{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda sungai lui - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda sungai lui - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 09:24 PM PDT

Blog Felda: <b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 12:00 AM PST

<b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 25 Feb 2013 12:00 AM PST

<b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 25 Feb 2013 09:41 PM PST

Official GAYOUR Blogsite: <b>FELDA</b> KOPIH, NISMILAN

Posted: 25 Feb 2013 02:28 AM PST

 KEMBARA SENI BALAI SENI VISUAL NEGARA
14 RABIUL AKHIR 1434H – 25 FEB 2013

Masa sekolah rendah dan menengah kat kampung dulu, gua ada ramai kawan-kawan dari felda atau tanah rancangan. Dapat kenal kawan-kawan ni dengan perwatakan agak lasak, kasar dan agresif temasuk trademark mereka, kasut penuh selut tanah merah! Bukan menghina tapi itulah keadaan felda di awal tahun 80an dulu. Jalan masih tanah merah. Gua gak penah rasa jalan kampung tanah merah sebelum ditar. Dari kawan-kawan felda ni la gua dapat rasa makan buah kelapa sawit sira gula yang diorang bawak sebagai bekal makan. Habih kuning mulut dan gigi! HEH!

Masyarakat perlu dididik mengenai seni grafiti. Apa itu seni grafiti, teknik, peluang dan hala tuju perlu diterangkan. Bila berilmu, tak la sakit hati dan mata tengok tembok, dinding balai raya, dewan orang ramai, tandas sekolah, tandas rumah ketua blok, reban ayam atau badan lembu, kambing digrafitikan ikut suka hati! Lebih teruk,  kata-kata lucah, cacian atau hinaan disembur di merata tempat. Gua rasa nak gak menyembur spray tu tapi bila tengok anak-anak lebih seronok, biar la mereka berseronok.
 
Gua kata tadi, gua ada ramai kawan-kawan dari felda, baik dari felda Sungai Lui, Lui Timur, Lui Muda, Jelai, Palong, Pasoh, Serting Hilir, Air Hitam, Pasir Besar temasuk Felda Kopih. Sekian lama sejak habih sekolah menengah, memang tak jumpa lagi dengan kawan-kawan ni. Pada hari kedia program, sorang budak sekolah tahun enam menemui gua dan berkata, " Pakcik konal tak bapak ese namo eh Saad?. Bapak ese ponah satu kelas dengan pakcik maso sekolah rendah dulu, Kelas 6B". Saad, Kelas 6B? Macam ponah donga namo ni. Maso sekolah rendah dulu ado duo kelas yo. Kelas 6A, kelas budak-budak pandai. Kelas 6B plak untuk murid-murid rakus, liar, buas, ganas dan kurang akal. Kelas den dengan Saad! Bekerut gua mengingatkan Saad dan kelas 6B lebih 30 tahun yang lalu! ARGHHHHHHH!



Petang ni hari terakhir ado macam-macam acara. Mewarna, sukan rakyat, masak-masak, buek kek, penyampaian hadiah, pesembahan gendang, silat dan acara penutup. Habih orang felda datang beduyun-duyun. Hari ni dengan ketentuanNya, gua betemu semula dengan Saad, sorang sahabat yang sekian lama terpisah kek Felda Kopih. Beliau bukan orang Felda Kopih, beliau dari Kampung Temeris, sebelah Felda Kopih. Dulu samo satu sekolah dari darjah satu sampai darjah 6B kek Sekolah Kebangsaan Jempol. Masuk sekolah Menengah Datuk Mansor, kami tak samo kelas. Saad masuk aliran teknik, den plak masuk pertanian.
Saad masih kat Kampung Temeris besama isteri dan anak-anak dari dulu sampai sekarang. "Komik robot ekau dulu ado laie tak?", Saad tanyo den. "Mano ado laie. Hilang. Tak tau sapo ghembat!". Saad masih ingat komik robot dan lawan-lawan yang gua buat masa sekolah dulu. Guapun dah ilang ingatan pasal komik tu. Maso tu gua banyak lukis komik dalam buku latihan dan bagi kawan-kawan tengok dan baca - free! Alangkah seronoknya kalo komik-komik tu masih ada. Moga Saad dan keluarga sihat, bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Gitu gak pada semua sahabat-sahabat sekolah dari felda dulu. Betemu dengan Saad mengingatkan pada kenangan lama walau 30 tahun telah berlalu.

Selain jumpo Saad, gua gak jumpa sorang sahabat bloger, encik Q pegawai dari Agensi Antidadah Kebangsaan Kuala Pilah, Nismilan yang datang sebagai wakil AADK yang nak kawen tak lamo laie. Harharhar!
Terima kasih pada encik Shamsul dan Balai Seni Visual Negara atas jemputan. Gua suka dengan program dekat dan menghampiri rakyat/orang ramai cam ni. Boleh jumpa ramai orang tua dan muda. Petang ni ramai warga emas, peneroka generasi pertama yang membuka, mengusaha dan memajukan tanah rancangan datang. Generasi yang begitu banyak bekorban dan merasa segala pahit, kelat, azab, seksa dan seronoknya
menjadi peneroka.  Kedut di wajah mereka menceritakan segala kepayahan yang telah dilalui. Tak ketinggalan peminat kartun oldskool yang datang menemui dan begambar kenangan-kenangan dengan gua. Ramai rupanya peminat oldskool kek Kopih ni.  Sorang peminat datang dengan emaknya dan menunjukkan sekeping gambar lukisan watak Slash yang beliau lukis dan warna untuk gua tandatangan. "Melukih yo kojo eh dio ni!" Ujar omak beliau. Seronoknya dapat jumpa peminat begini. Moga aktiviti/program anjuran BSVN ni akan terus diperkasakan pengisiannya dan memberi banyak maklumat, kefahaman dan manfaat pada ramai rakyat mengenai seni. Terimo kasih semua.




Blog Felda: <b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 12:00 AM PST

Raub is both a town and a district in Pahang, Malaysia. The town is situated 110km from Kuala Lumpur and 265km from Kuantan. Raub is one of the oldest towns in Pahang. Raub district consist of Tras, Batu Talam, Dong, Sang Lee, Sungai Chetang, Bukit Fraser, Bukit Koman, Simpang Kalang, Cheroh, Sempalit, Sungai Ruan, Sungai Krau, Sungai Lui, Sungai Chalit, Kampung Pintu Padang, Felda Krau, Felda Tersang, Pos Buntu, Kampung Ulu Sungai,  Kampung Batu Malim, and Felda Lembah Klau. The  areas are divided into seven mukim or divisions, namely,  Gali, Batu Talam, Semantan Hulu, Tras, Hulu Dong, Sega Dong.

Raub is a historic gold mining settlement. Old stories tell of how in the early 19th century, an old man and his two sons found gold deposits every time they scooped the earth in Raub. Hence, the town and the district came to be known as "Raub," which means "scoop" in Malay.

Like the rest of Pahang, or the country, for that matter, during the durian season, collection centres along the narrow road from Raub to Sg Klau are stocked with baskets and baskets of the fruit. Raub durian is famous. It is great to be in the area during that time.

Land Located: SANG LEE TOWN, RAUB PAHANG
* Currently plant with young oil palm tree,
* 3.5 years tree, ready 3 layer of oil palm
* Clear waterfall river just beside the land
* Well maintain and Landlord take care of weeds and do ballet every month.
* Access Ready ( Hilux or Four wheel vehicle)

TENURE  : FREEHOLD
TOTAL PLOTS  : 3
LAND STATUS  : AGRICULTURE
OWNERSHIP  : INDIVIDUAL
LAND AREA  : 15.5 ACRE
TOTAL LAND AREA  : 675,180  SQ .FT

PRICE PER ACRE  : RM 75K PER ACRE
TOTAL SELLING PRICE  : RM  1.163M

Agent
Abbey Yap
+6019 689 0772
abbey@property2buy.com

Subject Land Title

    


Subject Land Picture's 

  

  

  

     

Blog Felda: <b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2013 12:00 AM PST

Raub is both a town and a district in Pahang, Malaysia. The town is situated 110km from Kuala Lumpur and 265km from Kuantan. Raub is one of the oldest towns in Pahang. Raub district consist of Tras, Batu Talam, Dong, Sang Lee, Sungai Chetang, Bukit Fraser, Bukit Koman, Simpang Kalang, Cheroh, Sempalit, Sungai Ruan, Sungai Krau, Sungai Lui, Sungai Chalit, Kampung Pintu Padang, Felda Krau, Felda Tersang, Pos Buntu, Kampung Ulu Sungai,  Kampung Batu Malim, and Felda Lembah Klau. The  areas are divided into seven mukim or divisions, namely,  Gali, Batu Talam, Semantan Hulu, Tras, Hulu Dong, Sega Dong.

Raub is a historic gold mining settlement. Old stories tell of how in the early 19th century, an old man and his two sons found gold deposits every time they scooped the earth in Raub. Hence, the town and the district came to be known as "Raub," which means "scoop" in Malay.

Like the rest of Pahang, or the country, for that matter, during the durian season, collection centres along the narrow road from Raub to Sg Klau are stocked with baskets and baskets of the fruit. Raub durian is famous. It is great to be in the area during that time.

Land Located: SANG LEE TOWN, RAUB PAHANG
* Currently plant with young oil palm tree,
* 3.5 years tree, ready 3 layer of oil palm
* Clear waterfall river just beside the land
* Well maintain and Landlord take care of weeds and do ballet every month.
* Access Ready ( Hilux or Four wheel vehicle)

TENURE  : FREEHOLD
TOTAL PLOTS  : 3
LAND STATUS  : AGRICULTURE
OWNERSHIP  : INDIVIDUAL
LAND AREA  : 15.5 ACRE
TOTAL LAND AREA  : 675,180  SQ .FT

PRICE PER ACRE  : RM 75K PER ACRE
TOTAL SELLING PRICE  : RM  1.163M

Agent
Abbey Yap
+6019 689 0772
abbey@property2buy.com

Subject Land Title

    


Subject Land Picture's 

  

  

  

     

<b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 13 Dec 2012 12:00 AM PST

Kawasan petempatan Felda merupakan blok sokongan terkuat Umno-BN selepas kawasan kampung-kampung tradisi Melayu luar bandar. Ini perkara hakikat yang wajib dan wajar diterima oleh Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sembilan. 

Berbeza dengan Seremban, Rasah dan Telok Kemang yang diliputi oleh 55-70 peratus kawasan perbandaran, sub-bandar dan perindustrian. Ia menjadi 'kubu kuat' kepada Pakatan Rakyat sejak PRU 2008 lalu dan ia juga hakikat yang wajib dipertahankan oleh Pakatan Rakyat agar tidak terlepas dikuasai kembali oleh Umno-BN.

Terbukti melalui keputusan PRU 2008 di beberapa dun yang mempunyai kawasan Felda seperti Chennah, Pertang, Sungai Lui, Serting, Palong, Jeram Padang, Gemas, Gemencheh dan Senaling membantu meningkatkan undi Umno-BN. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, undi pemilih kawasan Felda adalah 'fix-deposit' kepada Umno-BN. 

Secara umum di Negeri Sembilan, Keadilan dan Pas bertanding di kawasan-kawasan Felda ini (kecuali Chennah). Pas telah berpengalaman bertanding di kawasan-kawasan ini sejak PRU 1964 lagi. Kebanyakan kawasan Felda dalam Negeri Sembilan dibuka seawal tahun 1963.

Sebelum PRU 1964, ada beberapa dun Negeri Sembilan seperti Gemas, Labu dan Pertang tidak wujud kawasan petempatan Felda. Malah pada PRU 1959, dun-dun ini telah dimenangi oleh calon-calon dari Front Sosialis dan Bebas. Secara strategi jangka panjang, kewujudan petempatan Felda di dun-dun tersebut selepas tahun 1963 telah 'membunuh' blok sokongan Front Sosialis melalui peningkatan undi-undi dari para peneroka Felda yang majoritinya adalah kaum Melayu. 

Secara purata, undi popular yang diperolehi oleh PR di kawasan-kawasan Felda ini adalah sekitar
23-36 peratus. Namun begitu, jika dipecahkan peratus sokongan mengikut parti bertanding angkanya agak berbeza.

Pada PRU 2008 lalu, Keadilan bertanding di Labu, Palong, Jeram Padang dan Pertang. Kesemua dun ini mempunyai daerah mengundi kawasan Felda. Palong satu-satunya dun yang terdiri daripada 100 peratus daerah mengundi kawasan Felda. Ia adalah satu ukuran sebenar dan agak tepat untuk dijadikan penilaian tahap sokongan dan penerimaan masyarakat Felda kepada PR.

Dun Palong khususnya mempunyai sembilan daerah mengundi. Kawasan ini juga tidak mempunyai undi pos. Ia merupakan antara blok sokongan terkuat Umno di Jempol dan Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, ada beberapa analisa yang wajar diambil perhatian oleh PR Negeri Sembilan. 

Antaranya adalah walaupun kawasan ini adalah 100 peratus kawasan petempatan Felda, namun Keadilan memperolehi undi popular serendah 22 peratus dan setinggi 42 peratus! Ia membuktikan akar sokongan kepada PR sememangnya wujud di Palong walaupun di tengah-tengah kubu kuat Umno. Malahan perolehan undi popular Keadilan tidak jatuh di bawah paras 20 peratus. Itu asas kuat bahawa bukan semua kawasan Felda menolak pengaruh PR.

Ada beberapa kawasan Felda yang boleh dianggap kritikal (kawasan hitam) kepada PR jika dinilai melalui perolehan undi popularnya di bawah 20 peratus. Antara kawasan tersebut adalah Bukit Rokan Barat (dun Jeram Padang) dengan undi popular diperolehi oleh Keadilan hanya 4.75 peratus sahaja atau 27 undi daripada 569 undi. Ada pengecualian di kawasan ini kerana calon Keadilan yang diletakkan di Jeram Padang adalah dari kaum India. Namun itu tidak menjadi isu besar kerana BN meletakkan calon MIC di sini!

Kawasan lain adalah; (nama kawasan)/dun+ parti/undi popular;

1. Felda Kepis (dun Senaling/ PAS)-Undi Popular: 11.81%
2. Felda Jelai 1 & 3 (dun Gemas/PAS)-Undi Popular: 14.43%

3. Felda Jelai 2 & 4 (dun Gemas/PAS)-Undi Popular: 12.58%
4. Palong 1 (dun Jeram Padang/Keadilan)-Undi Popular: 18.08%


Lima kawasan Felda ini boleh dikataegorikan sebagai sukar kepada PR untuk ditembusi. Ada beberapa faktor yang menjadi kesukaran tersebut iaitu;

1. calon yang tidak berkredibiliti tinggi dan tidak diyakini oleh masyarakat Felda.
2. kurang gerak kerja seperti sentuhan pengundi, edaran risalah, program-program masyarakat
3. ketiadaan jentera di peringkat akar umbi di kawasan tersebut.
5. tiada gerak kempen semasa tempoh berkempen samada dari calon atau jentera pilihanraya.


Peluang

Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai peluang untuk meningkatkan sokongan daripada para pengundi kawasan Felda. Sekali lagi fakta ini diulang-sebut, pada PRU 2004 lalu di Dun Pertang calon Keadilan telah menang di Pasoh 4 dan ia merupakan satu-satunya kawasan felda yang dimenangi oleh pembangkang di Negeri Sembilan. Keadilan memperolehi undi popular 52.58 peratus!

Calon Keadilan ketika itu, saudara Shahril Zakaria (kini Naib Ketua 1 Cabang Jelebu) telah memperolehi sebanyak 387 undi berbanding calon Umno-BN yang mendapat 336 undi dengan kelebihan kemenangan sebanyak 51 undi! Undi rosak adalah sebanyak 13 undi. 

Ketika itu, Pasoh 4 mempunyai 959 pemilih berdaftar. Jumlah keluar mengundi adalah 736 orang. 

Maklumat penggundian di Daerah Mengundi Pasoh 4 ketika itu adalah seperti berikut;

Jumlah Pemilih Berdaftar: 959
Jumlah Keluar Undi: 736 (76.75%)

Pecahan Undi: KEADILAN-387  BN-336

Saluran 1: KEADILAN-76     BN-217
Saluran 2: KEADILAN-311  BN-119

Majoriti: 51
Undi Rosak: 13

Sejarah tersebut dilihat mampu diulangi semula di kebanyakan kawasan felda khususnya di Dun Palong, Serting, Jeram Padang dan Pertang kerana berlaku gerakan pembelaan hak peneroka yang konsisten dijalankan sejak pertengahan 2009 lalu. 

Mengambil contoh di Palong, gerakan pembelaan peneroka khususnya berkaitan tanam semula pokok getah yang diketuai oleh mantan calon Keadilan, Rebin Birham di Palong 6 sejak tahun 2007 telah memberi impak kepada perolehan undi. Pada PRU 2008 lalu, beliau memperolehi undi popular 42 peratus di daerah mengundi Palong 6 dan ia merupakan perolehan tertinggi oleh calon PR yang bertanding dalam dun yang mempunyai kawasan Felda dalam Negeri Sembilan! Calon Pas di Dun Gemencheh turut mencatat perolehan undi popular kedua tertinggi iaitu 41.25 peratus di daerah mengundi Bukit Rokan.

Seandainya gerakan itu menjadi asas, maka tidak mustahil gerakan saman yang dilakukan oleh para peneroka di Felda Raja Alias, Serting Hilir, Pasoh dan Palong sekitar tahun 2010 hingga 2012 mampu diterjemahkan ke dalam bentuk undi. Sekiranya berlaku peningkatan 5 hingga 10 peratus undi, besar kemungkinan ada dun-dun terbabit bakal dimenangi oleh PR.

Jika dilihat data atas kertas dan sejarah pilihanraya, ada dun-dun tertentu dikira 'tiada harapan menang' kerana perolehan maksima undi peneroka felda kepada Umno-BN. Namun begitu ia bukan menjadi halangan kepada PR menghasilkan sesuatu yang luarbiasa. Dun Sungai Lui umpamanya dilihat dari segi sejarah pilihanrayanya merupakan kubu ampuh Umno yang sukar ditewaskan kerana perolehan majoriti yang selesa hatta semasa tempoh kritikal Umno (PRU 1990, 1999 & 2008). Ia ibarat jika BN letak 'kambing' pun boleh menang!

Akan tetapi agak menarik sebenarnya bahawa dun Sungai Lui mampu dimenangi PR kerana undi popular Pas di daerah-daerah mengundi kawasan Felda tidak kurang daripada 21 peratus. Ada beberapa daerah mengundi yang mencatat perolehan undi popular Pas mencecah 30 peratus ke atas iaitu;

1. Sungai Lui (31.52%)
2. Lui Selatan (30.46%)

Persoalannya, apakah PR mampu meningkatkan peratus sokongan sekurang-kurangnya mampu memberi tentangan sengit kepada Umno-BN? 

Pengundi muda (21-39 tahun) menjadi pemangkin utama dalam menentukan kemenangan di kawasan Felda. Peratusan kelompok ini sekitar 15-23 peratus dalam jumlah keseluruhan pemilih akan menjadi rebutan antara Umno-BN dan PR. Jika di kawasan bandar, sub-bandar dan perindustrian kelompok ini dilihat condong kepada PR kebanyakannya, namun di kawasan Felda kelompok ini agak sukar dipastikan kecenderungan pilihan politik mereka. Sudah pastinya, Umno-BN masih mencengkam dan 'memiliki' undi-undi orang muda ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat