{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


TPM: Jentera BN jangan 'tidur'

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

Oleh SYUKRI SHAARI dan SAYED HESHAM IDRIS
utusanperak@utusan.com.my

MUHYIDDINYassin memperkenalkan Mah Siew Keong sebagai calon BN yang bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan di Teluk Intan, Perak, semalam. - BERNAMA

TELUK INTAN 17 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak `tidur' dan mendiamkan diri sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang bermula Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera parti perlu sentiasa bergerak dan bekerja sepanjang tempoh berkempen sehinggalah pada hari pengundian iaitu 31 Mei ini.

Katanya, BN berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan jumlah ahli parti yang bakal menggerakkan jentera sepanjang PRK nanti.

"Kita ada hampir 30,000 ahli daripada semua komponen BN di sini yang akan menggerakkan jentera. Kita mahu jentera ini berfungsi, kerja siang malam untuk memenangkan calon, jangan berdiam diri dan tidur.

"Saya diberitahu ada lebih 60,000 pengundi di Parlimen ini. Jadi, sekiranya seorang ahli jentera parti dapat tarik dua pengundi menyokong calon kita, sudah mencukupi untuk membolehkan BN merampas kembali kerusi Teluk Intan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis memperkenal Presiden parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN untuk PRK Teluk Intan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang merupakan Timbalan Pengerusi BN mengingatkan setiap ahli parti supaya mengelakkan perselisihan faham dan memberi tumpuan pada gerak kerja.

"Tumpukan pada gerak kerja, bantu parti, temui setiap pengundi, bela nasib mereka supaya rakyat di Teluk Intan ini dapat menikmati masa depan lebih cemerlang di bawah BN,"jelas beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, tempoh berkempen akan digunakan oleh pihak pembangkang untuk melontarkan tohmahan kepada parti serta kerajaan.

"Saya percaya mereka pasti akan membangkitkan soal ekonomi, kos sara hidup, keselamatan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pelbagai lagi. Kita boleh agak ini semua.

"Walau bagaimanapun, kita yakin mempunyai jawapan untuk menjelaskan kesemua tohmahan tersebut kepada rakyat," ujar beliau.

Dyana Sofya calon DAP

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

Dyana Sofya Mohd. Daud (tengah) bersama ibunya, Yammy Samat selepas diumumkan sebagai calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan di Teluk Intan, semalam.

TELUK INTAN 17 Mei - Peguam muda yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, diumumkan sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di sini hari ini.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sempena pelancaran Pusat Operasi PRKDAP Teluk Intan di Bandar Baru, di sini hari ini.

Guan Eng dalam ucapannya berkata, pemilihan Dyana Sofya, anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai calon merupakan satu tugas yang bukan mudah kerana cabaran besar terpaksa dihadapi pembangkang di kawasan tersebut.

Bukan tidak mempunyai calon lain, namun akhirnya kita memilih Dyana Sofya kerana beberapa faktor. Antaranya termasuklah sudah sampai masanya untuk DAP memilih orang muda bagi mewakili generasi muda DAP.

Pemilihannya juga bagi memberi peluang kepada golongan wanita mengambil bahagian dalam kepimpinan parti iaitu kesaksamaan gender, selain menonjolkan prinsip berbilang bangsa yang ada dalam DAP. Demi masa depan DAP dan menunjukkan 'Kemalaysiaan' DAP, kita memilih Dyana Sofya,'' katanya.

Selain Kit Siang, yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Dyana Sofya menyifatkan pemilihannya sebagai satu cabaran kepada perjuangan bersama-sama DAP selama ini.

Sebagai anak jati Perak, beliau berikrar memberikan segala tenaga yang termampu untuk masyarakat kawasan itu sekiranya diberi peluang.

Sebagai calon generasi muda, saya sentiasa mendokong amalan politik baharu yang meruntuhkan benteng perkauman, menghargai persamaan dan meraikan perbezaan.

Ibarat teh tarik yang tidak mengenal sempadan warna, umur dan segala-galanya, teh tarik terus digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Begitulah perjuangan saya, bersama-sama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk orang Malaysia," katanya yang menyertai DAP pada Disember 2011.

Dyana Sofya merupakan lulusan dalam bidang undang-undang daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan diiktiraf sebagai sebagai peguambela dan peguamcara pada 2011.

Beliau menganggotai Jawatankuasa Pemuda DAP (DAPSY) Perak dan kemudiannya dilantik menjadi Setiausaha Politik Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP, tahun lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat