Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Keputusan FAM tutup peluang kembali berbakti - On Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI On Jabbar JOHOR BAHRU - Bekas pengurus Johor Darul Ta'zim II (JDT II), On Jabbar menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai tidak wajar, apatah lagi tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. On juga menyifatkan hukuman gantung selama 20 tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan ke atasnya akan menutup terus peluangnya untuk kembali aktif dalam aktiviti bola sepak tempatan memandangkan beliau kini telah berusia 48 tahun. Sejujurnya saya terkilan dengan keputusan tersebut kerana sebelum ini saya dimaklumkan FAM akan memanggil saya untuk memberi penjelasan dan keterangan atas perbuatan saya, namun perkara tersebut tidak berlaku. Tanpa sempat saya bersuara dan membela diri, mereka telah menjatuhkan hukuman sedemikian kepada saya," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika diminta mengulas hukuman yang dikenakan ke atasnya kelmarin. On dikenakan hukuman itu setelah mengaku bersalah menumbuk pengadil, Sukri Abd. Rahman pada 19 April lalu selepas perlawanan antara JDT II menentang UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2. Dalam pada itu, beliau memberitahu masih belum menerima sebarang surat rasmi tentang hukuman tersebut, tetapi pasti akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Pada masa ini saya sedang menanti surat rasmi daripada FAM dan apabila dapat surat itu nanti, saya akan terus membuat rayuan terhadap hukuman itu kerana merasakan masih banyak yang dapat saya sumbangkan untuk pembangunan bola sepak Johor. Secara formal, saya mula terlibat dengan pengurusan bola sepak pada 1992 sewaktu memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Kluang," katanya. Sekiranya hukuman yang dikenakan FAM itu tidak dapat dikurangkan, pastinya pengalaman dan penerimaan penyokong terhadap sumbangan beliau selama ini menjadi sia-sia, katanya. |
On dapat hukuman setimpal - KJ Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI TELOK KEMANG - Hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap bekas pengurus Johor Darul Ta'zim II (JDT II), On Jabbar kelmarin adalah setimpal, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar). Katanya, beliau melihat hukuman penggantungan selama 20 tahun serta denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan kepada On adalah sesuatu yang postif kerana menumbuk muka pengadil tidak sepatutnya dilakukan. Saya meminta supaya FAM pertimbangkan hukuman yang setimpal...yang berat (kepada On). Jadi, 20 tahun itu kira lama juga. Kalau saya...(hukuman) seumur hidup, tetapi saya bukan (ahli) Jawatankuasa Tatatertib (FAM)," katanya selepas Festival Belia Negeri Sembilan 2014 di Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini petang semalam. Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. On, 48, dikenakan hukuman gantung selama 20 tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak dan didenda RM50,000 ekoran kesalahan tingkah laku yang dilakukannya pada 19 April lalu. Ekoran kejadian itu On didapati bersalah menumbuk muka pengadil perlawanan, Sukri Abd. Rahman selepas aksi Liga Perdana antara JDT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Padir Gudang, Johor yang berkesudahan seri 2-2. Ditanya sama ada hukuman tersebut boleh menjadi pengajaran kepada pegawai sukan lain supaya tidak bertindak melulu pada masa akan datang. Khairy menjawab: Sudah pasti. Sebab itu kita minta supaya ada hukuman yang setimpal...yang berat," katanya. Selain hukuman FAM, ekoran tindakannya itu, On turut dilucutkan jawatan sebagai pengurus JDT II oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor pada 22 April lalu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |