Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 23 Apr 2013 02:42 PM PDT Tripoli: Ledakan bom kereta menyasarkan kedutaan Perancis di ibu negara Libya, semalam, mencederakan dua pengawal dan seorang remaja, serangan pertama sejak misi diplomatik Amerika Syarikat (AS) diserang di Benghazi, tahun lalu. Bahan letupan dalam kereta itu diletupkan di luar bangunan kedutaanm di kawasan mewah al-Andalus awal pagi sebelum kakitangan tiba, kata pegawai keselamatan.
Letupan kuat itu mencederakan dua pengawal Perancis dan menyebabkan kebakaran di pintu masuk yang sampai ke dalam pejabat. Seorang remaja perempuan Libya yang tinggal di rumah berdekatan turut cedera. Dua kereta di luar kedutaan juga terbakar dan beberapa bangunan berdekatan juga rosak. Anggota bomba segera berkejar ke tempat kejadian dengan pegawai berkata, motif serangan belum jelas. Dua tahun selepas perang saudara meletus, Libya kini menghadapi masalah mengawal keselamatan, mendapati sukar membentuk tentera yang bersatu selain mengawal militia termasuk pemberontak yang menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011. Perancis dan Britain memimpin kempen serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang membawa kepada kejatuhan Gaddafi.
Seorang pakar memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan ini, bahawa Libya adalah sumber senjata penting di Afrika Utara sejak dua tahun lalu. Pejuang Mali ceroboh Pegawai Perancis bimbang kemungkinan ketidakstabilan Libya menjadi semakin teruk kerana mereka percaya ada pejuang dari Mali masuk ke negara itu selepas tenteranya campur tangan bagi mengusir militan al-Qaeda di sana. Selain itu, kekacauan berterusan berlaku di Libya selepas Gaddafi tiada dan diplomat, agensi bantuan serta gereja turut diserang manakala berpuluh-puluh pegawai keselamatan Libya dibunuh. Dalam kebanyakan kes, kerajaan gagal menahan pihak bertanggungjawab atau membuat tangkapan sama ada kerana bimbang serangan balas atau kurang upaya melakukan siasatan.
|
Posted: 23 Apr 2013 02:41 PM PDT Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, semalam, berjanji akan menggunakan kekerasan bagi mengusir sebarang usaha kelasi kapal China mendarat di kepulauan Senkaku yang menjadi rebutan dua negara itu. Ini berikutan laporan lapan kapal China mula belayar ke perairan berkenaan.
Abe, berjanji mengusir secara paksa sebarang pendaratan warga China di kepulauan Laut China Timur itu. Kami akan ambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan menjejakkan kaki di situ. Kami tidak benarkan sesiapa masuk dan tak akan teragak-agak menggunakan kekerasan untuk mengusir mereka jika cuba mendarat, katanya di Parlimen ketika menjawab soalan ahli dewan. Cetus perbalahan
Kapal pengawasan maritim China memasuki zon 12 batu nautika kepulauan yang digelar Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun, pada jam 8.00 pagi waktu tempatan, kata pengawal pantai Jepun. Tindakan kapal China berulang kali memasuki perairan Jepun tidak dapat diterima, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga. Sekumpulan nasionalis Jepun berkata, mereka menghantar sembilan kapal ke kawasan sekitar pulau, yang juga dituntut Taiwan. Kepulauan itu dipercayai dikelilingi kawasan kaya sumber perikanan dan semula jadi di dasarnya. Hubungan kian keruh Dalam perbalahan wilayah berasingan, hubungan di antara Tokyo dan Korea Selatan semakin keruh berikutan perebutan kepulauan kecil dikuasai Seoul di Laut Jepun. Kelmarin, Seoul menangguhkan perjalanan Menteri Luar, Yun Byung-Se, ke Tokyo sebagai membantah kunjungan menteri Kabinet Jepun ke Yasukuni hujung minggu lalu. Beijing turut membantah lawatan itu, yang dilihat jiran Jepun sebagai simbol penjajahan era perang ketika ia menghormati 2.5 juta mangsa perang, termasuk 14 penjenayah perang. Jurucakap Menteri Luar China, Hua Chunying, memberitahu wartawan Jepun mesti menebus tindakan masa lalunya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |