{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Bersikap terbuka dengan media

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com.my

ACRYL Sani Abdullah (tengah) menyaksikan Ghuzlan Salleh menerima serah tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar daripada Ahmad Rabawi Abd. Jalil di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar, Perak, semalam.

KUALA KANGSAR 2 Mei - Ketua polis daerah diminta mengamalkan sikap terbuka terhadap pengamal media dalam usaha mengelakkan spekulasi dan manipulasi sesuatu berita tersebar melalui media sosial lain.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini kerana perkembangan teknologi terkini melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook atau Twitter mampu menjadikan sesuatu kejadian mudah tersebar dengan pantas.

Katanya, berita yang disebarkan melalui media sosial ini biasanya mampu menarik minat masyarakat walaupun tiada pengesahan dibuat bagi berita tersebut.

Pihak media perlu mendapatkan maklumat daripada pihak ketua polis daerah untuk mengetahui kejadian sebenar sekali gus dapat menutup penyiaran berita yang tidak tepat oleh media sosial tersebut.

Sebagai ketua polis daerah, mereka hendaklah menjadikan media sebagai satu pasukan yang baik dengan memberikan maklumat tepat khususnya dalam setiap operasi dan susulan daripada setiap kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Pada Majlis itu, bekas Ketua Polis Daerah Kulim, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh menerima serah tugas daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Suprintendan Ahmad Rabawi Abd. Jalil.

Mengulas lanjut Acryl Sani berkata, kerjasama antara media dan polis membolehkan sesuatu maklumat itu dapat diperoleh dengan lebih cepat dan tepat.

Katanya, sebagai anggota polis adalah menjadi harapan untuk memberikan khidmat terbaik dan unggul kepada masyarakat seperti yang dikehendaki pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Ghuzlan berkata, jika dibuat perbandingan antara kes di Kulim dan Kuala Kangsar, Kulim jauh lebih tinggi iaitu kira-kira 200 kes sebulan berbanding 30 kes di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tetap menjadi cabaran buatnya dalam menyelesaikan kes yang berlaku di Kuala Kangsar di mana beliau pernah berkhidmat di daerah itu sebelum ini.

Saya berazam akan menjalankan tugas sebaik mungkin dan sentiasa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik," ujarnya.

Ismail raih pendapatan RM3,000 sebulan hasil tanaman terung

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

ISMAIL Ahmad mengusahakan tanaman terung di kawasan seluas 0.6 hektar di Felda Lepang Nenering, dekat Gerik, Perak.

GERIK 2 Mei - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itu prinsip yang dipegang pengusaha tanaman terung, Ismail Ahmad, 49.

Siapa sangka kegigihannya mengusahakan tanaman tersebut menggunakan kaedah fertigasi di atas tanah seluas 0.6 hektar membolehkan Ismail meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Menurut Ismail, kaedah tanaman fertigasi bukan sahaja menjimatkan tenaga malah pokok yang ditanam lebih mudah dijaga dan tidak perlu terlalu banyak menggunakan air.

Katanya, setiap pokok yang matang boleh diambil hasilnya selepas 60 hari daripada tarikh mula ditanam.

Setiap pokok terung boleh mengeluarkan buah antara tujuh hingga lapan kilogram setiap kali dituai dan daripada 1,800 pokok yang ditanam, sebanyak 14 tan buah berjaya diperoleh dalam tempoh tiga bulan.

Pulangannya pula bergantung kepada harga pasaran setelah ditolak kos penyelenggaraan termasuk gaji pekerja mampu memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 sebulan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ismail, tanaman terung tidak terlalu menguntungkan kerana harganya yang terlalu murah selain menghadapi masalah utama untuk memasarkannya.

Katanya, ini berbeza berbanding tanaman cili merah yang harganya lebih tinggi iaitu boleh mencecah RM7 hingga RM10 sekilogram walaupun penjagaannya lebih rumit berbanding tanaman terung.

Tambahnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga diharap dapat membantu dalam memasarkan hasil tanamannya ke pasaran luar seperti Alor Setar, Sungai Petani, Taiping dan Ipoh yang dijangka mampu menawarkan kadar harga yang lebih baik.

Bagi tanaman terung, saya menghadapi masalah untuk menjual kerana buat masa ini hanya di Gerik tempat jualan secara borong. Bagaimanapun tidak banyak yang diambil oleh peraih iaitu antara kadar RM1.50 hingga RM3.50 sekilogram sahaja.

Oleh itu, saya menjalankan projek tanaman silih berganti daripada terung kepada cili dan sebagainya. Ini kerana bercucuk tanam merupakan sumber utama pendapatan saya sekeluarga dan kami tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada sesiapa.

Bagi saya, tanah sekangkang kera sekalipun jika ringan tulang dan rajin berusaha dengan bercucuk tanam mampu membantu meringankan beban perbelanjaan dapur," ujarnya yang merupakan generasi kedua dari Felda Lepang Nenering.

MAYC Perak bangunkan Silveryouth@Ipoh RM20 juta

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

IPOH 2 Mei - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Perak bakal melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya cawangan pertubuhan itu yang bakal memiliki premis sendiri dengan pembinaan Silveryouth@Ipoh setinggi sembilan tingkat bernilai RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, bangunan yang bakal didirikan berhampiran Stadium Perak dan Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu juga bakal menempatkan hotel, bilik penginapan berkonsepkan dorm, bilik seminar serta beberapa kemudahan sukan lain.

Kawasan yang dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta ini akan menjadi satu perkampungan berkonsepkan inklusif dan mesra belia, sekali gus menjadi mercu tanda pembangunan golongan muda di negeri ini.

Projek tersebut akan bermula awal tahun depan. Sekiranya ruang kawasan mencukupi, kita juga akan mendirikan pusat sukan lasak bersifat komersial supaya pendapatan yang diperoleh dapat digunakan untuk menampung pelaksanaan program anjuran MAYC," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MAYC yang diwakili Pengarah Syarikat Nurharapan Berhad (syarikat induk MAYC), Azman Abdullah bersama Legacy Vista Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarahnya, Abdul Rahman Richard Abdullah selaku wakil pemaju, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Presiden MAYC, Mohd. Hasri Mohd. Hadzir.

Sementara itu Mohd. Hasri berkata, pembinaan Silveryouth@Ipoh di kawasan seluas 0.24 hektar itu dijangka menjadi lokasi menarik buat golongan belia termasuk 86,000 anggota mereka di seluruh negara.

Tambah beliau, premis tersebut justeru dilihat menjadi pemangkin kepada pentadbiran serta urus tadbir MAYC yang lebih sistematik.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat