{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Wings Rockestra janji persembahan berbeza

Posted: 22 Apr 2013 11:24 PM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUMPULAN WINGS

KUALA LUMPUR 23 April - Kumpulan Wings sudah bersedia menghiburkan penonton di Istana Budaya (IB) mulai 26 hingga 30 April ini dengan persembahan yang berbeza menerusi Konsert Wings Rockestra.

Pada persembahan yang berlangsung di Panggung Sari, IB, kumpulan rock legenda itu akan mengadakan persembahan selama dua jam setengah bersama

43 ahli Orkestra Simfoni Kebangsaan, mendendangkan 20 buah lagu.

Menurut penyanyi utama Wings, Awie, konsert yang terbahagi kepada dua segmen itu bakal menampilkan persembahan petikan gitar daripada tiga pemain gitar

berpengalaman iaitu, Joe dari kumpulan Wings, Hillary Ang dan Ian Antono, anggota kumpulan God Bless.

"Segmen yang saya namakan 3G (tiga generasi) ini adalah idea Joe. Ketiga-tiga mereka akan menunjukkan kemahiran memetik gitar selama 10 minit antara segmen pertama dan kedua.

"Ian berusia 63 tahun, Hillary menjangkau usia 51 dan Joe pula berusia 44 tahun, memang sesuai dipanggil tiga generasi. Selain segmen ini, kami juga akan mengekalkan tiga buah lagu, Sejati, Opera Hidup dan Taman Rashidah Utama mengikut muzik asal. Itu semua atas permintaan peminat," jelasnya.

Kata Awie, 45, lagu-lagu lain yang bakal didendangkan pada konsert itu telah dibuat susunan muzik baharu untuk disesuaikan dengan iringan orkestra.

"Selepas berlatih, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Insya-Allah, Wings sudah bersedia untuk menggegar pentas IB. Setakat ini, Alhamdulillah, jualan tiket pun memberangsangkan," katanya.

Tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh didapati dengan harga antara RM69, RM199, RM200 hingga RM499. Bagi yang berminat, boleh layari laman web www.ticket2u.biz.

Dalam pada itu, kata Awie, kumpulan Wings akan memasuki studio selepas selesai konsert untuk rakaman album baharu.

Bagi Awie sendiri, bersempena dengan konsert tersebut, dia terpaksa menunda dua tawaran berlakon filem ke bulan Jun dan Julai kelak. - UTUSAN ONLINE

Sedang laris di pasaran

Posted: 23 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

LATAR belakang dalam dunia teater banyak membantu kerjaya lakonan sekali gus menyakinkan Mardiana Alwi untuk terbabit secara serius sebagai pelakon sepenuh masa.

PELAKON Mardiana Alwi harus memilih sama ada dia perlu meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah di Fakulti Drama, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur ataupun memberi seratus peratus tumpuan kepada bidang lakonan.

Sebabnya ketika mengikuti pengajian Seni Persembahan Drama di UM, pelakon berusia 25 tahun ini semakin banyak dihujani pelbagai tawaran berlakon teater, drama televisyen dan telemovie sehingga dia sukar untuk menolaknya.

Justeru, Mardiana nekad melupakan terus pengajiannya itu kerana menganggap tawaran-tawaran berlakon yang diterima sejak kebelakangan ini sebagai rezeki datang bergolek yang diidam-idamkan oleh semua pelakon.

"Saya tidak terkilan dengan keputusan saya berhenti belajar di UM walaupun saya sudah sampai ke pengajian tahun yang kedua. Ketika itulah saya paling banyak menerima tawaran berlakon drama dan telemovie.

"Malah, saya juga banyak menjalani penggambaran di luar kawasan Kuala Lumpur termasuklah sehingga ke Pulau Pinang dan Sabah yang mengambil masa yang lama. Itu juga salah satu sebab saya nekad berhenti belajar.

"Saya sudah berbincang dengan ibu bapa dan mereka bersetuju dengan keputusan saya itu. Kalau ada masa saya akan sambung belajar semula," katanya kepada Hits selepas sidang akhbar teater Nyonya & The Gang baru-baru ini.

Teater arahan arahan Rosminah Tahir dan Siti Rohayah Attan itu turut membabitkannya sebagai salah seorang pelakon utama yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 14 hingga 29 Jun ini.

Turut membintangi teater karya Wisran Hadi dan Siti Rohayah Attan antaranya Misha Omar, Fara Fauzana, Amy Mastura, Rozita Che Wan dan Taiyuddin Bakar.

Menurut Mardiana, dia sudah berfikir semasak-masaknya perkara itu selain mengambil kira faktor-faktor lain agar keputusan itu bukan sahaja memberi kebaikan kepadanya tetapi turut tidak menyusahkan pihak-pihak lain.

"Saya juga telah berbincang dengan Dekan Fakulti Drama UM iaitu Effendi Shamsuddin bagi mendapatkan pandangannya. Sejak banyak mendapat tawaran berlakon saya selalu tidak dapat menghadiri kuliah semasa di UM.

"Kalau sampai tiga hari berturut-turut ponteng kelas saya boleh dikenakan tindakan iaitu dihalang daripada memasuki dewan peperiksaan. Jadi, jalan terbaik ialah saya berhenti belajar dan menjadi pelakon sepenuh masa," ujarnya.

Tamatkan diploma

Jelas Mardiana, tawaran berlakon yang datang kepadanya bukan setakat sewaktu dia melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di UM tetapi ia juga sudah bermula sewaktu mengikuti pengajian di peringkat diploma beberapa tahun lalu.

Semasa belajar dalam bidang teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) peringkat diploma dia hampir-hampir meninggalkan pengajiannya juga gara-gara menerima banyak tawaran berlakon.

"Ketika berada di tahun ketiga dalam bidang pengajian teater peringkat diploma di Aswara itu lagi saya sudah mula mendapat banyak tawaran berlakon. Saya hampir-hampir mahu meninggalkan pengajian juga.

"Tetapi apabila difikir-fikirkan balik sudah mahu habis pengajian maka saya paksa teruskan juga pengajian. Apatah lagi ketika itu saya terbabit dalam projek tahun akhir dalam pementasan teater berjudul The Dumb Waiter.

"Alhamdulillah saya akhirnya berjaya menamatkan pengajian hingga peringkat diploma sebelum meneruskan pengajian di UM walaupun ia cuma sekerat jalan sahaja. Mungkin rezeki saya dalam bidang pelajaran setakat itu dulu," jelasnya.

Tambah Mardiana, dia yakin pengorbanannya dalam bidang pelajaran berbaloi kerana banyak lagi bidang seni yang akan diterokainya pada masa depan dengan menjanjikan pelbagai peluang serta prospek yang cerah.

Antaranya dengan mencuba bidang pengacaraan rancangan-rancangan televisyen selain mahu mengembangkan lagi bakat lakonannya dalam bidang perfileman yang tentunya memerlukan masa dan komitmen yang lebih jitu.

"Saya baru sahaja habis menjalani penggambaran filem pertama saya bertajuk Hari Hari Terakhir Seorang Seniman. Dua tahun lepas saya pernah mengacarakan rancangan televisyen bertajuk Gaya Anggun sebanyak 13 episod di TV1.

"Bagi saya bidang seni amat luas untuk diterokai dan tidak semua orang mendapat peluang yang banyak pada satu-satu masa. Saya yakin keputusan yang diambil ini adalah tepat dan memberi manfaat kepada saya.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya akan melupakan terus bidang pelajaran. Apabila masanya tiba nanti saya akan sambung belajar tetapi kalau boleh biarlah ia bukanlah dalam bidang lakonan," katanya lagi penuh harapan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat