{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Admin

Utusan Online - Hiburan


Iqram Dinzly harap cerita hubungan songsang dihentikan

Posted: 26 May 2014 11:24 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pelakon Iqram Dinzly, 33, berharap agar kisah hubungan songsang yang dikaitkan dengan dirinya dapat dihentikan segera.

Menurut Iqram, kisah tersebut tidak benar dan turut membabitkan rakannya, dia takut ia akan memberi kesan kepada rakannya itu nanti.

"Tidak adil untuk rakan saya terpalit sama dalam cerita tidak betul ini, saya mungkin seorang artis tetapi dia hanya pelajar di sana.

"Saya takut dia akan dikenakan sebarang tindakan pula. Jujur, rakan saya itu mempunyai seorang teman wanita jadi macam mana blog itu boleh laporkan kisah ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Berseloroh memberitahu dia masih meminati wanita, jelas Iqram lagi, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas individu yang menyebarkan perbualan dalam aplikasi WhatsApp tersebut, baru-baru ini.

"Siapa tidak mahu kahwin, cuma jodoh itu belum sampai. Saya memang minat wanita.

"Saya harap sesiapa juga yang cuba menjatuhkan saya itu tahu bahawa setiap kelakuan kita akan mendapat balasan. Jadi saya harap dia tahu apa yang dia buat ke atas saya kini mungkin akan berlaku ke atas dia atau orang terdekat dia," katanya. - UTUSAN ONLINE

Bebas tanpa kongkongan Astro

Posted: 27 May 2014 12:47 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOR
Tajaan pakaian oleh FB dan IG InspiredByHim

GERANGAN pemilik nama Azri Abdullah, 27, mungkin tidak dikenali ramai. Bagaimanapun, apabila menyebut Azri yang lahir daripada Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) yang dijuarai Hazama Azmi, kita dapat membayangkan susuk tubuh sedikit gempal milik si empunya diri.

Bagaimanapun, itu adalah kisah tiga tahun lalu ketika Azri mula meniti langkah untuk membina nama dalam industri muzik tempatan walaupun melalui platform yang disifatkan sebagai bakat 'mi segera'.

Terikat dengan pengurusan Astro sejurus menamatkan persaingan AF9 di tempat ke-empat, perjanjian yang asalnya selama tiga tahun itu, akhirnya terlerai dalam tempoh setahun, hasil perbincangan dan persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak.

Ketika hadir untuk sesi fotografi bagi menghias kulit Hits di Studio Utusan baru-baru ini, Azri memberitahu bahawa penarikan dirinya daripada pihak pengurusan tersebut bukanlah disebabkan timbul sebarang isu yang serius, bahkan atas dasar suka sama suka.

Memahami permintaan peminat semasa yang tidak menyebelahi dirinya berbanding artis AF lain yang berada di bawah naungan sama, Azri memilih haluan sendiri untuk mengatur langkah seninya sendirian.

Maka, pada tanggal 9 Mac lalu, penubuhan EyeCon Entertainment Sdn. Bhd. (EyeCon), syarikat pengurusan milik sendiri mula termaktub bagi mengendalikan perjalanan karier anak kelahiran Klang, Selangor ini.

Lebih fokus

Tidak jauh peranannya seperti pengurusan Astro dalam mengurus dan mengatur jadual seni, cuma yang membezakannya adalah EyeCon hanya tertumpu kepada aktiviti Azri seorang sahaja.

Menurut jejaka berbintang Aries ini, dengan wujudnya EyeCon, ia memudahkan dirinya untuk lebih fokus membina kerjaya seninya tanpa ada gangguan luar yang mengacau konsentrasinya.

Jika dahulu, semuanya bergantung kepada pihak Astro yang gigih mencari peluang untuk mengetengahkan saya dan pada masa yang sama, kena bersaing dengan rakan-rakan AF yang lain.

Saya faham, apabila ada terlalu ramai artis untuk diuruskan, sedikit demi sedikit ada kelemahan yang timbul. Tetapi saya reda kerana memahami industri kita ini ada demand tertentu.

Sebabkan itulah, saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri supaya fleksibiliti itu ada bagi memudahkan saya menerima undangan nyanyian," katanya kepada Hits.

Kini, di bawah pengurusannya itu, Azri mampu berbangga apabila single ketiganya, Mahadewi yang dihasilkan awal tahun lalu ciptaan komposer Adah Kahir telah mula kedengaran di corong-corong radio tempatan.

Selepas tampil dengan single Niskala dan Amarah yang muziknya lebih 'keras' sebelum ini, Azri menjelaskan bahawa Mahadewi 'dilembutkan' sedikit mengikut trend semasa yang dilihat lebih menjurus ke arah balada pop, bukannya pop rock.

Walaupun dua lagu terdahulu tidak begitu menepati citarasa peminat sekarang sekalipun dihasilkan oleh komposer berbakat, saya tidak putus harap untuk mendapatkan lagu yang lebih baik.

Alhamdulillah, Mahadewi mampu membuatkan saya tersenyum walaupun lagu ini belum diterima secara meluas. Saya tidak kisah untuk belajar bertatih dahulu, sebelum kemudiannya berjalan dan terus berlari.

Sering dicop sebagai klon Faizal Tahir dek kerana vokalnya yang mirip penyanyi terkenal itu, Azri akui dia perlu memperbaiki penampilannya dengan mencari kelainan yang membolehkan bayang-bayang tersebut lari daripada dirinya.

Faizal Tahir adalah antara penyanyi yang saya kagumi karyanya dan amat meminati genre yang dibawa. Dan secara kebetulan, suara saya sama dengannya ketika menyanyi.

Saya bukan meniru cara nyanyiannya kerana suara ketika bercakap juga tidak jauh bezanya. Ini adalah ketentuan yang diberikan Allah, yang tak mampu saya nak ubah apa-apa," jelasnya yang sedikit kecewa dengan persepsi tersebut.

Pun begitu, menyedari bahawa peminat muzik sukar menerima hakikat tersebut, Azri gigih berusaha untuk membezakan penampilannya dengan persembahan emosi berlainan di atas pentas.

Bab suara saya tidak boleh ubah. Tetapi saya cuba beri kelainan dari segi emosi dan penghayatan. Sebab apa yang pasti, jiwa dan perasaan setiap orang ada perbezaannya," ujarnya yang mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan beberapa tahun lalu.

Imej baharu

Di samping membuang jenama AF di belakang namanya dan memperkenalkan nama komersial Azri Abdullah, dia turut memperbaharui imejnya dengan gaya penampilan yang lebih maskulin.

Sebelum ini ketika menyertai AF9, sosok tubuhnya sedikit berisi sehingga mencecah 78 kilogram, tetapi kini Azri berbangga kerana tumpah keringatnya di gimnasium berbaloi apabila berjaya mendapatkan figura badan yang ideal.

Lebih setahun saya berulang alik ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Sebagai selebriti, rasanya ini langkah pemasaran paling proaktif. Ini diri saya yang baharu," jelasnya yang telah menghilangkan berat sehingga 10 kilogram.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar