Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 24 Apr 2013 10:05 AM PDT Savar (Bangladesh): Sebuah bangunan lapan tingkat terdiri daripada beberapa kilang pakaian runtuh semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 96 orang terbunuh. Ia sekali gus menyerlahkan isu keselamatan dalam industri pakaian di negara itu.
Beratus-ratus anggota bomba, tentera dan pekerja penyelamat yang menggunakan pemotong konkrit dan kren berusaha mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan itu.
ANTARA mangsa yang berjaya ditarik keluar dari runtuhan. ORANG ramai berkumpul di luar bangunan yang runtuh semalam. "Tolong selamatkan kami. Ada 30 orang di sini. Tolong selamatkan kami," kedengaran tangisan seorang wanita dari dalam runtuhan itu. Mereka yang terselamat berkata, bangunan itu mengalami keretakan Selasa lalu, menyebabkan pekerja diminta keluar. Bagaimanapun, mereka diarah kembali bekerja semalam. "Pengurus memaksa kami bekerja semula dan hanya sejam selepas memasuki kilang itu, bangunan berkenaan runtuh," kata seorang pekerja, Mousumi, 24.
Bangladesh mempunyai industri pakaian kedua terbesar di dunia. Bagaimanapun, ia berdepan dengan kemalangan dan tunjuk perasaan pekerja yang menuntut gaji dan keadaan bekerja yang lebih baik.
|
Posted: 24 Apr 2013 09:58 AM PDT Singapura: Seorang kartunis rakyat tempatan ditahan kerana dituduh menghasut dalam lukisan bersifat sindiran dalam laman Facebooknya. Lukisan itu seolah-olah menuduh kerajaan bersifat perkauman terhadap penduduk minoriti Melayu, kata peguamnya, Choo Zheng Xi Leslie Chew, 37, dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditangkap Jumaat lalu, dua hari selepas satu laporan dibuat mengenai lukisan kartunnya.
Karektor dalam karikaturnya biasanya menyerupai ahli politik tempatan walaupun kenyataan penafian dalam lamannya itu berkata 'ia hanya rekaan semata-mata dengan karektor rekaan yang berdasarkan pada keadaan rekaan di sebuah negara rekaan. Chew berkata, dia 'terkejut' kerana ditahan polis tetapi akan terus melukis kartun walaupun ketika disiasat kerana polis tidak mengenakan sebarang sekatan, "Saya ingin menghiburkan peminat saya. Komik itu hanya untuk lawak," kata Chew yang tidak mempunyai pekerjaan dan menyara kehidupannya dengan sumbangan daripada pembaca online. Singapura mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang dilihat mencetuskan ketegangan antara kaum. Jika didapati bersalah, dia berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM12,000 atau kedua-duanya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |