Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
'Politik berlebihan hanya buang masa' Posted: 03 Jun 2013 04:37 PM PDT Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik secara berlebihan kerana ia hanya menyebabkan masa terbuang untuk negara terus melangkah ke hadapan. Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya penjawat awam memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan amanah lebih besar, diberikan rakyat selepas Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Lihat ke hadapan Kita perlu menunjukkan bahawa kita ini penerima dan pengamal demokrasi berparlimen yang cukup matang dan dengan keputusan itu (PRU-13), kita perlu lihat ke hadapan, masa depan negara dan apa yang perlu dilakukan, katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam. Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri dan Timbalan Menteri di JPM, serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Ia adalah perhimpunan bulanan pertama yang dihadiri Najib selepas PRU-13, 5 Mei lalu. Najib berkata, dunia sudah menerima bahawa BN mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan sejak sebulan lalu dan beliau turut menerima ucapan tahniah daripada hampir seluruh pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron. Titah terima keputusan Apatah lagi, dalam ucapan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraannya, baginda membuat titah nasihat supaya keputusan (PRU-13) diterima dan jika ada pertikaian sama ada oleh pihak BN atau pembangkang, kita perlu menggunakan proses mahkamah dan undang-undang untuk membuat bantahan, katanya. Beliau berkata, kerajaan juga akan menumpukan perhatian kepada mekanisme menangani perang persepsi yang diwujudkan pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan, contohnya tuduhan BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi, sehingga ia menimbulkan rasa takut dalam kalangan pengundi. Mungkin kita kurang cekap dalam hal itu tapi kita boleh rancang dari segi pengalaman kita, supaya pada masa akan datang kita akan lebih berjaya memaparkan bukan persepsi tapi realiti, katanya. Beliau turut menggesa penjawat awam untuk terus memperkukuhkan agenda transformasi yang sedia dilaksanakan sebelum ini dan menilai keberkesanannya, supaya memberi kepuasan kepada rakyat. |
Posted: 03 Jun 2013 04:36 PM PDT Yogyakarta: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. Bekas Perdana Menteri berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara. Kalau kita lihat parti GERAKAN sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti, katanya kepada BERNAMA di sini. Dikuasai satu kaum Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu. Walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum, kata Dr Mahathir. Dr Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan mengenai corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya. Ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu. Dr Mahathir berkata BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN. Nasib Melayu Mengenai prestasi UMNO pada PRU-13, Dr Mahathir berkata walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan banyak kelemahan. Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO atau perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutama kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia. Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO, kata Dr Mahathir. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |