Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Dharma tiada kontrak dengan MHC Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT Muhammad Dharma Raj Abdullah KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah hampir meninggalkan pekerjaan yang paling diminatinya gara-gara kontrak pelantikan yang tidak jelas, malah sebenarnya tiada perjanjian hitam putih. Bekas pemain pertahanan kebangsaan itu rupa-rupanya memikul tugas ketua jurulatih skuad negara sejak lima bulan lalu tanpa menandatangani apa-apa perjanjian selepas kontraknya tamat pada tahun lalu, dan hanya diberi elaun sebanyak RM4,000 sebulan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). Isu tersebut dibiarkan tergantung sehingga ke hari ini, menyebabkan Muhammad Dharma tertanya-tanya mengenai kedudukannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan kerana tiada kontrak ditandatangani antaranya dengan MHC. Isu ini bukan sahaja terjadi kepada diri saya sahaja tapi juga kepada pembantu-pembantu jurulatih pasukan dan bagi saya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini melibatkan soal kebajikan kami. Saya hanya diberi elaun sebanyak RM4,000 sebulan sahaja sejak saya mengambil alih pasukan negara lima bulan lalu dan saya juga masih belum menandatangani apa-apa kontrak mengenai kedudukan saya sebagai ketua jurulatih kebangsaan. Jujurnya saya tidak pernah meletakkan harga yang tinggi bagi khidmat saya dan sebab utama kenapa saya masih bertahan selama lima bulan ini adalah kerana rasa sayang saya kepada pasukan hoki negara dan saya mahu lihat mereka (pemain) berjaya," katanya kepada wartawan semalam. Walaupun pernah diminta untuk meletakkan jawatan oleh isterinya, namun atas dasar sayang Dharma Raj kepada pasukan hoki Malaysia telah menyebabkan jurulatih itu bertahan sehingga tahap dia tidak mampu lagi menghadapi tekanan tersebut. Saya tidak faham mengapa isu ini dapat diselesaikan setelah mendapat perhatian media kerana ini masalah dalaman yang tidak sepatutnya diketahui umum dan saya berharap perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain di masa hadapan. Saya sudah membuat keputusan pada hari ini untuk meletakkan jawatan namun saya belum menghantar surat dan hari ini (semalam) saya telah dipanggil untuk membincangkan mengenai kontrak saya sebagai ketua jurulatih kebangsaan," katanya. Semalam, pertemuan tiga penjuru telah diadakan di pejabat MHC, yang melibatkan perbincangan di antara Muhammad Dharma Raj, Setiausaha Agung MHC, Datuk Johari Abdul Aziz dan Timbalan Pengerusi MHC, Datuk Radhakrisnan Nair selama satu jam. Sementara itu, Timbalan Pengerusi MHC, Datuk Radhakrisnan Nair menganggap isu itu telah selesai dan kontrak dengan jurulatih itu akan dibuat tidak lama lagi. Saya menganggap masalah ini telah selesai apabila kami setuju menyiapkan kontrak mengenai jawatan ketua jurulatih negara bersama Dharma setelah mencapai kata sepakat. Dhaarma akan menandatangani kontrak tersebut dalam masa terdekat dan dia boleh turun padang bagi mengendalikan sesi latihan bersama pasukan hoki negara seperti biasa," katanya. |
Lantik Kim Swee, Dollah jurulatih bersama Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN Kiri Ong Kim Swee, Dollah Salleh KUALA LUMPUR - Ketika tumpuan banyak diberikan kepada calon-calon jurulatih dari luar negara oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kredibiliti pengendali tempatan seolah-olah dilupakan untuk mengisi kerusi jurulatih Harimau Malaya. Yang terbaru bekas jurulatih Iraq, Wolfgang Sidka menjadi calon yang akan ditemuduga oleh FAM selepas Gert Engels dan Luis Milla, menjadikan saingan kini semakin sengit seolah-olah memberikan petanda bahawa peluang buat jurulatih tempatan kelihatan sudah tertutup. Sedangkan jika dinilai kembali daripada prestasi semasa, dua jurulatih tempatan iaitu jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dan pengendali PDRM, Dollah Salleh disifatkan mempunyai ramuan untuk membimbing Harimau Malaya di pentas antarabangsa, malah tidak keterlaluan jika melantik mereka berdua selaku pengendali bersama. Mereka berdua mempunyai rekod yang cukup cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa, formula ini pernah diterapkan oleh Sweden pada sekitar tahun 2000 hingga 2004. Menyentuh idea itu, Kim Swee yang dihubungi berkata, dia tidak menolak saranan itu dan bersedia terhadap apa jua arahan yang akan diberikan oleh FAM. Kalau diikutkan saya memang rapat dengan Dollah dan boleh bekerjasama jika itu yang dimahukan oleh semua pihak, malah saya cukup senang bekerjasama dengannya. Kerjasama adalah kunci terpenting dalam kejayaan mana-mana pasukan dan Dollah adalah jurulatih yang cukup rapat dengan saya, saya tidak nafikan idea berkenaan memang baik namun segalanya tertakluk kepada FAM," katanya. Bagi Dollah, dia menganggap Kim Swee seperti adik-beradik dan hubungan mereka begitu mesra, jadi bukan satu masalah besar buat dirinya jika mereka berdua diberikan peranan selaku jurulatih bersama. Dua kepala mungkin lebih baik dari satu kepala dan saya tidak nafikan itu idea yang begitu baik, malah satu penghormatan besar dapat bergandingan dengan Kim Swee. Persefahaman kami begitu unik dan telah terbukti semasa saya dan Kim Swee mengambil lesen kejurulatihan kelas A di Thailand, segala karakter dia saya tahu sama ada di dalam atau di luar padang," katanya. Sweden pernah menggunakan pendekatan tersebut pada tahun 2000-2004 dengan melantik Tommy Soderberg dan Lars Lagerback sebagai jurulatih bersama, yang menyaksikan skuad kebangsaan mereka layak ke Piala Dunia 2000 dan 2004 selain kejohanan Euro 2002. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |