Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Mayat warga emas ditemui mati tertiarap bersama pukat
- Mayat murid tahun empat lemas ditemui di Empangan Ulu Perting
- Letupan besar dalam terowong di bawah pusat pemeriksaan bunuh 30 tentera Syria: NGO
Mayat warga emas ditemui mati tertiarap bersama pukat Posted: Mayat warga emas ditemui mati tertiarap bersama pukat06/05/2014 10:09pm KUANTAN - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terdampar bersama pukat di tepi Pantai Leban Chondong, Kuala Rompin dekat Rompin petang semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat warga emas itu, Dermawi Zulkurnain, 71, ditemui oleh seorang lelaki berusia 26 tahun yang lalu di situ kira-kira pukul 6 petang semalam. "Mangsa yang tinggal di Kampung Bangkong Kuala Rompin itu ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira 10 meter dari pantai bersama jaring pukat ikan dengan dua pelampung. Pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan calar pada pipi kiri mangsa," katanya. Tambahnya, menurut isteri mangsa, Ramlah Saleh, 60an, mangsa keluar dari rumah dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7 pagi semalam menuju ke pantai itu untuk memukat ikan. "Mangsa yang selalu memukat ikan seorang diri itu turut mengidap sakit jantung dan lelah. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Rompin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama |
Mayat murid tahun empat lemas ditemui di Empangan Ulu Perting Posted: Mayat murid tahun empat lemas ditemui di Empangan Ulu Perting06/05/2014 10:05pm KUANTAN - Mayat murid lelaki tahun empat, Ngai Ji Hong, 10, yang lemas semasa mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang dekat Ulu Perting, Bentong petang semalam berjaya ditemui pagi tadi oleh pasukan penyelamat. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Anuar Hassan berkata, mayat ditemui tenggelam di dasar sungai berkenaan berhampiran Empangan Ulu Perting kira-kira pukul 10.29 pagi. "Sebaik ditemui mayat mangsa itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Murid Sekolah Kebangsaan Perting, Bentong itu yang sepatutnya menghadiri kelas tuisyen dipercayai mandi di sungai berkenaan bersama rakannya sebelum didapati hilang di antara pukul 2 hingga 3 petang semalam. Sementara itu katanya, usaha mencari seorang lagi mangsa, Sean Ng, 15, yang dikhuatiri lemas pada Sabtu lepas di Air Terjun Gapoi kira-kira 22 kilometer dari Perkampungan Orang Asli Telemong dekat Bentong masih diteruskan. Pelajar tingkatan tiga berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu berkelah di situ bersama 11 rakannya dan didapati hilang semasa mandi di air terjun itu pada pukul 3 petang. - Bernama |
Letupan besar dalam terowong di bawah pusat pemeriksaan bunuh 30 tentera Syria: NGO Posted: Letupan besar dalam terowong di bawah pusat pemeriksaan bunuh 30 tentera Syria: NGO06/05/2014 9:58pm BEIRUT - Sekurang-kurangnya 30 tentera Syria di sebuah pusat pemeriksaan terbunuh akibat letupan bom dari dalam terowong yang dikorek kumpulan penentang kerajaan sejak berminggu-minggu lamanya, lapor pihak pemerhati hari ini. Sekitar 30 tentera rejim terbunuh dalam satu letupan pada hari Isnin (semalam) menggunakan beberapa tong bahan letupan dalam sebuah terowong di bawah pusat pemeriksaan di timur laut bandar Maaret al-Numan," kata kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria. Video yang disiarkan oleh puak penentang kerajaan, Islamic Front, menyiarkan visual kesan letupan dahsyat itu dengan permukaan tanah yang terbelah sehingga menghamburkan debu setinggi beberapa meter ke udara. Puak penentang di wilayah Idlib memberitahu AFP melalui internet bahawa 60 orang anggotanya telah menghabiskan masa selam 50 hari untuk menggali terowong berkenaan. Selepas letupan, penyerang menyerang pusat pemeriksaan yang mempunyai tiga bangunan itu. Terowong sebegitu lazim digunakan pejuang penentang rejim sebagai laluan untuk menyerang kemudahan kerajaan selain memasang bahan letupan di bawah pusat pemeriksaan serta ibu pejabat pemerintah. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |