{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Ancaman besar Budak Kecil

Posted:

Ancaman besar Budak Kecil

Ancaman besar Budak Kecil

SEBUAH rumah di Malibu, California runtuh akibat kesan fenomena El Nino.


CUACA panas terik yang melanda negara pada awal tahun ini sememangnya meresahkan ramai orang. Sesetengah kawasan seperti Lembah Klang berhadapan dengan catuan bekalan air berikutan air empangan berada pada paras kritikal.

Ada juga sawah padi yang mula kontang manakala kebakaran hutan dan belukar berlaku di sana sini hampir setiap hari.

Bagi pengusaha jagung di Terengganu, Zakaria Nor, 29, atau lebih mesra dipanggil Pokya, hasil tanaman jagungnya turut terjejas akibat cuaca panas baru-baru ini.

Katanya, kekurangan air menyebabkan saiz tongkol jagung menjadi lebih kecil manakala hasil keluaran turut merosot.

Sebelum ini, ladang jagung seluas 2.4 hektar yang diusahakannya di Marang mampu mengeluarkan hasil sebanyak 20,000 biji semusim namun merosot kepada 10,000 biji sahaja.

"Lebih teruk lagi apabila terdapat beberapa pengusaha ladang lain terpaksa gulung tikar setelah tanaman mereka mati kekeringan," ujarnya yang menjual jagung secara bergerak menggunakan lori sehingga ke Kuantan, Pahang.

Sebenarnya, cuaca panas terik yang dihadapi rakyat Malaysia beberapa bulan lalu belum mencecah tahap mudarat atau kemarau tetapi kesannya begitu dirasai. Bagaimana pula jika keadaan menjadi lebih teruk?

Berita buruknya, Malaysia diramal bakal menghadapi kemarau panjang berikutan kedatangan fenomena El Nino bermula bulan Jun nanti. Ramalan itu berdasarkan kajian terbaharu Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom.

Jika benar, Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan, begitu juga dengan beberapa negara Asia Tenggara lain.

El Nino ialah fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur Lautan Pasifik yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut.

Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff berkata, El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.


MUSIM kemarau menyebabkan tanah merekah di Kedah pada tahun 2010.


Abdull Rahim berkata, ukuran El Nino pada tahap yang kuat boleh menyebabkan kekurangan bekalan air dan makanan akibat musim kemarau. Antara tanda-tanda awal kedatangan El Nino yang sudah dapat dilihat sekarang ialah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.

"Bibit-bibit El Nino mula kelihatan pada awal tahun ini apabila taburan hujan amat sedikit daripada biasa, malah kurang daripada 50 milimeter (mm) di tempat tertentu.

"Jika benar El Nino akan melanda Malaysia, pihak yang bertanggungjawab menguruskan bekalan air mesti bersedia lebih awal bagi menghadapi fenomena itu," katanya.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada tahun 1998, di mana suhu tertinggi mencecah 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Suhu laut

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan pihaknya sedang memantau ramalan fenomena El Nino tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, pihaknya bersiap sedia menghadapi kemungkinan fenomena itu.

Malah, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan sebagai persediaan menghadapi cuaca kering yang diramal berlaku dari Jun hingga September tahun ini.

"Jawatankuasa khas itu membabitkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba.

"Kita sedia maklum mengenai El Nino yang berkaitan dengan Monsun Barat Daya (musim kering), kita juga sudah keluarkan ramalan cuaca sebagai persediaan menghadapinya," katanya.

Jelasnya, pihaknya bertanggungjawab untuk melaksanakan operasi pembenihan awan jika kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap bahaya.

"Bulan Jun akan menjadi lebih kering berbanding sekarang. Kejadian jerebu pula mungkin lebih buruk daripada beberapa bulan lalu. Jadi, pihak kerajaan perlu mengambil langkah awal seperti penyediaan topeng muka," ujarnya.


FENOMENA El Nino terburuk dilaporkan berlaku di China pada tahun 1997 dan 1998, mengakibatkan 1,500 orang maut.


Pakar iklim di Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel Australia, Dr. Wenju Cai, memberitahu, peningkatan suhu di Lautan Pasifik dapat dilihat seperti kejadian El Nino pada tahun-tahun sebelum ini.

"Saya rasa El Nino kali ini mempunyai ciri-ciri yang lebih teruk.

"Risiko untuk ia terjadi pada tahun ini melebihi 70 peratus mengikut jangkaan Biro Meteorologi Australia," katanya.

Fenomena El Nino menjejaskan kegiatan ekonomi bagi negara-negara membangun yang bergantung kepada pertanian dan perikanan, terutamanya yang bersempadan dengan Lautan Pasifik.

Di Amerika Selatan, fenomena El Nino menyebabkan berlakunya peningkatan hujan di seluruh Lautan Pasifik termasuk beberapa bahagian pantai barat benua itu.

Musim sejuk di Amerika Utara pula menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering.

Malah, ada juga yang berpendapat, ribut ais pada bulan Januari 1998 yang memusnahkan bahagian selatan Ontario dan selatan Quebec di Kanada turut berpunca daripada El Nino.

Tanaman

El Nino jugalah yang mencairkan salji di Vancouver pada tahun 2010 ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Kanada.

Di Asia Tenggara dan utara Australia, keadaan menjadi kering, insiden kebakaran hutan dan jerebu meningkat, sementara kualiti udara menurun.

Kesan El Nino kepada negara Eropah lebih terserlah pada musim sejuk. Suhu sejuk pada tahun 2009 dan 2010 merupakan suhu tersejuk di Eropah Utara tetapi El Nino bukanlah satu-satunya punca cuaca sejuk melampau itu.

Fenomena El Nino boleh menjejaskan sektor ekonomi selain berlakunya kenaikan harga global bagi pengeluar minyak sawit utama Indonesia dan Malaysia.

Ia juga menjejaskan tanaman di Thailand, salah satu pengeksport beras terbesar dunia.

Di China, taburan hujan yang banyak di kawasan selatan Sungai Kuning sering mencetuskan banjir besar di kawasan pengeluaran beras dan kapas di negara itu.

Sementara itu, El Nino di India bakal menyaksikan pengeluaran lebih rendah tanaman musim panas seperti beras, tebu dan bijirin lain. India merupakan pengeluar kedua di dunia bagi beras dan gandum.

Ternyata, El Nino yang bermaksud Little Boy atau Budak Lelaki Kecil dalam bahasa Sepanyol itu sebenarnya bakal memberi ancaman besar kepada penduduk dunia jika ia tidak ditangani dengan betul.

Pelancong sasaran penculik bertopeng

Posted:

Pelancong sasaran penculik bertopeng

Pelancong sasaran penculik bertopeng

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my

RABU lalu, akhbar melaporkan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di Pulau Baik, kira-kira 5 kilometer dari Silam, Lahad Datu, Sabah.

Mangsa, Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China diculik pada pukul 2.45 pagi selepas pusat ternakan ikan Wonderful Terrace Sdn. Bhd. itu diceroboh lima lelaki yang datang menaiki sebuah bot kecil.

Lima lelaki dengan dua daripadanya lengkap bersenjata M16 dan berpakaian celoreng ala tentera serta bertopeng bertindak memasuki bilik seorang pekerja wanita di pusat ternakan itu.

Mangsa yang terdengar bunyi tendangan di bilik pekerjanya itu kemudiannya keluar dan terserempak dengan kumpulan penculik sebelum dia dibawa lari menaiki sebuah bot lebih besar dengan 200 kuasa kuda yang juga dipercayai milik kumpulan itu.

Pasukan keselamatan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu melancarkan operasi mengesan menggunakan tiga buah bot polis marin dan Unit Tindakan Khas (UTK) sebelum berjaya memintas kumpulan berkenaan berhampiran Pulau Mataking kira-kira pukul 6.20 pagi.

Insiden berbalas tembakan berlaku sebelum kumpulan penculik terbabit berjaya melarikan diri menuju ke negara jiran melalui perairan yang dikenali sebagai Alice Reef yang terletak di antara Malaysia dan Filipina.

Pasukan keselamatan terus mengejar kumpulan terbabit sehingga penjenayah itu meloloskan diri memasuki kawasan dikenali Saluag yang terletak berhampiran Pulau Sibutu, Filipina.

Keadaan itu menyebabkan pasukan keselamatan negara tidak dapat mengejar penculik itu kerana kedudukannya juga terletak berdekatan dengan perkampungan rakyat di negara itu.

Hasil siasatan awal mendapati empat daripada kumpulan penculik itu berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang lagi berusia 50-an.

Setakat ini, pihak polis menahan 19 pekerja di pusat ternakan itu yang terdiri daripada 11 pekerja Filipina berketurunan Suluk dan lapan lagi warga Indonesia.

Malah, pihak polis juga tidak menolak kemungkinan kejadian itu didalangi oleh orang dalam berdasarkan kepada kes penculikan yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan.

Tingkatkan keselamatan

Pada 2 April lalu, seorang pelajar warga China, Gao Huayun, 29, dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata yang menceroboh Singamata Reef Resort di perairan Semporna.

Kedua-dua mangsa dilarikan sekumpulan lelaki bertopeng dan berbaju hitam menggunakan sebuah bot laju.

Kekerapan insiden penculikan yang berlaku itu menyebabkan pelancong hilang keyakinan mengunjungi Sabah, seterusnya menjejaskan industri pelancongan.

Sementara itu, seorang penganalisis jenayah, S. Jeevan memberitahu, kerajaan perlu mencari cara terbaharu dalam meningkatkan tahap keselamatan di sempadan.

"Insiden penculikan yang berlaku di Sabah itu dikhuatiri bakal mengakibatkan produktiviti pelancongan menurun dan terjejas.

"Ini kerana pelancong akan berpendapat yang negara kita tidak selamat untuk dilawati apatah lagi selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu pada tahun lalu," katanya.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Sabah, Tonny Chew, dipetik berkata, dua insiden dalam tempoh sebulan di Semporna dan Lahad Datu itu bukan sahaja menjejaskan imej Sabah, malah dikhuatiri menjejaskan kedatangan pelabur.

"Belum pun kes culik di Semporna selesai, berlaku pula penculikan di Pulau Baik.

"Kejadian ini perlu segera ditangani termasuk memperhebat kawalan keselamatan kerana kekerapan insiden penculikan menjejaskan keyakinan pelancong," ujarnya.

Tony juga tidak menafikan kemungkinan ada pelancong khususnya dari China bakal membatalkan kunjungan ke Sabah susulan kes terbaharu itu.

Watak kartun atas pinggan

Posted:

Watak kartun atas pinggan

Watak kartun atas pinggan

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my


SAMANTHA mendapat inspirasi untuk menghasilkan seni hiasan makanan menerusi kaedah pembuatan bento.


NASI yang siap ditanak dikepal-kepal wanita itu sehingga menjadi bentuk bulat sebelum diletakkan di atas sebuah pinggan di hadapannya.

"Ketika panas, nasi masih lembut dan lebih mudah dibentuk," ujarnya ringkas.

Penerangan yang diberikan artis seni hiasan makanan, Samantha Lee, 37, itu lantas dicatat kru Jurnal dalam buku nota.

Apa tidaknya, ketika mata menatap satu-satu gambar seni hiasan makanan yang dihasilkan wanita itu di laman Instagramnya, timbul pelbagai persoalan tentang bagaimana dia mampu menghasilkan seni tersebut.

Kotak kayu

Seterusnya, Samantha mengambil beberapa keping daun salad lalu diletakkan di atas pinggan di samping nasi tadi untuk memberi ilusi rambut afro.

Kepingan rumpai laut pula digunting untuk dibuat bentuk mata dan mulut manakala tomato ceri dibelah dua dan diletakkan di tengah-tengah nasi bagi membentuk hidung.

Dalam masa tidak sampai 10 minit, bahan-bahan tadi bersatu bagi membentuk wajah badut.

"Telur dadar ini pula dipotong dalam bentuk segi tiga dan dijadikan topi. Anda juga boleh menggunakan bahan lain mengikut kreativiti masing-masing," katanya.

Cerita Samantha, dia mula berjinak-jinak dalam seni hiasan makanan kira-kira enam tahun lalu.

Semuanya bermula apabila dia mempelajari teknik pembuatan makanan tradisional Jepun yang dikenali sebagai bento.

Bento merujuk kepada bekas berupa bekal yang diperbuat daripada kotak kayu yang digunakan oleh kaum ibu di Negara Matahari Terbit itu untuk menyimpan makanan.


WATAK penyanyi Korea, Psy diolah menjadi seni hiasan makanan.


Menariknya, bento bukan sekadar bekal makanan biasa, sebaliknya disediakan dengan cara menarik, kreatif dan penuh khasiat.

Kata Samantha, kaedah pembuatan bento yang unik telah memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan watak kartun dalam hidangan anak-anaknya.

"Ketika itu, saya sarat mengandung anak kedua. Jadi, saya hasilkan juadah dalam pelbagai watak menarik bagi menggalakkan anak sulung saya makan tanpa perlu disuap. Malah, waktu makan mereka juga menjadi lebih menyeronokkan dengan gaya hidangan sebegini," ujarnya.

Ternyata seni kulinari memberi tuah kepada Samantha apabila graf populariti wanita yang berasal dari Klang, Selangor itu melonjak sementelah laman Instagram miliknya mendapat sambutan sehingga mencapai hampir setengah juta pengikut.

"Selepas menyiapkan hasil kerja tangan ini, saya akan ambil gambar dan memuat naik ke laman Instagram. Saya tidak menyangka jumlah pengikut saya semakin bertambah dari hari ke hari sehingga saat ini," katanya yang mempunyai kira-kira 495,000 pengikut.

Berkhasiat

Samantha memberitahu, biasanya, dia menggunakan bahan-bahan seperti nasi, roti, pasta, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghasilkan karya seni tersebut.

JUADAH yang dihidangkan bukan sahaja cantik malah berkhasiat.


"Bahan-bahan yang segar dan beraneka warna menjadikan hasil seni ini tampak lebih menarik. Rasanya juga lebih enak," ujarnya.

Dia turut memastikan hidangan yang disediakan mempunyai khasiat seperti karbohidrat, protein, serat dan zat mineral yang mencukupi.

Tambahnya, dia juga tidak menggunakan peralatan dapur memasak yang mahal sebaliknya hanya menggunakan barangan seperti pencungkil gigi, pisau dan gunting untuk menghasilkan bentuk yang diingini.

Bertutur lanjut, ibu muda itu menambah, dia hanya mengambil masa antara 10 minit hingga satu jam untuk menghasilkan karya seni berkenaan.

"Saya akan lakar watak yang diingini terlebih dahulu di atas kertas bagi mengelakkan pembaziran makanan.

"Dengan cara ini, saya dapat kenal pasti bahan yang ingin digunakan selain dapat menjimatkan masa memasak," katanya.

Setakat ini, Samantha telah menghasilkan watak-watak seperti Snoopy, Red Riding Hood, Batman, Hello Kitty, Princess Elsa dalam filem animasi Frozen dan banyak lagi.

"Saya juga mengolah makanan tadi untuk membentuk seni hiasan makanan dalam bentuk figura popular seperti Psy yang popular menerusi lagu Gangnam Style, penyanyi Lady Gaga dan Bruno Mars, pemain bola sepak Lionel Messi, dan tokoh pemikir Albert Einstein," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat