Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Malakoff anjur program sosial korporat di sekolah
- Petugas TNB, anggota polis gotong-royong di sekolah agama
- Shell Tikam Batu, PDRM anjur kempen keselamatan
Malakoff anjur program sosial korporat di sekolah Posted: Malakoff anjur program sosial korporat di sekolah
KERJA SOSIAL. Syarikat penjana tenaga bebas, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menganjurkan Program Melentur Buluh di Sekolah Kebangsaan (SK) Segari, Lumut, Perak baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil berkata, program tanggungjawab sosial korporat tersebut melibatkan seramai 96 pelajar sekolah. Beliau berkata, kakitangan Malakoff bergotong-royong menaik taraf dan menceriakan perpustakaan di sekolah tersebut bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid. "Sebagai salah sebuah daripada 10 sekolah angkat Malakoff, pengurusan SK Segari turut menerima bantuan kewangan tahunan sebanyak RM200,000 bagi menjalankan aktiviti peningkatan pencapaian akademik," katanya. | |
Petugas TNB, anggota polis gotong-royong di sekolah agama Posted: Petugas TNB, anggota polis gotong-royong di sekolah agamaKAKITANGAN TNB dan polis bergambar sebelum terlibat dalam Program Gotong- Royong di KAFA, Kuantan, Pahang baru-baru ini. KERJASAMA. Sebanyak 120 pegawai dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengadakan Program Gotong-Royong bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan sekitar Sekolah Agama Rakyat Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Kompleks Polis Alor Akar di Kuantan, Pahang. Hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani dan Pengurus Negeri Pahang Bahagian Penghantaran TNB, Ir. Abdul Halim Baharuddin, . Tujuan program tersebut diadakan antara lainnya untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara TNB dan polis di samping mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelajar KAFA. | |
Shell Tikam Batu, PDRM anjur kempen keselamatan Posted: Shell Tikam Batu, PDRM anjur kempen keselamatanSEBAHAGIAN pelajar yang mendengar ceramah pada Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di Stesen Shell Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. KESEDARAN. Kira-kira 200 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya-Kami Prihatin di Stesen Servis Shell Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Program tersebut adalah anjuran Shell Trading Wilayah Utara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk ceramah berkaitan keselamatan jalan raya, penggunaan peralatan menyelamat, pertunjukan memadam kebakaran serta pertolongan cemas dan kuiz. Menurut penyelaras program, Ismail Aroff, kempen tersebut bertujuan memupuk semangat keprihatinan masyarakat tentang keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan para pelajar sekolah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |