{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Tarik balik sijil halal jika pengeluar tidak patuh - PPIM

Posted: 24 May 2014 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Mei - Tarik balik sijil halal, hantar sampel setiap bulan dan penyiasatan serta penguatkuasaan lebih tegas adalah antara tindakan yang dicadang persatuan pengguna terhadap pengeluar dan peniaga yang mengambil kesempatan menjual produk mengandungi bahan tidak halal kepada umat Islam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu pengeluar dan peniaga menjual produk mengandungi bahan haram bersama produk halal perlu dipandang serius kerana ia melibatkan 60 peratus pengguna Islam negara ini.

"Kita minta pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), supaya sentiasa memantau produk yang diberi sijil halal kerana ada pengeluar membawa produk yang sama mengandungi bahan tidak halal," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

50 peratus petani, nelayan bebas orang tengah menjelang 2020

Posted: 24 May 2014 02:36 AM PDT

IPOH 24 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan sebanyak 50 peratus petani dan nelayan dapat membebaskan diri daripada orang tengah menerusi program Jihad Memerangi Orang Tengah Bagi Subsektor Sayur, Buah, Perikanan dan Padi, menjelang tahun 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan program yang mempunyai pelbagai inisiatif itu dapat mengurangkan golongan petani dan nelayan daripada belenggu orang tengah yang mengaut keuntungan daripada hasil jualan mereka.

"Saya tak boleh katakan orang tengah ini boleh dihapuskan terus. Kita tidak boleh memaksa nelayan dan petani memilih alternatif yang kerajaan berikan kerana sesetengah mereka rasa selesa dengan orang tengah. Untuk keluarkan mereka daripada dibelenggu orang tengah ini memakan masa," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Jihad Memerangi Orang Tengah Subsektor Sayur dan Buah di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Pengerusi Tekun Nasional Datuk Hamidah Osman. - BERNAMA

Sebanyak 23 Pusat Internet 1Malaysia diwujudkan di Perak

Posted: 24 May 2014 02:25 AM PDT

TELUK INTAN 24 Mei - Sebanyak 23 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah diwujudkan di seluruh Perak bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat (IT) penduduk terutama masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata terdapat lebih 300 P1M di seluruh negara.

"Untuk Teluk Intan ada satu PI1M yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat berkenaan di Kampung Selabak di sini, hari ini.

Beliau berkata pusat yang diwujudkan itu dapat memudahkan penduduk setempat mendapat akses internet. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar