{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Makan 12 biji kapsul sehari

Posted:

Makan 12 biji kapsul sehari

Makan 12 biji kapsul sehari

MELANGKAH masuk ke studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, Adeline Tsen, pelakon Cina berwajah eksotik dan bertubuh langsing.

Bezanya, bekas atlet hoki dan bola jaring itu dulu dan kini jelas pada bentuk tubuh badannya yang sangat ramping.

Empat tahun lalu menerusi drama bersiri Hotel Mania, tubuh badan Adeline nampak berisi.

Namun, menerusi penampilannya dalam drama popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta, tubuhnya tampil kurus dan seksi dari pandangan mata.

Bukan menjalani sebarang pembedahan atau rejim senaman ketat, rahsia kurus Adeline itu adalah berpunca daripada makanan kesihatan berasaskan buah beri.

Mengakui gembira dan teruja dengan tubuh badan sebegitu, kongsi Adeline, rakannya memperkenalkannya dengan sejenis tablet kesihatan berasaskan buah beri.

"Dulu saya selalu ke gimnasium tetapi selepas bersenam, badan jadi penat dan perut rasa lapar. Maka, saya makan dengan banyaknya. Jadi, berat badan saya tidak berkurangan walaupun ke gimnasium.

"Sebelum ini juga, saya mengalami masalah gastrik yang agak teruk. Mujur rakan memperkenalkan saya dengan satu tablet kesihatan yang berasaskan buah beri.

"Selepas mengamalkannya selama tiga bulan, berat badan saya turun sehingga 13 kilogram. Malah, masalah gastrik saya juga berkurangan," ungkapnya mengenai berat badannya yang mencecah 65 kilogram sebelum mengamalkan tablet tersebut.

Tidak terburu-buru mengambil tablet kesihatan itu, Adeline terlebih dahulu meminta pandangan doktor dan dia mendapat pelepasan untuk mengambil tablet itu sebanyak 12 biji setiap hari.

Tiada masalah menelan tablet sebanyak 12 biji sehari, lantun Adeline, rasa tablet itu manis dan ia dimakan dengan cara mengemam atau mengulum seperti gula-gula.

Mengulas lebih lanjut, kata Adeline, buah beri juga mempunyai banyak khasiat. Selain dapat membuang toksin dalam badan ia juga mengandungi kandungan gula yang rendah dan mampu mencegah penggunanya daripada penyakit kencing manis.

PELAKON jelita ini begitu berhati-hati dalam menjaga kesihatan tubuhnya.


Seksi

Impak daripada tubuh badan yang langsing, ada yang beranggapan Adeline kini semakin berani menggayakan pakaian seksi sehingga menampakkan susuk badannya.

Tidak menolak, Adeline mengakui suka mengenakan pakaian mengikut badan dan selesa menggayakan pakaian seperti itu.

Bagaimanapun, pakaian yang digayakan masih tidak terlalu menjolok mata.

"Namun, jika saya berpakaian biasapun orang tetap cakap saya seksi. Mungkin cara saya menggayakannya.

"Dulu, semasa saya masih menjadi model, ada jurugambar yang memberitahu, saya kelihatan seksi daripada raut wajah yang dimiliki. Mereka kata wajah saya eksotik dan menggoda," jelasnya sambil menguntum senyuman.

Bakal menerima ijazah perakaunan di majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 11 Mei ini, Adeline juga berhasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lakonan pula di Akademi New York pada bulan Julai nanti.

Sedar namanya kini semakin dikenali menerusi watak Irene dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta, pelakon berketurunan Cina Kadazan itu mahu mengasah lagi bakat lakonannya untuk mengukuhkan namanya sebagai pelakon berbakat.

Bagaimanapun, sebelum ke sana ada beberapa buah drama dan filem akan diselesaikan Adeline terlebih dahulu.

"Ada yang cakap kenapa hendak sambung belajar ketika tawaran datang tak putus-putus tetapi saya mahu pertingkatkan lagi mutu lakonan saya. Namun begitu, sebelum ke New York, saya akan selesaikan beberapa penggambaran drama dan filem.

"Hujung bulan Mei ini saya akan ke Istanbul, Turki selama dua minggu untuk menjalani penggambaran drama slot Akasia, TV3 yang berjudul Rindu Awak 200 Peratus di samping Zul Ariffin dan Aida Jebat. Drama itu akan disiarkan pada bulan Ramadan tahun ini," ceritanya.

ADELINE kini popular dengan drama bersiri, Kerana Aku Tak Cinta.


Dipukul Nabila Huda

Menyambung bicara, Adeline juga teruja kerana berpeluang berlakon di samping pelakon idamannya iaitu Nabila Huda dalam filem terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd.

Mengakui seorang yang penakut untuk menonton cerita-cerita seram, namun Adeline terpaksa menonton cerita genre tersebut sebagai rujukan untuk watak terbaharunya dalam filem itu.

"Dalam filem itu Nabila bawa watak perempuan psiko yang membunuh ramai orang termasuk kawan baiknya sendiri iaitu saya. Sebelum saya dibunuh, Nabila memukul saya sehingga lebam dan parah," kongsinya mengenai filem berjudul Gamatisme itu.

Tidak kisah dipukul oleh Nabila, Adeline mengakui momentum lakonan anak kepada legenda rock Amy Search itu kuat dan mampu diserap olehnya ketika berlakon.

"Selalunya jika kita berlakon di samping pelakon yang bagus, kita dapat serap energi lakonannya dan turut dapat beri lakonan yang bagus," katanya lagi.

Sering membawa watak antagonis dalam dramanya sebelum ini, Adeline mengakui takut dibenci orang. Malah, akuinya lagi, dia pernah dipanggil kucing siam kerana watak antagonis yang dibawanya menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Pada mulanya saya agak risau dengan maklum balas orang ramai melalui watak Irene yang saya bawa dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Ramai yang memanggil saya kucing siam kerana lakonan jahat dan menggoda dalam drama itu. Namun, akhirnya saya rasa berbaloi membawa watak Irene kerana watak itulah membuatkan nama saya naik dan dikenali ramai," jelasnya.

Zain Saidin enggan padam gambar

Posted:

Zain Saidin enggan padam gambar

Zain Saidin enggan padam gambar

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

ZAIN mendedahkan yang Che Ta berharap agar bayi dalam kandungannya itu adalah perempuan.


TIGA hari lalu, pelakon Zain Saidin dan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta telah berkongsi gambar romantis mereka di laman sosial Instagram masing-masing iaitu @rozitachewan1 dan @therealzainsaidin.

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut Che Ta dan Zain di laman Instagram yang kurang senang melihat gambar tersebut kerana ia memaparkan pasangan popular itu terbaring romantis di atas katil yang dipenuhi kelopak bunga ros ketika bercuti di Koh Samui, Thailand.

Antara kritikan yang ditulis, gambar mesra suami isteri tidak wajar dikongsikan kepada umum.

Pada masa yang sama, ada juga segelintir pengikut yang menyukai gambar tersebut dan mengatakan tiada masalah untuk pasangan itu memuat naik gambar romantis kerana mereka 'halal' untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Kosmo! terpanggil untuk mendapatkan reaksi Zain berhubung perkara tersebut kerana gambar di Instagram Che Ta itu mendapat komen sehingga 358 orang setakat petang semalam.

Zain yang ditemui pada majlis pelancaran rancangan Oh My English! musim ketiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang, Selangor, menjawab mengenai kontroversi gambar tersebut.

Kosmo!: Ramai yang kurang senang apabila kalian memuat naik gambar romantis di atas katil di laman sosial Instagram. Komen?

ZAIN: Sejak dulu lagi, apa sahaja gambar yang Che Ta kongsikan di laman Instagramnya pasti mencetuskan kontroversi, sedangkan kami sekadar teruja ingin berkongsi gambar percutian kami.

Bagaimanakah penerimaan anda dan juga Che Ta berhubung komen negatif yang dilemparkan? Adakah Che Ta terganggu dengan komen-komen tersebut?

Tidak, dia seperti biasa. Kami juga tidak berbincang langsung mengenainya.

Adakah kalian akan memadamkan gambar romantis di atas katil itu?

Selagi ia tidak mengganggu dan mendatangkan mudarat, gambar tersebut tidak akan dipadamkan.

Mungkin selepas ini anda akan lebih berhati-hati memuat naik gambar seperti itu?

Saya tetap akan memuat naik gambar romantis bersamanya, asalkan gambar tersebut tidak menunjukkan bahagian yang melampau.

Boleh kongsikan mengenai percutian di Koh Samui?

Memandangkan Che Ta mengandung tiga bulan, percutian kami tidak melibatkan aktiviti lasak. Kami buat aktiviti yang dia larat sahaja.

Bagaimanakah keadaan Che Ta sekarang?

Ketika ini dia cepat penat. Ya lah, setelah 16 tahun dia kembali mengandung, mungkin disebabkan itu dia berasa cepat penat. Mood dia juga tidak menentu.

Adakah anda tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan Che Ta?

Memang saya berdebar untuk tahu jantina bayi kami. Sebabnya, Che Ta sangat berharap dapat anak perempuan. Saya tidak mahu dia kecewa seandainya bayi yang dikandungnya itu lelaki.

Sudah buat sebarang persiapan untuk kehadiran bayi?

Selagi belum tahu jantina, kami tidak mahu membuat sebarang persiapan. Bagaimanapun, ketika berkahwin pada 11 Disember tahun lalu, kami ada menerima hadiah katil bayi. Kemungkinan kami akan beli sebahagian barang-barang bayi nanti di luar negara.

Bagaimanakah perasaan anda apabila dapat kembali menjadi Mr. Henry Middleton dalam Oh My English! musim ketiga?

Saya gembira kerana sekali lagi beraksi dalam Oh My English! musim ketiga. Walaupun banyak tawaran lain yang datang tetapi tahun ini fokus hanya pada Oh My English! kerana penggambaran masih berlangsung dan terpaksa mengekalkan warna rambut perang.

Jika mereka sanggup terima warna rambut perang ini, saya terima tawaran untuk berlakon sebarang drama mahupun telefilem yang lain. Sebabnya, saya malas hendak menukar berkali-kali warna rambut saya.

Intipati Malaysia ke Hollywood

Posted:

Intipati Malaysia ke Hollywood

Intipati Malaysia ke Hollywood

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BARISAN peserta yang bakal membawa nama negara untuk bersaing di gelanggang WCOPA ke-7 yang bakal berlansung dari 11 hingga 20 Julai depan di Hollywood, California, Amerika Syarikat.


WORLDSTARS, Road To Hollywood telah memasuki tahun ketujuh penyertaan Malaysia untuk bertanding pada World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, Cali- fornia, Amerika Syarikat.

Jika tahun terdahulu, Malaysia berjaya menggondol 127 pingat emas, 94 perak dan 38 gangsa sepanjang tujuh tahun menyertai acara itu, tahun ini pula pasukan negara mempertaruhkan bakat baharu yang dicungkil sepanjang tempoh dua bulan.

Empat wakil pasukan Malaysia yang telah terpilih daripada setiap kategori untuk ke Hollywood pada tahun ini adalah Nurul Aina Abdul Ghani, Muhammad Alif Kadim bagi kategori vokal, Cak Lempong Fusion (instrumental) dan Zeppo (tarian).

Mereka akan membawa nama negara untuk berentap dengan lebih 50 pasukan dari seluruh dunia di Hollywood pada 11 hingga 20 Julai depan.

Lebih 150 penggiat seni dari Hollywood, Nashville dan New York akan hadir untuk mengadili dan memberi seminar kepada 5,000 wakil peserta antarabangsa yang bakal terbabit sepanjang tempoh itu.

Selain mengharumkan nama negara melalui pingat yang diraih menerusi WCOPA, peserta terbabit juga memburu peluang untuk memenangi tawaran biasiswa bernilai RM500,000 bagi melanjutkan pela- jaran dalam bidang seni persemba- han di luar negara.

Menerusi saringan peringkat akhir, Nurul Aina dan Muhammad Alif berjaya menumpaskan 13 orang peserta solo dan tiga pasukan berkumpulan dalam kategori vokal termasuk juara One In A Million musim kedua, Ayu Damit.

Menjelaskan faktor kemenangan yang tidak terjangka itu, kata Nurul Aina, pemilihannya untuk ke Holly- wood selepas saringan peringkat akhir itu satu magis baginya.

"Daripada langkah pertama sampai sekarang saya tidak pernah menjangkakan untuk berada di sini, malah untuk layak bertanding ke Hollywood sebenarnya satu mimpi memandangkan saya antara peserta yang paling kurang pengalaman.

AYU DAMIT telah mencuba sebaik mungkin, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.


"Syukur Alhamdulillah, persembahan saya pada peringkat akhir ini berjaya menambat hati juri untuk memilih saya. Insya-Allah, saya akan mengharumkan nama Malaysia di mana dunia," ujarnya yang ditemui usai saringan peringkat akhir Worldstars, Road To Hollywood di Unitar, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Nurul Aina mempersembahkan dua buah lagu iaitu Listen (Beyonce) pada pusingan pertama dan Gemilang (Jaclyn Victor) untuk pusingan kedua pada peringkat tersebut.

Sementara itu, kumpulan dari Negeri Sembilan, Cak Lempong Fusion berjaya mencuri tumpuan menerusi persembahan penuh bertenaga dalam kedua-dua pusingan pertama dan kedua pada saringan akhir itu.

Cak Lempong Fusion yang lincah bermain instrumen cak lempong dan gendang itu mempersembahkan medley kontemporari Bumble- bee dan Welcome To Bali serta medley tradisional, Dua, Endang Pak Wan dan Piring Lambung, sekali gus menewaskan lima peserta lain dalam kategori sama.

Aksi luar biasa campuran gerak tari tradisional dan moden meletakkan kumpulan Zeppo yang terdiri daripada anak muda berusia antara 11 hingga 15 tahun sebagai juara kategori tarian dan mengalahkan lima peserta lain.

Bagaimanapun, dua peserta akhir tersenarai sebagai peserta simpanan untuk ke Hollywood dalam kategori vokal dan tarian, masing-masing kumpulan vokal Momento yang terdiri daripada empat lelaki dan penari solo, Fahezul Azri.

Pusingan akhir itu diadili oleh lima orang juri terdiri daripada Deja Moss, Dayang Mariana Abang Bolhasan, Wilson Tan, Yazid Zaka- ria dan Rosnan Nordin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli menjelaskan, penyertaan dalam kategori peragaan pada tahun ini direhatkan seketika memandangkan kurang penyertaan daripada peserta yang benar-benar berbakat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat