabkan laluan masuk ke tanah rancangan ini ditutup kepada semua jenis kenderaan.

"Banjir kali ini lebih buruk berbanding 2002 kerana kami terputus hubungan hampir empat hari apabila air mulai naik sejak Khamis lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih teruk apabila bekalan elektrik terputus sebanyak tiga kali di tanah rancangan itu.

Sementara itu, Othman berkata, pihak berkuasa telah menambak tanah untuk meninggikan jalan yang dinaiki air sedalam enam meter selepas banjir 2002 namun masih belum mencukupi.

"Saya rasa jalan yang digenangi air perlu ditinggikan sekali ganda supaya kami tidak terputus hubungan selepas ini," ujarnya.

Katanya, paras air bagaimanapun dilihat semakin surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala sekiranya tiada hujan dalam tempoh terdekat. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada December 11, 2013 - 3:33 am oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat