Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Misi pemuliharaan hutan negara Posted: Misi pemuliharaan hutan negaraOleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA SHARIFFA (lima daripada kanan) bersama ahli-ahli SAM sewaktu meninjau sebuah kawasan hutan simpan untuk aktiviti pemuliharaan. KEKECEWAAN hampir 300 pendaki dari seluruh dunia yang tidak dapat melunaskan impian untuk menakluki puncak Everest turut dirasai oleh kumpulan ekspedisi dari Malaysia. Musim pendakian tahun ini, turut disertai seramai 10 mahasiswa dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu di bawah Misi Perdana UTM Everest 2014 (MPUTME 2014). Namun, peristiwa hitam yang meragut 16 orang Sherpa ketika melalui Khumbu Icefall mengakibatkan semua misi tahun ini terpaksa ditangguhkan. Bagi menghormati mangsa yang terlibat, pasukan MPUTME 2014 turut mengambil keputusan sama. "Bagaimanapun, kami tetap bersemangat untuk meneruskan misi ini pada tahun depan mengikut tarikh yang akan ditentukan kelak," kongsi Ketua Ekspedisi, Azim Afif Ishak, 24. Mereka berada di sana beberapa minggu lagi bagi mengadakan latihan persediaan pendakian akan datang. Lima pendaki itu ialah Anis Zulaikha Zabani, 23, Nur Fadzillah Nawawi, 21, Mohammad Syafiq Ab. Rashid, 21, Siti Norizati Azmi, 21, dan Azim Afif manakala bakinya merupakan pasukan sokongan. Menceritakan peristiwa yang berlaku pada bulan lalu itu, Azim Afif yang dihubungi menerusi e-mel memberitahu, berita kematian tersebut diterima ketika mereka berada di Kem Induk Lobuche dalam persediaan mendaki Puncak Lobuche di ketinggian 6,119 meter dari paras laut. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan dengan jarak antara tiga hingga empat kilometer dari kem UTM di Kem Induk Everest (EBC). Berlaku situasi tegang antara peserta dan operator kerana terdapat kumpulan yang masih mahu meneruskan ekspedisi berikutan telah melabur jumlah wang yang banyak. "Tiada rusuhan cuma sekumpulan Sherpa berkumpul bagi mendesak pemberhentian musim mendaki kali ini sebagai menghormati rakan mereka," kata pelajar jurusan Sains Komputer itu lagi. AKTIVITI penanaman pokok baharu perlu dilakukan secara berterusan bagi mengembalikan fungsi hutan. Kerajaan Nepal memberikan pampasan kepada keluarga mangsa manakala permit pendaki akan dilanjutkan dalam tempoh masa lima tahun seterusnya. Tambahnya, desakan tersebut tidak berlaku kepada syarikat yang diupah oleh pasukan MPUTME 2014 iaitu Ever Quest Expedition Private Limited kerana jumlah Sherpa mereka seramai 10 orang masih mencukupi. Ketua Sherpa MPUTME 2014, Jyamchang Bhote merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam selok-belok pendakian Everest dengan rekod pendakian ke puncak tertinggi sebanyak lima kali. "Tetapi keputusan penangguhan terpaksa diambil atas dasar jumlah Sherpa yang berkurangan secara keseluruhan selain faktor-faktor keselamatan," jelas Azim Afif. Implikasi Penangguhan itu juga memberi implikasi kepada kru NBC News yang bercadang membuat penggambaran bertajuk Everest Flying Man. Ia akan merakamkan detik-detik cemas seorang lelaki membuat penerjunan dari puncak Gunung Everest. Peralatan penggambaran telah tiba pada 17 April lalu. Selepas menerima arahan penutupan, syarikat produksi dari Amerika Syarikat itu terpaksa membatalkan projek bernilai bilion ringgit tersebut. Lokasi kejadian di Khumbu Icefall sememangnya diakui sangat berbahaya tetapi ia merupakan satu-satunya laluan yang dipersetujui oleh Sagarmatha Polution Control Community (SPCC) untuk digunakan pendaki. "Runtuhan di Khumbu Icefalll adalah ketulan ais glasier yang tergantung, bukannya kepulan salji biasa. Disebabkan itu, semua Sherpa dan pendaki dinasihatkan kurang melakukan pergerakan ketika melalui Khumbu Icefall. "Selain itu, kami juga hanya dibenarkan melaluinya sebanyak dua kali semasa adaptasi ketinggian dan pendakian sebenar ke puncak Everest," jelasnya. Pada masa sama, dia turut bersetuju dengan peranan yang diberikan oleh Sherpa kerana khidmat mereka amat penting dalam sesuatu misi. "Khidmat yang diberikan oleh kumpulan Sherpa amat diperlukan bagi membantu kejayaan misi ekspedisi," ujar Azim Afif. Keberadaan para pendaki MPUTME 2014 di gunung tersebut juga adalah untuk menjalankan beberapa kajian seperti udara dingin yang dikelilingi suasana putih bersalji, penyakit akut ketinggian (AMS) dan penyebab kepada punca penyakit bagi pendaki gunung. - HAFIZ AHMAD |
Membelanjakan harta mengikut syariat Posted: Membelanjakan harta mengikut syariatRASULULLAH SAW menggalakkan wanita yang bergelar isteri untuk menguruskan kerja-kerja rumah seperti memasak kerana pahalanya yang besar. - Gambar hiasan TANGGUNGJAWAB dalam rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Oleh sebab itu, Islam telah meletakkan pembahagian tugas antara lelaki dan wanita bersesuaian dengan tabi'i kejadian kerana Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya. Dalam kehidupan berumahtangga, sebagaimana yang telah dibincangkan pada minggu-minggu yang lepas, suami menanggung nafkah keluarga sebagai satu syariat dan tanggungjawab. Isteri juga hendaklah menjaga harta suaminya dan bertindak sebagai pentadbir dalam membelanjakan harta. Isteri tidak boleh membelanjakan atau memberikan harta kepada orang lain kecuali dengan izin dan reda suaminya. Peraturan ini mencerminkan peranan isteri dalam menjaga amanah mentadbir urusan rumah tangga terhadap perkara yang bukan miliknya. Sabda Rasulullah SAW: "Seorang perempuan tidak boleh membelanjakan sesuatu dari harta suaminya kecuali dengan izinnya walaupun ia berupa makanan." Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah SAW menegah seorang perempuan memberi hadiah dari harta suaminya kepada orang lain tanpa mendapat izin daripada suaminya. Isteri juga hendaklah membelanjakan hartanya sendiri pada waktu kesempitan dan bersabar jika ia tidak mempunyai harta walaupun dari sudut hukumnya, isteri boleh menuntut fasakh jika suami tidak mampu membayar nafkah. Sabda Rasulullah SAW lagi: "Hendaklah kamu (isteri) berbelanja walaupun daripada perhiasan kamu." Isteri hendaklah bertanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga dan menguruskan anak-anak. Kerja-kerja ini telah dilakukan oleh wanita-wanita Islam terdahulu. Namun begitu, keengganan isteri untuk memasak dan melakukan kerja-kerja rumah tidaklah boleh dianggap sebagai nusyuz. Bagaimanapun Rasulullah SAW menggalakkan isteri sendiri menguruskan kerja-kerja rumah walaupun ia berhak mendapat pembantu rumah. Baginda sendiri menyuruh anaknya Fatimah melakukan kerja rumah apabila Fatimah datang mengadu kepadanya untuk mendapatkan seorang khadam. Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah dalam hadis yang masyhur: "Mahukah aku tunjukkan satu perkara yang lebih baik daripada seorang khadam? Bertasbihlah kepada Allah 33 kali, memuji Allah iaitu menyebut Alhamdulillah 33 kali dan membesarkan Allah iaitu menyebut Allahu Akbar 33 kali. Itu adalah lebih baik daripada seorang khadam." Perbincangan di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam rumah tangga, matlamat yang paling utama ialah mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT. Walaupun Islam telah menggariskan hak-hak tertentu yang boleh dituntut, tetapi sikap toleransi dan bantu-membantu di atas dasar keimanan dan ketaqwaan sahaja dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga. |
UMCARES lancar Kelab Sahabat UM Posted: UMCARES lancar Kelab Sahabat UMABDUL AZIZ (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat sebagai ahli Kelab Sahabat UM di Petaling Jaya baru-baru ini. BAGI memudahkan penyelarasan aktiviti antara Universiti Malaya (UM) dengan pihak sekolah, Pusat Jaringan Masyarakat & Industri UM (UMCARES) yang sebelum ini dikenali sebagai Citra mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Sahabat UM. Dilancarkan secara rasmi pada 3 April lalu, objektif penubuhan kelab ini adalah untuk menyelaraskan segala aktiviti yang melibatkan pihak sekolah dengan UM di samping mewujudkan hubungan baik dengan mereka. Pengarah UMCARES, Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, secara tidak langsung melalui kelab ini, ia mampu menarik minat para pelajar sekolah untuk melanjutkan pengajian di UM selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia kelak. "Sebagai permulaan, sebanyak 18 buah sekolah telah terpilih menyertai Kelab Sahabat UM. Ia terdiri daripada 11 buah sekolah menengah dan tujuh sekolah rendah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. "Saya berharap agar guru-guru dapat memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program-program yang telah dirancang oleh pihak UM sekali gus berupaya meningkatkan prestasi sekolah," ujar Abdul Aziz ketika merasmikan pelancaran kelab tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya, Selangor. Majlis perasmian pada 3 April 2014 lalu bertempat di SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya. Turut hadir ialah wakil Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Shafizul Abdullah. Sekolah yang terlibat ialah SMK Victoria, SMK (L) Methodist, SAM Bestari, SMK Damansara Utama, SMK Seri Bintang Utara, SMK Khatolik Selangor, SMK Damansara Jaya, SMK Bandar Utama Damansara Utama 3, SMK Bukit Bandaraya, SMK Seri Pantai, SMK Sultan Abdul Samad bagi kategori sekolah menengah. Sementara itu, sekolah rendah pula terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jalan Davidson, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah, SK Convent2 Bukit Nanas, SK Bukit Bandaraya, SK Bangsar, SK Bukit Pantai, dan SJK (Tamil) Saraswathy. Dalam pada itu, Pengurus Kemasyarakatan UMCARES, Serina Rahman memberitahu, sebagai permulaan Kelab Sahabat UM hanya melibatkan penyertaan sekolah di sekolah Universiti Malaya. Bagaimanapun katanya, pihak UMCARES bercadang untuk mengembangkan kelab ini ke sekolah-sekolah di luar Kuala Lumpur dan Selangor agar manfaat boleh dikongsi secara luas. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |