Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
500 sertai Melaka Beach Bike Ride hari ini Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT MELAKA 2 Mei - Kira-kira 500 peserta akan menyertai acara berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia: Melaka Beach Bike Ride sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara 2014 bermula esok sempena sambutan ulang tahun ke-11 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Jeffri Munir berkata, penyertaan masih dibuka kepada orang ramai untuk menyertai acara berbasikal kerana tidak ada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Menurutnya, penyertaan setakat ini datangnya daripada beberapa kelab berbasikal tempatan termasuk dari Shah Alam, Subang Jaya, Kuala Lumpur, Tampin dan Muar. Acara ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bilis sejauh 10 kilometer, tenggiri dengan jarak 15 kilometer dan jerung pula pada jarak 20 kilometer," katanya di sini hari ini. Pesta Pantai Tanjung Bidara 2014 adalah anjuran kerajaan negeri melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Tourism Malaysia Melaka dan MPAG. Jeffry berkata, setiap peserta akan diberikan kemeja T percuma dan kayuhan itu akan bermula tepat pukul 8.30 pagi yang akan disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad. Beliau menambah sebanyak 30 cabutan bertuah akan diadakan bagi memeriahkan acara berbasikal yang bermula di tempat parkir Tanjung Bidara. Bagi pertandingan memancing pula beliau berkata, acara itu menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan juara akan menerima wang tunai RM5,000, naib juara mendapat RM3,000 dan tempat ketiga mendapat RM1,000. Menurutnya, pertandingan tersebut akan bermula pukul 8 hingga 11.30 malam bagi kategori ikan terberat sahaja dan yuran penyertaan bagi sebatang joran ialah RM40 sahaja. |
10 pasukan sertai Percussion UiTM 2014 Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT MELAKA 2 Mei - Sebanyak 10 kumpulan pancaragam daripada kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara akan menyertai pertandingan Percussion UiTM 2014 di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ahad ini. Pegawai Kokurikulum UiTM Melaka, Ahmad Bukhari Sulaiman berkata, pertandingan itu melibatkan seramai 330 pelajar dan 100 pegawai bakal dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah. Menurut Ahmad Bukhari, pertandingan bermula pukul 10.30 pagi itu akan disertai UiTM Shah Alam, UiTM Perlis, UiTM Pulau Pinang, UiTM Kedah, UiTM Johor, UiTM Terengganu, UiTM Kelantan, UiTM Pahang, UiTM Sarawak dan UiTM Perak. Beliau berkata, hadiah yang disediakan bagi johan, naib johan dan ketiga di samping beberapa kategori lain seperti Snare Drum Terbaik, Bass Drum Terbaik, Drum Major Terbaik, Quad Drum Terbaik, Bell Terbaik, Cymbals Terbaik, Persembahan Solo Terbaik dan Colour Guard Terbaik. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |