{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Advertorial: Kemusnahan Dunia!

Posted: 23 Jun 2013 11:02 AM PDT

Filem 'apocalypse' yang telah tampil sebagai genre-nya sendiri, mula diketengahkan seawal 1916 melalui karya 'The End of the World', sebuah filem dari Denmark. Sejak itu, saban tahun ada saja filem mengenai kemusnahan dunia yang disajikan buat tatapan penonton di layar perak.

Namun, popularitinya hanya dilihat pada permulaan tahun 2000 ketika masyarakat di serata dunia sedang berdepan dengan ketidakpastian dan pergolakan.

Menurut pengarah 'World War Z' Marc Forster, fenomena ini tidak menghairankan bila melihat kepada keadaan masyarakat yang hidup dikelilingi perubahan dan keraguan. Jelasnya, filem-filem 'apocalypse' adalah metafora bagi mewakili suatu ketidaksedaran dan ia mencerminkan apa yang sebenarnya sedang berlaku di dunia.

"Ia mengenai kemusnahan global yang disebarkan oleh satu virus berbahaya yang tidak diketahui asal usulnya. Apa yang hebat tentang buku Max Brooks adalah ia berlatarbelakangkan satu jangka masa yang realistik.


"Itu yang membuatkan saya tertarik kerana saya ingin mencipta sebuah filem yang terasa benar, di mana situasi ini benar-benar boleh berlaku ke atas diri kita. Tiada yang terkecuali, semuanya terdedah kepada kebarangkalian itu. Walaupun itu adalah plot kepada filem ini tetapi ia juga boleh diaplikasikan kepada kehidupan sebenar."


Sementara penerbit Dede Gardner pula menawarkan satu pemerhatian yang amat menarik tentang populariti genre filem kemusnahan dunia.

"Penonton begitu terpikat dengan idea kemusnahan dunia disebabkan semua yang sedang berlaku di sekitar kita. Di zaman ini, manusia terlalu terikat kepada dunia mereka sendiri sehinggakan mereka terlupa untuk berinteraksi dengan orang lain," ujarnya.

"Namun, semuanya berputik daripada cinta terhadap genre 'apocalypse'. 'World War Z' sebuah filem yang bukan saja menyeronokkan dan mengasyikkan tetapi juga terasa benar... tak lupa, epik, menakutkan dan akhirnya, memuaskan."

Filem 'World War Z' ditayangkan di pawagam sejak 20 Jun.

Ingin berjumpa dengan zombi World War Z? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24

Tam warisi bakat seni keluarga

Posted: 23 Jun 2013 07:12 AM PDT

Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangan­nya boleh dikira dengan jari.

Sebahagian besar pelakon atau penyanyi yang mempertaruhkan bakat seni ketika masih cilik gagal bertahan kerana pelbagai faktor. Ada yang berundur diri daripada dunia glamor ini menjelang usia dewasa kerana sudah hilang minat dan tidak kurang juga yang kecundang di tengah jalan gara-gara kesulitan meneruskan kelangsungan kerjaya.

Namun, bintang yang dikenali sebagai Tam Suhaimi ini boleh dianggap bertuah dan kuat kerana terus mendapat tempat di persada seni hingga kini.

Biarpun perjalanan­nya membina nama penuh ranjau dan berliku, pelakon bertubuh kecil ini masih relevan dan terus aktif sesudah 27 tahun mendambakan diri.

Foto

BERSAMA adiknya dan mak su.

Foto

BERSAMA keluarga besarnya dalam satu majlis keluarga beberapa tahun lalu.

Foto

TAM menerima pendidikan awal di Batu Road Boys School (sekarang dikenali Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur) dari 1986 hingga 1991.


Mungkin kerana darah seni yang diwarisi daripada arwah datuk dan nenek sebelah ibunya iaitu pelakon era 60-an, Ibrahim Jaafar (Pak Yem) dan Minah Yem serta sepupunya, pelakon dan pengarah Ebby Saiful, menyuntik kecekalan pada Tam meneruskan legasi keluarga.


Kelibat Tam yang sinonim dengan filem Pak Tam Duda pada 1989 dan drama bersiri kanak-kanak popular, Cili Padi (1994-1995) melonjak popularitinya sebagai bintang cilik terkenal.

Bagaimanapun, jelas pemilik nama sebenar Nor Azemi Suhaimi, 34, ini, latar belakang dan profil itu bukan tiket ekspres yang menjamin kestabilannya selama lebih dua dekad dalam bidang seni.

Anak kepada pasangan Suhaimi Amir dan Nooraini Ibrahim ini pernah melalui zaman turun dan naik. Berbekalkan semangat dan misi untuk mencurahkan kreativiti dalam karyanya, anak kedua dalam keluarga ini terus 'bernafas' sebagai pelakon, penulis dan penolong pengarah.

Menerusi kolum Jejak Bintang kali ini, wartawan RAP, Wahi Aziz (wahiduzzaman@mediaprima.com.my) merungkai jurnal kehidupan anak seni berbakat besar ini daripada kaca mata ibu saudaranya, sepupu paling rapat dan rakan artis yang dianggap seperti kakak, Melissa Saila.

Ibu saudaranya yang dipanggil mak su ini, Marhaizah Syed Amir, 45, adalah salah seorang individu paling rapat dengannya sejak kecil.

Bercerita mengenai pelakon yang menceburi dunia lakonan seawal usia tujuh tahun ini, Marhaizah menyifatkan Tam sebagai anak saudara paling bertanggung­jawab dan berhemah.

Kongsinya, Tam ba­nyak menghabiskan zaman membesarnya di rumah arwah nenek sebelah bapanya, Siti Khadijah Nasir kerana kedua-dua ibu bapanya bekerja.
"Di rumah arwah neneknya memang ramai anak saudara yang tinggal bersama. Memandangkan ibu bapanya bekerja, Tam banyak menghabiskan waktu di depan mata saya dan neneknya.

"Kalau hendak cakap ­mengenai Tam, dia memang anak yang tidak banyak ragam dan mudah dijaga sejak kecil. Seingat saya, dia tidak pernah buat perangai atau nakal.

"Sikapnya yang suka berjenaka, tenang dan bertanggungjawab itu amat disenangi dalam keluarga. Memang payah hendak tengok dia marah atau meninggikan suara dalam apa juga keadaan," katanya.

Mengulas mengenai pembabitan graduan Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini dalam lakonan, Marhaizah berkata, kecenderungan dan potensi anak saudaranya itu dapat dilihat sejak kecil lagi.

"Saya tidak pelik pun dia jadi anak seni sebab keluarga sebelah ibunya terbabit dalam bidang ini. Arwah datuk dan neneknya pun memang pelakon. Sepupunya sendiri, Ebby Saiful juga pelakon dan pengarah. Malah, ibunya Nooraini juga pernah berlakon ketika kanak-kanak dulu dan bapanya iaitu abang saya seorang pemuzik.

"Minat berlakon dalam diri Tam saya sudah nampak sebelum dia bersekolah lagi. Dia suka melakonkan semula dialog drama di televisyen bersama sepupunya. Cara dia berdialog dan gaya lakonannya itu memang berbakat walaupun ketika itu dia belum jadi pelakon.

"Malah, sejak kecil lagi dia juga sudah terdedah dengan set peng­gambaran dan kehidupan anak seni," katanya.

Sambung Marhaizah, ekoran populariti Tam ketika kanak-kanak, pelakon itu sering mengadu mengenai teguran dan sindiran yang dilaluinya ketika bersekolah.

"Memandangkan kebanyakan masanya bersama saya, dia juga selalu mengadu mengenai masalah dihadapi di sekolah. Oleh kerana dia selalu terbabit dalam penggambaran, guru selalu memarahinya.

"Ketika itu dia buat keputusan untuk belajar di sekolah swasta, tetapi saya nasihatkan dia untuk fokus pada pelajaran tidak kira di mana pun kita belajar.

"Alhamdulillah, dia pegang janjinya dan membuktikan kepada saya dengan keputusan yang baik apabila tamat persekolahan," katanya yang mengagumi sifat Tam yang berjimat-cermat dan pembersih.

Merungkai mengenai kerjaya Tam, Marhaizah berkata, dia berbangga kerana aktor yang bersekolah di Batu Road Boys School ( sekarang dikenali Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur) dan Emkay Institute itu bukan saja berjaya dalam cabang seni, malah cemerlang dalam akademik.

"Saya bangga dengan dia. Dia jadi contoh kepada generasi muda keluarga kami kerana seimbang dalam minat dan pelajarannya.

"Malah, sikap rendah diri dan menyenangkan seperti kanak-kanak dulu sedikit pun tidak luntur dalam diri Tam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat