Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Calon ketua cabang dakwa MB amal politik wang Posted: 10 May 2014 11:29 PM PDT KUALA SELANGOR 11 Mei - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor yang berlangsung hari ini disifatkan tidak bersih apabila para pengundi didakwa dipengaruhi oleh politik wang. Calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam mendakwa perkara itu berlaku di Jeram apabila calon lawannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi pegawainya memberikan wang RM50 kepada ahli PKR untuk mengundi Menteri Besar itu. "Saya ada bukti, saya ada rakaman. Mereka (pihak Abdul Khalid) beri duit (kepada ahli). RM30 untuk mengundi jawatan pusat, RM20 untuk mengundi cabang. "Dulu kita kata BN (Barisan Nasional) main duit, sekarang beliau sendiri yang buat seperti itu. Saya minta JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) supaya mengambil tindakan secepat mungkin," katanya. - UTUSAN ONLINE |
Ahli dakwa proses undi tidak telus Posted: 10 May 2014 11:03 PM PDT KUALA LUMPUR 11 Mei - Ketelusan sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak dipertikai apabila beberapa ahli mula mengemukakan bantahan terhadap perjalanan proses pengundian yang didakwa tidak telus. Wakil calon, Salmah Abdul Rasit, 57 berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian proses memangkah calon yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membantu pengundi termasuk petugas dan pemerhati luar di pusat mengundi. "Jika cara ini yang diamalkan dalam proses pengundian, sudah tentu akan mempengaruhi pemilihan calon yang dibuat pengundi. "Tidak mustahil pembantu yang menolong mereka akan menunjukkan calon mana yang pengundi perlu pangkah dengan mengambil peluang untuk meraih undi calon yang mereka sokong," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |