{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Peratusan mengundi PRK Bukit Gelugor setakat 11 pagi sangat rendah

Posted: 24 May 2014 09:22 PM PDT

PULAU PINANG 25 Mei - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menyifatkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor setakat pukul 11 pagi ini sangat rendah.

Menurut beliau, setakat tempoh itu, hanya 19.95 peratus atau 16,418 orang daripada keseluruhan 82,431 pemilih keluar mengundi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di parlimen berkenaan menjalankan tanggungjawab masing-masing dan tidak menunggu saat-saat akhir untuk berbuat demikian bagi mengelak kesesakan. - UTUSAN ONLINE

Ahli DAP berkempen di pusat mengundi cetus kekecohan

Posted: 24 May 2014 09:13 PM PDT

PULAU PINANG 25 Mei - Kekecohan kecil berlaku di luar pusat mengundi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SJKC) Kong Min, Ayer Itam dekat sini, selepas penyokong DAP bertembung dengan penyokong Parti Cinta Malaysia (PCM).

Kejadian itu berlaku ketika calon PCM bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan yang meninjau proses pengundian menegur tindakan beberapa peraih undi DAP yang berkempen tanpa memakai uniform yang disyaratkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walau bagaimanapun, tindakan Cheng Guan itu menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong DAP yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh sehingga mencetuskan perang mulut.

Dalam pada itu, Cheng Guan berkata, tindakan peraih undi DAP berkempen dalam kawasan kurang 50 meter dari kawasan mengundi adalah melanggar akta pilihan raya.

Kita juga sangat kesal kerana ketika perkara ini dibangkitkan kepada ADUN berkenaan, dia hanya menjawab `so what? seolah-olah tidak takut kerana melanggar peraturan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat