{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


'Perlu jaga tepi kain orang'

Posted: 26 Apr 2013 11:15 AM PDT

Kuala Lumpur: Pesalah jenayah syariah sukar dihadapkan ke mahkamah jika kes mereka tidak mendapat bukti secukupnya, malah perkara itu turut memberi kesan kepada pihak penguatkuasaan yang mungkin dicemuh kerana tidak bertindak berhati-hati.

Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Razali Shahabudin berkata, penangkapan adalah proses awal yang memerlukan beberapa proses bagi mendakwa pesalah di mahkamah. "Penangkapan adalah proses yang amat sukar kerana ia perlu melalui penyiasatan sebelum pesalah didakwa di mahkamah. "Sebab itu program pencegahan perlu diadakan bagi mendidik masyarakat bersama-sama membanteras gejala maksiat yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.


Menurutnya, masyarakat perlu menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memerangi serta mencegah kegiatan jenayah dengan lebih berkesan.

"Ia selari tuntutan umat Islam untuk melaksanakan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Perbuatan ini ibadah yang sewajarnya dilakukan. "Sekiranya masih berpegang dengan alasan 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' sudah tentu usaha memeranginya sukar," katanya pada majlis perasmian Karnival Semarak Syariah di Masjid Negara, di sini, semalam.


Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dagang Halal Berhad Mohamed Hazli Mohamed Hussain serta Timbalan Presiden Kanan Bahagian Perbankan Konsumer Bank Muamalat Malaysia Berhad Shamsudin Bahari.


Pada majlis itu, Razali turut melancarkan Buletin Cegah keluaran Bahagian Penguatkuasaan JAWI yang diterbitkan empat kali setahun.

Buletin itu memaparkan berita dan isu berkaitan hal penguatkuasaan selain memberi kefahaman kepada pembaca mengenai penguatkuasaan JAWI serta akta kesalahan yang sering kali dipertikaikan komuniti.


Karnival tiga hari yang julung kali diadakan itu disertai 14 jabatan agensi kerajaan serta 62 pempamer yang memfokuskan kesedaran mengenai pencegahan jenayah syariah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat