Felda palong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda palong - Google Blog Search |
TNB Belanja RM29.2 Juta Untuk Gugusan <b>Felda Palong</b> | Suara <b>...</b> Posted: 14 Apr 2014 07:47 PM PDT TNB Belanja RM29.2 Juta Untuk Gugusan Felda PalongSEREMBAN – Sebanyak RM29.2 juta dibelanjakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaik taraf bekalan elektrik ke Gugusan Felda Palong sejak tahun lalu hingga 2017. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak lima projek bernilai RM3.56 juta telah dilaksanakan dan siap tahun lalu. Beliau berkata, ini melibatkan kerja-kerja menukar kabel lama dan suntikan kabel baharu di Palong 2 hingga 11. "Sebanyak dua projek sedang dilaksanakan tahun ini dan tahun depan melibatkan perbelanjaan RM9.94 juta. "Sebanyak RM15.7 juta telah diluluskan untuk 2017 bagi menyediakan sumber bekalan 33 kilovolt (kV) dengan extension PMU Bahau," katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Lilah Yasin (BN-Palong) dalam sidang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini hari ini. Lilah bertanya tentang rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah voltan rendah di Gugusan Felda Palong. Mohamad menjelaskan, TNB akan mengenal pasti dan mengukuhkan sistem bekalan elektrik di mana-mana kawasan yang mengalami kadar voltan rendah di bawah paras ditetapkan. – Utusan Malaysia NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com Artikel disiar pada April 15, 2014 - 10:47 am oleh Nor Azlina Shaari |
You are subscribed to email updates from Felda palong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |