Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Bangkai MH370 di kesan pantai Timur Vietnam Posted: 02 May 2014 10:16 AM PDT LONDON 3 Mei - Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 pada kedudukan 3,000 batu nautika daripada zon carian semasa ketika ini selepas menjejak imej pesawat itu menggunakan teknologi buatan sendiri yang diciptanya. Tim Akers, 56, berkata, imej serpihan berwarna merah yang dirakamkan satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari pesawat itu berlepas. Penemuannya itu sekali gus menyokong laporan bekas juruterbang Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand. Akers mendapat imej itu yang dihasilkan dari satelit Landsat 7, Nasa dan menggunakan perisian buatan sendiri bagi mendedahkan serpihan yang ditemui kepada beberapa bahagian yang berbeza melalui spektrum cahaya. - Agensi |
200 penumpang cedera, kereta api bertembung di Korea Selatan Posted: 02 May 2014 09:11 AM PDT SEOUL 2 Mei - Seramai 200 penumpang cedera selepas dua buah kereta api bawah tanah di Korea Selatan bertembung dalam satu kemalangan di pusat bandar Seoul semalam. Pihak berkuasa pusat bandar Korea Selatan di Seoul berkata bahawa sebuah kereta api telah melanggar belakang sebuah kereta api lain di stesen Sangwangsimni, namun tiada penumpang yang cedera parah. Katanya, kejadian itu berlaku semalam di sebuah stesen di timur bandar Seoul yang disebabkan oleh kegagalan fungsi sistem isyarat kereta api bawah tanah sekali gus menyebabkan jentera pengangkutan bawah tanah tersebut tergelincir dan bertembung. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |