Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Johor Land diminta bayar ganti rugi kepada 2 pembeli Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT Oleh Haniza Hassan TRIBUNAL Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) Zon Selatan memerintahkan sebuah syarikat pemaju perumahan membayar ganti rugi berjumlah RM16,123.29 kepada dua pembeli selepas gagal mengeluarkan notis pemilikan kosong kediaman mengikut tempoh dijanjikan. Presiden TPPS, Jamhirah Ali memerintahkan Johor Land Bhd. membayar ganti rugi masing-masing berjumlah RM8,126.14 dan RM7,997.15 dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah itu dikeluarkan ekoran kelewatan mengeluarkan notis itu selama 63 hari dan 62 hari. Ternyata keputusan yang dibuat Jamhirah itu memberi kelegaan kepada A. Devenderan, 36, yang menerima ganti rugi sebanyak RM8,126.14. Devenderan berkata, ekoran kelewatan tersebut, dia terpaksa menanggung kerugian akibat membayar sewa rumah sebanyak RM2,000 sebulan. Perjanjian jual beli rumah ditandatangani pada Disember 2011 dengan harga RM470,800 dan rumah itu sepatutnya siap dan diserahkan kepada pembeli dalam tempoh dua tahun. Namun berlaku sebaliknya apabila saya hanya menerima notis pemilikan pada Februari lalu. Malah pemaju juga tidak maklumkan lebih awal bahawa projek berkenaan mengalami kelewatan," katanya yang ditemui selepas prosiding, baru-baru ini. Dia yang bekerja sebagai ketua jabatan di sebuah syarikat swasta di Pasir Gudang berkata, walaupun notis diserahkan pada Februari lalu, namun dia tidak dapat berpindah ke kediaman teres dua tingkat itu ekoran terdapat banyak kerosakan. Saya bukan sahaja tidak dapat masuk ke rumah pada waktu dirancang, tetapi kini terpaksa memperuntukkan sebanyak RM4,200 untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman rumah ini sebanyak RM2,200," katanya. Seorang lagi penuntut ialah Nor Fadilah Mohamad Lutfi pula menerima RM7,997.15. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |