{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Saman doktor mungkin selesai luar mahkamah

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kes saman seorang wanita terhadap 21 orang doktor serta lapan kakitangan Hospital Selayang atas dakwaan melakukan kecuaian ketika proses melahirkan bayi perempuannya sehingga mengalami kecacatan otak kekal, berkemungkinan diselesaikan di luar mahkamah.

Nor Azalina Mohd. Songib dan suaminya, Muhammad Hafiz Abd. Wasit memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Disember tahun lalu.

Peguam Khabir Dhillon yang mewakili pasangan suami isteri itu memberitahu pemberita hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 5 Julai ini pengurusan kes untuk pihaknya memaklumkan perkembangan penyelesaian tersebut.

Menurut Khabir, hal demikian berikutan pihak kerajaan mempertimbangkan untuk mengakui tuntutan terhadap liabiliti (tanggungjawab) yang dikemukakan pasangan terbabit.

Nor Azalina dan Muhammad Hafiz selaku pihak plaintif menamakan kesemua 29 yang terlibat itu sebagai pihak defendan berdasarkan surat yang ditulis oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh kerana mereka terlibat dalam rawatan dan pengurusan kedua-dua beranak itu.

Pasangan berkenaan dalam pernyataan tuntutan mereka menyatakan, bayi mereka, Nurul Husna telah dilahirkan di hospital tersebut pada 22 Julai 2005 secara normal tanpa mengambil kira sejarah kelahiran sebelum itu, melalui pembedahan.

Pihak plaintif mendakwa, pihak defendan telah gagal menasihati dan memberi saranan kepada mereka mengenai pilihan untuk bersalin dan risiko kelahiran normal.

Mereka turut menamakan kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama.

Pihak plaintif menuntut ganti rugi khas antaranya kos rawatan perubatan khas sebanyak RM417,530 selain ganti rugi am.

Dalam pernyataan pembelaan bertarikh 25 Februari lalu, kesemua defendan yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Zaliha Mohd. Janis menyatakan, pengurusan dan rawatan yang diberikan kepada pihak plaintif, adalah mengikut amalan perubatan dan tatacara standard serta diterima secara am di hospital tersebut.

Menurut pihak defendan, keadaan Nor Azalina yang juga plaintif kedua didapati normal dan bukaan rahim antara dua dan lima sentimeter.

Ketika dihantar ke bilik bersalin pada pukul 1.40 pagi, defendan ke-10, Dr. J. Vaishnavi mendapati plaintif kedua berada dalam keadaan normal dan kandungannya reaktif.

Pada pukul 2.30 pagi, bukaan rahim plaintif kedua adalah lapan sentimeter dan setengah jam berikutnya bukaan rahim telah penuh dan terasa hendak meneran.

Defendan ke-11, Dr. M. Menaga telah mengendalikan proses kelahiran dan menggalakkan plaintif kedua terus meneran dan Nurul Husna dilahirkan pada pukul 3.44 pagi.

Pihak defendan menyatakan, kesemua tindakan dan keputusan terhadap pengurusan rawatan terhadap pihak defendan adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Lelaki miliki dadah dijel lima tahun, 10 sebatan

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

MELAKA 10 Jun - Seorang lelaki dihukum penjara lima tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki dadah jenis kanabis seberat 120.72 gram pada awal tahun ini.

Muhammad Hafiz Abdul Razak (gambar), 23, mengaku memiliki dadah tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Alor Gajah, dekat sini pada pukul 11.30 pagi, 31 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan sebatan sehingga 10 kali.

Isteri tertuduh, Siti Hajar Salim, 22, yang turut didakwa atas pertuduhan sama, bagaimanapun dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapnya.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 14 Februari lalu, pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Andrew Lourdes memohon hukuman terhadap tertuduh diringankan dengan alasan anak guamnya telah insaf dan bertanggungjawab atas pertuduhan yang disabitkan bersama isterinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurfahana Ahmad yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Hakim Ahmad Sazali Omar memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh Muhammad Hafiz ditangkap pada hari kejadian.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat