{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Kawal diet makanan seharian

Posted: 04 Jun 2013 06:53 AM PDT

Bukan mudah untuk menjaga anak yang mengalami masalah asma. Pelbagai perkara perlu diberi perhatian terutama dari segi pemilihan perabot, aksesori hiasan rumah serta makanan untuk memastikan penyakit dialami anak tidak bertambah kronik.

Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan asma, tidak dinafikan situasi berkenaan mampu memberi tekanan.

Namun bagi suri rumah, Asra Fariza Abdul Rashid, 33, pengalamannya menjaga empat anaknya yang berhadapan masalah berkenaan membuatkan dia lebih cekal, malah ia seolah-olah sudah menjadi satu kebiasaan.

Umumnya, kanak-kanak penghidap asma berhadapan dengan pantang larang yang agak ketat terutama dari segi fizikal dan pemakanan.

Foto

DR NOMEE Ashikin menunjukkan cara betul menggunakan alat pernafasan dibekalkan kepada pesakit asma kanak-kanak.

Foto

IBU bapa dan anak yang menyertai ceramah mengenai asma di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, baru-baru ini.


Namun, dia tidak mahu mengehadkan perkembangan sosial anaknya dengan menetapkan perkara tertentu yang boleh dilakukan mereka.


"Saya galakkan anak untuk melakukan aktiviti digemari, namun masih dengan pengawasan kerana bimbang berlaku masalah kesihatan yang memudaratkan mereka.

"Sedikit demi sedikit mereka cuba menyesuaikan diri dengan cara masing-masing, tetapi apalah yang mereka tahu. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberikan sokongan sebaik mungkin," katanya.

Semua anaknya mengetahui mereka menghidap asma, malah sedaya upaya cuba mengawal tingkah laku dan pergerakan fizikal masing-masing.

Malah di rumah, dia cuba mengawal diet untuk anaknya dengan tidak memberikan mereka gula-gula, minuman dan makanan berais, minuman berkarbonat serta makanan segera.

Tetapi apabila berada di luar rumah terutama di sekolah, segala makanan yang dilarang itu mungkin diambil jua terutama apabila terpengaruh dengan rakan sebaya.

"Disebabkan itu, kesedaran awal perlu diterapkan dalam diri ibu bapa bagi memastikan anak mereka mampu mengawal keinginan terbabit sejak kecil.

"Walaupun sukar, ia boleh dilakukan dan saya yakin contoh amalan baik yang diterapkan itu mampu memberikan kesan terbaik buat anak," katanya.

Antara empat anaknya, anak perempuan ketiganya mengalami serangan asma yang agak kronik. Dia mudah terkena jangkitan sekiranya ada antara rakannya yang demam di sekolah.

Bayangkan lazimnya dia ditahan di wad selama dua minggu akibat jangkitan berkenaan dan selepas itu, selama dua bulan tidak boleh ke sekolah bagi memastikan pulih sepenuhnya.

"Walaupun sudah biasa dengan anak yang mengalami serangan asma, gejalanya tidak sama bagi setiap individu. Rasa panik tetap ada dalam diri, tetapi sedaya upaya saya mengawalnya agar mampu memberikan bantuan kepada anak.

"Selama enam bulan berturut-turut, anak saya perlu mengambil ubat dan tidak boleh terlepas walaupun sehari bagi mengurangkan serangan asma. Walaupun ia sukar, sebagai ibu saya akan memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan anak," katanya.

Bagi kakitangan swasta, Aida Rohana Ismail, 36, anak lelakinya yang berusia 10 tahun mengalami asma akibat keturunan.

Kini selepas mendapat rawatan berterusan ia berjaya dikawal, namun masih mendapat serangan asma sekiranya berhadapan dengan pencetus serangan penyakit itu.

"Apabila mendapat serangan asma, anak saya susah bernafas, mengeluarkan bunyi nafas yang berdehit serta semput.

"Mungkin disebabkan masalah kesihatan dialaminya itu, dia tidak begitu gemarkan aktiviti luar serta sukan kerana boleh menyebabkan serangan asma berulang," katanya.

Sebagai ibu, dia memastikan keadaan persekitaran rumah sentiasa kemas dan bersih serta cuba mengawal diet makanan harian mereka sekeluarga.

Walaupun mengetahui ia sukar dilakukan kerana 'godaan' persekitaran, dia cuba melakukan apa yang termampu sebagai ibu.

"Saya juga tidak pernah mengehadkan pergerakannya kerana selagi ia tidak memudaratkan kesihatan, ia boleh dilakukan.

"Malah anak juga mengetahui masalah kesihatan dialaminya dan tidak pernah melakukan sesuatu yang membahayakan dirinya," katanya.

Ini antara perkara penting yang perlu dilakukan ibu dan bapa iaitu mendidik anak sejak kecil agar mereka tidak mengabaikan kesihatan diri.

Lakukan apa saja aktiviti digemari, tetapi biarlah berpada-pada kerana sebagai pesakit asma, kanak-kanak berkenaan berhadapan dengan masalah pernafasan dan ia bukan satu perkara yang menyeronokkan.

"Antara perkembangan terbaik dialami anak saya apabila dia mampu berhadapan dengan perubahan cuaca yang drastik. Dia tidak mengalami serangan asma walaupun berada di tempat sejuk ketika bercuti di Istanbul selama dua minggu.

"Malah, dia kini turut menyertai kelas renang dan mampu melakukannya sebaik mungkin tanpa berhadapan masalah kesihatan yang kronik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Tercekik punca kematian

Posted: 04 Jun 2013 06:24 AM PDT

Kejadian tercekik adalah perkara biasa dan menjadi antara punca kematian yang tidak disengajakan dalam kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan makanan mereka masih sempit menyebabkannya lebih berisiko untuk tercekik.

Ketika tercekik, salur pernafasan akan tertutup dan menghalang oksigen untuk sampai ke paru-paru dan otak. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian.

Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik. Ini termasuklah makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.

Oleh itu, penting bagi ibu bapa memastikan keadaan persekitaran rumah selamat untuk dijadikan 'taman permainan' bagi anak mereka terutama yang masih kecil.


Penasihat Pediatrik Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Khoo Teng Hock berkata, kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun lebih terdedah kepada situasi yang mencemaskan ini.


Ketika ini rasa ingin tahu dan mencuba menambahkan lagi risiko berlakunya kejadian tercekik pada kanak-kanak kecil.

"Disebabkan itulah, makanan yang ingin diberikan kepada mereka perlu dipastikan mengikut saiz yang mampu dikunyah serta tidak terlalu keras.

"Ketika ini kanak-kanak masih berada dalam proses menyesuaikan diri bagi menguatkan rahang serta kebolehan mereka untuk mengunyah ­dengan lebih tepat," katanya.

Selain itu, ibu bapa perlu memberikan perhatian sewajarnya terhadap kelakuan anak ketika memberikan mereka makanan ataupun alatan permainan.

Disebabkan kebolehan bertutur mereka masih terhad kebiasaannya kanak-kanak akan menunjukkan tanda tercekik seperti rasa kurang selesa pada tekak, mengeluarkan semula makanan sejurus selepas menelannya atau air liur yang meleleh keluar dari mulut tanpa mampu ditelan.

Jika ada tanda sebegini, ibu bapa sepatutnya mula ­merasa bimbang dan mendapatkan bantuan pakar bagi ­memastikan bahan asing yang itu segera dikeluarkan.

"Jika mengetahui kaedah memberikan bantuan kecemasan, ia adalah satu bonus,
tetapi bagi mereka yang kurang mahir dan tidak berpengalaman digalakkan untuk
terus membawa anak ke hospital.

"Jangan sesekali cuba memberikan bantuan tanpa pengawasan mereka yang pakar kerana dibimbangi akan menyebabkan masalah lebih mudarat kepada si anak tadi," katanya.

Ada tiga bahagian yang dikenal pasti boleh menyebabkan objek asing tadi 'terlekat' iaitu ­bahagian larinks iaitu kawasan peti suara, esofagus (bahagian salur makanan yang ­terletak di antara tekak dan ­perut) serta bahagian atas perut.

Namun, perlu diketahui kira-kira 30 peratus daripada kanak-kanak yang tertelan bendasing tidak menunjukkan sebarang gejala tercekik. Keadaan ini amat membimbangkan.

"Jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera ia boleh membahayakan nyawa kanak-kanak. Objek asing yang ditelan sekiranya memasuki paru-paru dan tidak dikeluarkan boleh menyebabkan radang paru-paru.

"Jika objek asing tersekat di bahagian larinks, ia boleh menyebabkan tisu di keliling bahagian peti suara rosak, bengkak dan sakit. Malah ia juga boleh menyebabkan saluran berkenaan menjadi semakin sempit," katanya.

Tanda seseorang itu tercekik

Kanak-kanak mungkin me­ngalami:

  • Sesak nafas secara tiba-tiba.
  • Bunyi nafas tidak normal.
  • Menggenggam kerongkong.
  • Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
  • Bernafas dengan cepat.
  • Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
  • Pengsan.
  • Berhenti bernafas.

    Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (jika tertelan objek seperti kacang tanah) jika objek sangat kecil. Mereka biasanya me­ngalami:

  • Batuk yang berterusan.
  • Termengah-mengah.
  • Tiada sebarang tanda ditunjukkan.

    Panduan boleh dilakukan jika anak tercekik:

    Apa yang boleh dilakukan:

  • Tunggu sehingga mangsa ­batuk.
  • Minta bantuan.
  • Buka mulut anak perlahan-lahan dan keluarkan objek jika ia jelas kelihatan.
  • Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan ­dalam keadaan kedudukan songsang atau terbalik iaitu kepala mangsa lebih rendah dari badan.

    Namun jangan sesekali:

  • Memasukkan jari ke dalam mulut mangsa.
  • Ataupun mendongakkan kepala mangsa.

    Langkah pencegahan yang boleh dilakukan:

  • Jangan benarkan anak makan ketika bermain.
  • Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan mengikut usia.
  • Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas daripada objek kecil seperti butang, guli, bateri telefon, duit syiling, pin ataupun manik.
  • Elak memberikan makanan mudah tercekik kepada kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
  • Elakkan juga daripada memberi alat permainan yang memiliki bahagian kecil kepada kanak-kanak.
  • Pelajari bantuan kecemasan dan langkah yang patut dilakukan jika anak tercekik.
  • Bawa anak berjumpa pakar apabila dikesan mengalami masalah tercekik untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

    Komplikasi yang boleh berlaku jika tidak mendapatkan rawatan sewajarnya:

  • Jangkitan pada paru-paru.
  • Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
  • Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat