{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Tragedi beli makanan ringan

Posted: 05 Jul 2013 11:57 AM PDT

Kuala Selangor: Niat seorang murid tahun satu untuk membeli makanan ringan selepas pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila digilis sebuah kereta yang didakwa dipandu laju dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Puncak Alam, di sini, kelmarin.

Mangsa, Faris Hakimi Sazali, 7, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Subang selepas dilaporkan mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.


Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika semua murid baru keluar dari kawasan sekolah untuk menaiki bas serta kenderaan ibu bapa masing-masing.

"Saya tidak melihat sendiri kejadian ketika murid terbabit dilanggar, bagaimanapun, ketika sedang sibuk melayan kanak-kanak lain membeli makanan ringan, saya terdengar bunyi yang kuat seperti sesuatu dilanggar.


"Sebaik melihat ke arah bunyi itu, saya dapati seorang kanak-kanak sudah berada di bahagian belakang sebuah kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita yang turut menjemput anaknya di sekolah berkenaan," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Seorang lagi saksi, Shafie Mokhtar, 60, berkata, ketika kejadian waktu persekolahan baru saja tamat dan murid menyerbu keluar ke arah gerai makanan ringan di tepi jalan.

Foto

TIADA pengawal mengawal keadaan lalu lintas ketika kanak-kanak menyerbu keluar apabila tamat waktu persekolahan.

Foto

KASUT mangsa yang tercampak di lokasi kejadian.

"Mangsa mahu melintas jalan ke gerai menjual jajan sementara menunggu van sekolah dinaikinya tiba namun tiba-tiba dilanggar kereta yang dikatakan dipandu laju.


"Kemalangan memang kerap berlaku di kawasan ini, namun kejadian itu adalah yang paling teruk sejak sekolah ini dibuka 13 tahun lalu," katanya yang bekerja sebagai pemandu van sekolah.

Selain itu, seorang lagi pemandu van sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 42, berkata, kawasan berkenaan sepatutnya diletakkan bonggol berikutan kanak-kanak sering melintas.


"Kejadian seumpama ini boleh dielakkan sekiranya pihak berkenaan mengambil langkah sepatutnya memandangkan ini bukan kali pertama kemalangan berlaku di kawasan ini.


"Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan atas kejadian yang berlaku sekiranya semua pihak lepas tangan?" katanya.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kedua-dua pihak sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat