{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


PRK Bukit Gelugor: SPR yakin kehendak pengundi dipenuh

Posted: 23 May 2014 11:26 PM PDT

Oleh NURULANUAR MANSOR

GEORGE TOWN 24 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor akan berjalan dengan baik dan lancar esok memandangkan segala persiapan telah disediakan.

Menurut Setiusaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, pihaknya telah melantik 1,095 petugas dan pegawai pilihan raya setakat ini dan telah menyelesaikan urusan semakan peti undi di Pusat Penjumlahan Dewan Sri Pinang di sini.

Selain itu, jelas beliau, semua pihak terutamanya pengundi di kawasan ini juga tidak perlu risau mengenai penggunaaan dakwat dalam PRK yang akan dijalankan esok.

"Setakat ini, kita telah melalui empat PRK yang mana tiada sebarang aduan dibuat mengenai penggunaan dakwat kekal sehingga kini.

"Oleh itu kita yakin bahawa segala persiapan yang telah kita buat menepati permintaan para pengundi," kata Abdul Ghani ketika ditemui Utusan Online selepas meninjau proses semakan peti tersebut. - UTUSAN ONLINE

Rayer disifatkan sebagai biadab Muhyiddin

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin disambut oleh penduduk Orang Asli pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Orang Asli Pos Erong, Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, semalam. Turut sama, Zambry Abd. Kadir (kanan).

TELUK INTAN 23 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, Pulau Pinang, RSN Rayer sebagai bersikap kurang ajar apabila menggelar pemimpin UMNO sebagai celaka.

Menurut beliau, cercaan tersebut tidak bersopan dan beradab serta memalukan parti yang diwakili oleh Ketua Penyokong Kerajaan Pulau Pinang itu.

Beliau yang dukacita dengan cercaan Rayer berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan satu lagi sikap buruk pemimpin parti pembangkang.

"Saya dukacita dengan sikap pemimpin rakyat pembangkang ini. Dia bersikap kurang ajar dan tidak bersopan.

"Walaupun dia boleh berkata apa sahaja, tetapi kita mestilah ada adab, mesti tertib dan berdisiplin. Tindakan beliau memalukan parti beliau sendiri," katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama rakyat di Kampung Orang Asli Erong dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Mengenai tindakan Rayer yang bukan sahaja enggan meminta maaf malah semakin biadab apabila mengulangi celaan yang sama dalam ceramah terbuka DAP di Pulau Pinang semalam, Muhyiddin berkata, itu menunjukkan sikap wakil rakyat pembangkang tersebut yang tidak bersopan dan tidak menghormati parti lain.

"Tidak sewajarnya perkataan itu diungkapkan berkali-kali. Walaupun dia bencikan UMNO, sejarah sudah membuktikan UMNO sudah lama berjuang dan lebih banyak jasa daripada DAP dan lain-lain parti.

"Kalau ada perkara yang mereka tidak puas hati, ada cara, disampaikan dengan penuh adab dan bersopan santun," katanya.

Mengenai kekecohan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kelmarin selepas sekumpulan 100 Pemuda UMNO Negeri merempuh masuk ke bangunan berkenaan untuk meminta penjelasan daripada Rayer berhubung kenyataan biadabnya itu, Muhyiddin berkata, ia adalah reaksi semula jadi apabila parti dicabar.

Menurutnya, mereka yang dicabar sudah pasti tidak akan berdiam diri apatah lagi golongan muda yang bersemangat untuk mempertahankan maruah parti.

"Apa yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan adalah reaksi spontan mereka untuk mempertahankan maruah dan imej parti.

"Namun kita ada undang-undang dan ia harus dipatuhi dan aspek ini harus diberikan perhatian," kata beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat