{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Empat termasuk wanita mengandung maut dalam kemalangan di Betong

Posted: 10 Jul 2013 02:21 AM PDT

BETONG: Empat warga Indonesia termasuk seorang wanita mengandung maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei, pagi semalam.

Dalam kejadian 10.20 pagi itu, MPV Toyota Innova yang dalam perjalanan menuju ke pintu sempadan di Tebedu dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum berlanggar dengan treler yang menghala ke Sarikei.

Akibat pertembungan itu, kenderaan itu terperosok di bawah treler sebelum meletup dan terbakar menyebabkan tiga penumpang yang belum dikenalpasti rentung, manakala pemandunya, Tinus Salleh, 45, maut selepas tercampak keluar dari MPV berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohammad, berkata kenderaan MPV berkenaan dipercayai digunakan bagi membawa pekerja warga Indonesia pulang ke Kalimantan Barat.

3 dipenjara 21 tahun sebabkan kematian seorang lelaki

Posted: 10 Jul 2013 02:07 AM PDT

SHAH ALAM: Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara 21 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan pindaan menyebabkan kematian seorang lelaki dalam satu urusan penjualan dadah di sebuah restoran, tiga tahun lepas.

Penyelenggara bangunan, S.Baskaran, 38; pemandu lori, S. Ashok Thevar, 30; dan jurujual kereta, K. Uthaya Kumar, 29 didakwa menyebabkan kematian Wan Zakaria Hamat, 39, dengan menggunakan parang di Restoran Lotus, No 1, Jalan Dato Dollah Off Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor kira-kira 12.30 tengah malam pada 27 Disember 2010.

Mereka didakwa mengikut pertuduhan pindaan iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Sebelum ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 30 Disember 2010.

Terdahulu, peguam bela kesemua tertuduh, V. Ayasamy memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara ringan terhadap kesemua anak guamnya sebab mengaku bersalah dan mereka kesal akan perbuatan mereka.

Beliau juga memohon mahkamah agar Baskaran dan Ashok Tevar menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh, manakala Uthaya Kumar di penjara Tapah, Perak atas alasan mereka mudah berjumpa dengan keluarga masing-masing.
Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani bagaimanapun membantah perkara itu dan berkata ketiga-tiga tertuduh bertindak kejam menyerang mangsa yang mengalami lebih 20 kesan kecederaan pada keseluruhan badan.

Berdasarkan fakta kes, seorang lelaki telah diumpan oleh ketiga-tiga tertuduh untuk membeli dadah syabu dengan harga RM1,000 daripada mangsa.

Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa menyedari kehadiran semua tertuduh, lalu melarikan diri sebelum dilanggar sebuah bas.

Mangsa kemudian sempat melarikan diri ke restoran Lotus, namun mati setelah ditetak oleh tertuduh menggunakan parang. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat