{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Perompak larikan RM217,950

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIButusankelantan@utusan.com.my

ANGGOTA polis Unit Forensik memeriksa mesin ATM Bank Islam yang dipecahkan oleh perompak di bangunan Tabung Haji Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 1 Jun - Sekumpulan perompak melarikan wang berjumlah RM217,950 setelah memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Bank Islam bersebelahan Bangunan Tabung Haji Pasir Mas di sini awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, kejadian tersebut hanya disedari oleh orang awam yang kemudian menghubungi pihak polis pada pukul 8.30 pagi.

"Polis menerima aduan menyatakan mesin ATM di situ telah dipecah dan pihak polis segera ke tempat kejadian.

"Siasatan kita mendapati mesin itu telah dipecahkan dengan menggunakan gas Oxy-Acetylene," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mazlan, pihaknya akan menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ selain berusaha mendapatkan kesan cap jari.

"Pihak polis juga memohon kerjasama daripada orang ramai untuk tampil memberi maklumat sekiranya mengetahui mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik kedai di situ, Lim Chung Yau, 53, berkata, beliau mengetahui ATM yang terletak di dalam Bangunan Tabung Haji bersebelahan kedainya itu dirompak pagi ini.

"Khamis lalu, saya tutup kedai pada pukul 6 petang, manakala semalam hari Jumaat semua kedai tutup. Pada masa itu, saya tidak nampak kelibat orang yang mencurigakan atau kejadian yang pelik," katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Chung Yau, beliau mendapati ada kain rentang telah ditampal pada cermin bangunan tersebut dan mengesyaki penjenayah menggunakan taktik itu bagi mengelak daripada dilihat orang awam mahupun pihak polis.

Katanya, dia turut mengesyaki penjenayah merupakan mereka yang sangat profesional ketika melakukan rompakan kerana dia tidak mendengar sebarang bunyi penggera keselamatan.

"Saya percaya perompak ini bukan calang-calang orang dan mereka ini dipercayai menggunakan alat berteknologi tinggi. Ini adalah kejadian pertama berlaku di kawasan ini sejak saya memulakan perniagaan 12 tahun lalu," katanya.

Maut dihempap kontena

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

KONTENA seberat 10 tan yang menghempap seorang warga Myanmar dan menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, semalam.

PELABUHAN KLANG 1 Jun - Seorang pemandu jentera angkut susun warga Myanmar maut akibat dihempap sebuah kontena seberat 10 tan yang tiba-tiba terjatuh ketika sedang diangkat oleh sebuah kren di Pelabuhan Barat di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku di sebuah stor penyimpanan kontena kira-kira pukul 4.20 pagi.

Dalam insiden itu, mangsa berusia 31 tahun mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain.

Namun, pemandu kren yang mengangkat kontena berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius ekoran kejadian itu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 4.30 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang tiba beberapa minit kemudian.

Beliau berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk mengangkat kontena yang menghempap mangsa berikutan melebihi had berat yang mampu ditampung jentera bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian.

Pihak bomba terpaksa menggunakan kren daripada pihak swasta untuk mengangkat kontena berkenaan sebelum besi jentera angkut susun yang menghempap mangsa dapat dipotong.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong besi yang menghempap mangsa sebelum lelaki itu dikeluarkan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Zaidi memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa dan pemandu kren berkenaan sedang menyiapkan kerja memunggah sebelum pemandu kren seberat 55 tan yang membawa kontena itu menekan brek secara mengejut.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut menyebabkan kontena yang dibawanya berhayun lalu jatuh menghempap jentera angkut susun dipandu mangsa yang secara kebetulan berada di hadapannya.

Muatan kontena yang berat menghempap bumbung jentera berkenaan menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa tamat sepenuhnya pukul 7.05 pagi dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di sini untuk bedah siasat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat