{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Wanita Asia berisiko hidap barah

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Jun - Wanita Asia termasuk di negara ini berisiko lebih tinggi menghidap barah payudara kerana kandungan tisu payudara mereka lebih tumpat berbanding wanita Barat.

Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara (PS1) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) merangkap Ketua Jabatan Radiologi USM, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi berkata, payudara wanita Timur mempunyai kandungan tisu glandular atau tisu yang menghasilkan susu badan lebih banyak berbanding lemak.

Malah katanya, wanita yang tidak pernah melahir dan menyusukan anak mempunyai risiko lebih tinggi menghidap barah payudara kerana sel kanser terhasil daripada tisu glandular.

"Ketumpatan tinggi juga membolehkan sel kanser yang berwarna putih bersembunyi atau tenggelam di sebalik tisu glandular yang juga berwarna putih pada filem saringan mamogram menyebabkan ia tidak dapat dikesan.

"Sebab itu kita amat sarankan wanita pada semua peringkat umur sentiasa membuat pemeriksaan sendiri payudara (PSP) selepas kitaran haid bulanan bagi mengesan ketulan atau sebarang perubahan pada payudara mereka.

"Wanita perlu segera datang ke hospital apabila melihat benjolan, cecair keluar daripada puting sama ada berwarna putih, kuning, hijau ataupun darah serta perubahan pada kulit payudara yang menjadi berkerutu seperti buah limau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program National Women Seminar 2013 - Future Direction anjuran PS1 HUSM dan Jabatan Radiologi USM di sini semalam.

Dr. Nik Munirah yang juga Pengerusi Jawatankuasa seminar berkata, kesedaran tentang pengesanan awal penting kerana kes barah payudara didapati semakin menyerang pesakit muda berbanding 10 tahun lalu tanpa diketahui secara jelas faktornya.

Katanya, statistik terkini Daftar Kanser Kebangsaan (NCR) menunjukkan majoriti penghidap kanser payudara adalah berumur antara 40 dan 49 tahun iaitu semakin muda berbanding 50 hingga 59 tahun pada 2003.

Beliau menjelaskan, di Kelantan, kes termuda direkodkan kini adalah membabitkan gadis berumur 19 tahun.

"Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa kerana kanser adalah penyakit yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal tetapi masyarakat kita lebih mempercayai bomoh.

"Di negara kita, kebanyakan pesakit barah payudara atau 33.9 peratus datang ke hospital hanya apabila barah sudah sampai tahap empat berbanding masyarakat Barat kerana mereka ke hospital pada tahap satu dan dua,'' katanya.

Beliau turut mengingatkan wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap barah payudara agar menjalani saringan ujian mamogram lebih awal daripada umur 40 tahun.

"Ujian mamogram biasanya dibuat pada umur 40 tahun kerana lebih mudah mengesan sel kanser berbanding umur lebih muda kerana tisu glandular dalam payudara yang semakin berkurangan.

"Namun, wanita yang ada sejarah ibu menghidap payudara perlu menjalaninya lebih awal yakni pada umur 35 tahun bersekali dengan ujian ultra sound," katanya.

'Saya sangat rindukan anak-anak saya'

Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT

NOR Asikin Abdul Rahman menerima sumbangan daripada Mohd. Lila Ibrahim di rumahnya di Kampung Rahmat, Rantau Panjang, kelmarin.

RANTAU PANJANG 20 Jun - Tiada apa dapat dilakukan oleh seorang ibu yang kehilangan ketiga-tiga anaknya sekali gus selain diselubungi perasaan sedih dan rindu yang mendalam.

Bagaimanapun ketika ditemui di rumahnya di sini, Nor Asikin Abdul Rahman berkata, hajat untuk berjumpa dengan anak-anaknya tercapai apabila mereka muncul dalam mimpinya malam tadi.

"Sebelum tidur saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dapat berjumpa dengan anak-anak saya walaupun hanya dalam mimpi.

"Malam tadi saya sempat mimpi anak kedua saya, Muhammad Syahmi, walaupun hanya seketika tetapi cukup memadai untuk melepaskan rindu yang terbuku di hati," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rahmat semalam.

Menurut Nor Asikin, 41, dia sentiasa mendekatkan diri dengan Allah serta melakukan solat untuk mendoakan arwah anak-anaknya, hasil perkahwinannya dengan arwah suami yang meninggal dunia pada 2010 akibat kanser usus.

''Saya rindukan anak-anak saya,'' katanya.

Walaupun reda dengan pemergian mereka, Nor Asikin mengakui, berita penemuan anak-anaknya yang lemas di Sungai Golok kelmarin sangat-sangat meruntun hati dan perasaannya.

Katanya, dia hanya mampu menyimpan barang anak-anak untuk mengubat rindu termasuk dompet milik anak pertamanya, Muhammad Zulhilmi, 7, yang dibeli pada hari kejadian.

"Setiap kali melihat barang-barang milik mereka, hati saya cukup tersentuh kerana hanya itu yang saya ada sekarang.

"Walaupun sedih, saya tetap reda dengan ketentuan Allah kerana saya yakin mereka pergi dalam keadaan yang cukup tenang," katanya pilu.

Setiap waktu katanya, dia akan membayangkan wajah anak-anaknya dan tidak pernah melupakan saat-saat sebelum mereka dikebumikan.

"Dengan cara ini, saya dapat merasakan mereka berada dekat di hati dan selalu berada dalam fikiran saya sepanjang waktu," katanya yang mempunyai dua lagi anak kecil hasil perkahwinan dengan suami kedua, Abdul Ghafar Musa, 51.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong The Red Warrior Rantau Panjang, Mohd. Lila Ibrahim yang prihatin terhadap nasib menimpa Nor Asikin telah tampil menghulurkan sumbangan.

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah banyak membantu meringankan beban kami sekeluarga," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, Muhammad Zulhilmi Aziz lemas bersama dua lagi adiknya, Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, ketika mandi di Sungai Golok.

Jenazah tiga beradik itu telah dikebumikan dalam satu liang lahad kelmarin.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat