Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Lelaki menyamar saudara Timb KP Selangor ditahan Posted: 18 Apr 2013 04:58 AM PDT IPOH: Seorang lelaki yang menyamar sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor diberkas selepas memalsukan surat tawaran kemasukan kerja sebagai polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak Supt Maszely Minhad berkata suspek ditahan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur pada 9 April lepas kira-kira pukul 11.30 pagi oleh sepasukan JSJK Perak. Katanya suspek menipu seorang wanita berusia 18 tahun dengan menyerahkan surat tawaran kononnya dia ditawarkan jawatan konstabel wanita. "Pada 8 Jan kira-kira pukul 2 petang, mangsa ketika di rumahnya di Taman Lawan Kuda Baharu, Gopeng didatangi suspek yang mendakwa boleh membantunya mendapatkan kerja polis. "Suspek yang sedang dalam usaha mengahwini kakak mangsa kemudiannya menolong wanita itu mengisi borang permohonan polis secara manual," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18 |
Posted: 18 Apr 2013 04:26 AM PDT KUANTAN: Seorang murid lelaki tahun enam antara 22 individu yang ditahan pihak polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Kuantan. Murid sekolah rendah itu ditahan bersama penagih lain di sebuah bengkel besi dekat Gudang Rasau di sini dalam operasi pukul 6 petang kelmarin. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata murid itu disahkan positif dadah jenis pil kuda. "Murid itu juga mengaku menghisap rokok sejak awal usia sembilan tahun," katanya ketika dihubungi hari ini. Bengkel itu dipercayai menjadi tempat kanak-kanak itu dan penagih lain berkumpul bagi melepaskan gian, katanya. Katanya, kanak-kanak terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |