Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- MAS peruntuk AS$50,000 sebagai pendahuluan pampasan kepada keluarga penumpang
- Pandelela, Mun Yee raih gangsa pada Siri Dunia di Moscow
- Kelewatan empat jam aktifkan sistem menyelamat MH370 akan ditentu panel bebas
MAS peruntuk AS$50,000 sebagai pendahuluan pampasan kepada keluarga penumpang Posted: MAS peruntuk AS$50,000 sebagai pendahuluan pampasan kepada keluarga penumpang02/05/2014 9:39pm BEIJING - Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuk sejumlah AS$50,000 kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan. Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka. Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu. "Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya. Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka. Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. - Bernama |
Pandelela, Mun Yee raih gangsa pada Siri Dunia di Moscow Posted: Pandelela, Mun Yee raih gangsa pada Siri Dunia di Moscow02/05/2014 9:37pm KUALA LUMPUR - Penerjun negara Pandelela dan Leong Mun Yee berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama pada pusingan keempat Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 di Moscow, Russia, hari ini. Gandingan negara itu, yang gagal memburu pingat pada pusingan ketiga di London, Isnin lepas, meraih 310.26 mata untuk menduduki tempat ketiga, menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) www.fina.org. Gandingan emas Sukan Olimpik London 2012, Chen Ruolin dan Liu Huixia dari China terus menguasai acara itu selepas mengumpul 332.28 mata diikuti pasangan Korea Utara, Choe Kyong Un dan Song Nam Hyang dengan 314.82 mata untuk pingat perak. Dalam pada itu, dua lagi pasangan negara - Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman akan bersaing dalam acara tiga meter papan anjal seirama lelaki serta pasangan Cheong Jun Hoong dan Ng Yan Yee dalam acara sama kategori wanita, lewat hari ini. - Bernama |
Kelewatan empat jam aktifkan sistem menyelamat MH370 akan ditentu panel bebas Posted: Kelewatan empat jam aktifkan sistem menyelamat MH370 akan ditentu panel bebas02/05/2014 9:36pm KUALA LUMPUR - Panel Penyiasat Bebas Antarabangsa akan menentukan punca sebenar kelewatan selama empat jam untuk mengaktifkan sistem menyelamat Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) selepas pesawat itu hilang dari radar pada 1.21 pagi 8 Mac lepas. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel bebas itu dianggotai pakar penerbangan dari seluruh dunia yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Kok Soo Chon. "Biarlah badan bebas ini mengkaji dan meneliti dahulu kerana insiden MH370 dengan Air France 447 adalah dua perkara yang berbeza. "Seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebut, ada perkara yang Malaysia lakukan dengan baik, ada perkara yang boleh kita lakukan dengan lebih baik," katanya dalam sidang media berkaitan MH370 di sini hari ini. Beliau berkata, jika terdapat maklum balas daripada panel bebas berkenaan, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |