{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Admin

Utusan Online - Jenayah


Bas bawa 45 penumpang jatuh gaung di Wang Kelian

Posted: 24 May 2014 10:35 PM PDT

KANGAR 25 Mei - Sebuah bas membawa 45 penumpang termasuk pemandu

terbabas ke dalam gaung di laluan berbukit di Wang Kelian, hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perlis, Mohd Fadzil Haroon berkata tiada

kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu.

Penumpang bas pelancong dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu terdiri daripada

33 wanita, enam lelaki dan lima kanak-kanak, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan

sebagai pesakit luar. - BERNAMA

Masalah keluarga motif utama

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

AZMAN Ayob menunjukkan pisau berukuran 20 sentimeter yang digunakan suspek untuk menikam mangsa dalam sidang akhbar di Muar, Johor, semalam.

MUAR 24 Mei - Masalah keluarga dan hak penjagaan anak dipercayai motif utama seorang lelaki mati ditikam dalam satu pergaduhan melibatkan sebuah keluarga di sebuah rumah teres di Jalan Kim Kee, di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mangsa, Lim Wei Kuan, 34, yang ditemui mati berlumuran darah akibat ditikam dengan sebilah pisau sebelum itu bergaduh dengan isterinya sebelum ibu bapa mentua dan adik ipar serta jirannya masuk campur.

"Mangsa dikatakan menyerang adik ipar dan bapa mentuanya dengan sebilah pedang samurai sepanjang hampir satu meter. Adik ipar mangsa kemudian bertindak balas lalu menikamnya dengan sebilah pisau berukuran 20 sentimeter sebanyak dua kali di bahagian dada sebelah kiri, dada kanan (2), leher (1) dan belakang badan (1).

"Punca kematian disebabkan satu tikaman di bahagian belakang yang mengenai bahagian bawah paru-paru kiri dan menyebabkan banyak pendarahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam semalam, mangsa ditemui mati dalam satu pergaduhan.

Turut terkena tikaman ialah bapa mentuanya yang kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Azman seterusnya berkata, berikutan itu, polis menahan isteri mangsa berusia 23 tahun, adik iparnya berusia 20 tahun, bapa dan ibu mentuanya berusia 60 dan 45 tahun serta jirannya untuk membantu siasatan.

"Adik ipar mangsa yang merupakan peniaga merupakan suspek utama serta mempunyai 10 rekod jenayah berkaitan memiliki, menagih dan mengedar dadah selain dikehendaki polis kerana bersangkut kes jenayah dadah dan memiliki barangan curi di daerah ini.

"Hasil ujian air kencing ke atas isteri mangsa pula mendapati wanita itu positif dadah jenis syabu. Pergaduhan tercetus apabila mangsa datang ke rumah itu menyatakan tidak puas hati kerana keluarga terbabit membuat laporan polis tentang hak penjagaan dua anaknya.

"Mangsa sudah dua tahun tinggal di Melaka dan sesekali datang melawat anaknya yang berusia satu serta tiga tahun dan mereka masih lagi pasangan suami isteri tetapi sering bergaduh," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa berada dalam pengaruh dadah.

"Kesemua mangsa direman sehingga 28 Mei ini manakala adik ipar mangsa sehingga 29 Mei ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar