Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
20 barang terkawal dikuat kuasa Posted: 20 barang terkawal dikuat kuasaOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
KLANG – Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula hari ini hingga 11 Ogos ini. Ia bagi menyekat kenaikan harga pada musim perayaan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, sepanjang tempoh itu, peniaga dan pemborong perlu memastikan kesemua barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum atau paras siling yang ditetapkan di bawah skim tersebut. Katanya, peniaga juga wajib meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu dengan jelas bagi membezakan barangan harga terkawal dan menggunakan alat timbang dan sukat yang sah. Jika ada yang berdegil, tegas beliau, mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk dikompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Perhimpunan Agung UMNO 2-7 Dis. Posted: Perhimpunan Agung UMNO 2-7 Dis.NAJIB (kanan) dan Muhyiddin menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah, Kajang dan Darul Kifayah Taman Koperasi Polis pada majlis berbuka puasa MT UMNO di Kuala Lumpur malam tadi. KUALA LUMPUR - Pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini. Beliau yang juga Perdana Menteri turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini. "Mereka yang berminat bertanding jawatan MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di Badan Perhubungan UMNO negeri pada 7 September ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
2 pengemis raih RM9,000 sebulan Posted: 2 pengemis raih RM9,000 sebulanOleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
SEREMBAN - Dengan hanya bermodal wajah sedih sambil menghulurkan tisu di persimpangan lampu isyarat, dua pengemis warga Pakistan mampu meraih pendapatan mencecah RM9,000 sebulan. Kegiatan kedua-dua wanita berusia 50-an itu dikatakan sudah berlarutan beberapa bulan lalu dengan menjadikan persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di sini sebagai lubuk rezeki. Bagaimanapun, kehadiran mereka yang gemar mengetuk pintu cermin kenderaan bagi mendapat simpati berakhir dengan kedua-duanya ditangkap pada pukul 12 tengah hari di persimpangan lampu isyarat itu kelmarin. Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua wanita itu mendapati mereka sudahpun memiliki tiket penerbangan untuk balik ke negara asal dipercayai hasil kegiatan meminta sedekah sambil menjual tisu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |