{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Admin

Utusan Online - Jenayah


Pemandu teksi, isteri ditahan kes kanak-kanak mati didera

Posted: 26 May 2014 11:20 PM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR 27 Mei - Seorang pemandu teksi dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai akibat didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pasangan yang berusia 35 dan 31 tahun itu merupakan bapa tiri dan ibu mangsa ditahan pada pukul 5.30 petang semalam di rumah mereka di Tasek Permai, Ampang.

"Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa yang mempunyai kecederaan di beberapa bahagian badan kini berada di bahagian forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE

Habis

Kereta dibakar di kebun sawit dibawa ke balai

Posted: 26 May 2014 11:19 PM PDT

Oleh ANI AWANG

KEPALA BATAS 27 Mei - Kereta Toyota Wish yang ditemui disyaki dibakar kumpulan penjenayah dalam kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Ara Kuda petang semalam, di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, hampir 60 peratus bahagian dalam kenderaan itu terbakar. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar